Our Adrenaline..

My Handsome Nerd (Tentang Apa?)

CERITA NI FASAL APA?

Seri HatikaSeorang gadis yang perangai serupa lelaki, tetapi mempunyai wajah kewanitaan yang mampu menggetarkan hati kaum Adam.

Syafiqul HarithSeorang yang skema, bercermin mata bingkat hitam dan berambut belah tepi. Tapi, di sebalik semua itu, dia punya kelebihan istimewa… Membaca hati wanita!

Tan Sri HabibahIbu penyayang yang berusaha mencari calon isteri untuk anaknya. Isteri macam mana? Yang bukan materialistik!

“Saya nekad nak teruskan rancangan ni,” ujar Tan Sri Habibah.

Maka, bermulalah pertandingan yang dianggap pelik iaitu Sehari Menjadi CEO! Pertandingan yang memberi peluang wanita biasa hidup dalam kemewahan selama sehari ini sebenarnya mempunyai agenda tersendiri. Dia mahukan calon isteri untuk anaknya. Dan apabila Seri Hatika terpilih gara-gara kawannya gatal-gatal menghantar borang penyertaan, gadis kampung itu keliru.

“Tak nak lah aku. Cam merepek jer!”- Seri Hatika

“Hei pompuan, kau try jer lah. Lagipun sehari jer kot!”- Opie

Maka, terpaksalah Seri Hatika menyertai program itu. Ketika pandangan Seri Hatika dan Syafiqul Harith bersatu…Lelaki itu dapat membaca isi hati wanita itu..

“Serius nerd mamat depan aku. Cam pelik jer! – Seri Hatika

“Minah ni mengutuk aku! – Syafiqul Harith

Apa agenda Syafiqul Harith untuk meraih hati Seri hatika yang terang-terangan tak suka dengan lelaki nerd seperti dia? Adakah dia wajar mencampakkan bukunya ke tepi, cermin mata bingkai tebalnya dan juga..gelaran Doktor Falsafah yang dia sedang kecapi hanya untuk Seri Hatika?

1 comment:

Hello darl. Thank you for reading & comments our triplets work!