Our Adrenaline..

Wednesday 24 September 2014

My Handsome Nerd Bab 3 - BALDU MERAH




“Malunya aku! Malu!” bentak Harith di dalam hati. Merah padam wajahnya bila melihat wanita itu terus lari meninggalkannya. Siap kesat pulak tu di baju putih Harith. Sah! Malu! Harith pula terdiam tidak tahu hendak berkata apa. Mujur waktu tu ibunya datang tepat pada masanya.

“Fikir lagi ker fasal tadi?” soal Tan Sri Habibah.

“Eh, tak lah. Harith okay,” wajahnya dihalakan ke tingkap.

Tan Sri Habibah tersenyum seraya tergelak kecil mendengar jawapan Harith.

“Kenapa ibu?”

“Harith, Harith, ibu yang lahirkan kamu. Ibu tahu lah semua perlakuan Harith tu. Haish, cakap jer lah malu,” terang Tan Sri Habibah.

Harith lantaran mengambil buku yang ada di tepi lalu dibelek-belek helaian muka suratnya. Memang dia malu jika hal tadi dibangkitkan sekarang. 

Harith,  I`m talking to you,” ujar Tan Sri Habibah sambil mengambil buku di tangan Harith.
“Ya ibu. Harith malu,” jawab Harith segan. Harith terus mengambil buku di tangan ibunya semula.

“Ha, kan senang kalau mengaku,” balas Tan Sri Habibah semula.

Harith masih diam membisu. Dibelek-beleknya buku itu. Bukan baca pun. Nak tutup malu jer tu.

“Eh, tapi kan. Cantik juga budak tu kan? Dia kerja dekat mana yer?” Sambung Tan Sri Habibah bagi menghilangkan kejanggalan anak terunanya itu.

Harith menutup buku di tangan seraya memandang ibunya.

“Ibu, dah mulalah tu.Tak payah nak carikan calon untuk Harith. Ada jodoh nanti,  datanglah bu.”

Tan Sri Habibah menjulingkan matanya ke atas sambil membuat muka- yelah tu.

“Kalau ibu nak harapkan kamu, entah bila ibu dapat merasa tengok menantu. Tak apa, biar ibu carikan. Ada jer anak…”

“Ibu, tak payah lah. Harith dah hafal sangat nama-nama anak kawan ibu tu. Lisa, Rina, Kirana,” balas Harith. Jauh panggang dari api jika dia hendak beristerikan gadis-gadis yang memakai baju tidak cukup kain seperti mereka itu.

“Macam mana kalau ibu berkenan, Harith pun berkenan. Harith setuju tak?” pintas Tan Sri Habibah. Tak kuasa dia nak dengar Harith menyebut satu persatu nama anak kenalannya. Saja lah tu. Harith nak sindir dia. Bukan dia tak tahu.

“Siapa?” Harith menoleh.

Tan Sri Habibah hanya tersenyum membiarkan soalan itu berlalu.




“Eee… Geli weh!” luah Opie bila mendengar cerita Seri.

“Tahu pun kau! Entah apa-apa mamat tu. Muka hansem, harap jer skema tapi terkencing dalam seluar! Taubat aku tak nak pergi situ. Takut tererempak dengan dia lagi!” Seri menelang air liurnya. Mimik muka yang menunjukkan rasa gelinya itu ditayangkan dengan bersungguh-sungguh.

“Ala kau ni. Konon lah tu. Propa jer lebih. Macam lah tiap-tiap hari dia pergi situ. Relaks sudah!” nasihat Opie. Baginya Seri terlalu taksub dan anti dengan insiden tadi.

“Relaks kau cakap Opie? Kau tahu tak geli? G.E.L.I. Geli!” Siap eja satu persatu lagu perkataan geli. Nampak macam betul-betul geli si Seri ni.

“Ala, yang kau fikir-fikir tu, lagi lah geli. Buat tak tahu jer. Tak payah nak ingat sangat lah. Lagipun benda dah lepas.”

“Yalah! Dah cepat makan, lepas tu kita balik. Mata aku dah tersengguk-sengguk layan kau ni. Kejap lagi pun waktu kerja aku habis. Kita balik saing,” pintas Seri. Malas hendak dibangkitkan insiden tengah hari tadi. Buat loya tekak!

“Seri..”

Seri memusing badannya ke belakang untuk menjawab pangilan daripada bosnya. Malam ini dia bekerja seperti biasa di Restoran Zali Tom Yam.

“Tu kawan baik Seri cari,” ujar Zali dengan nada seloroh. Dia kenal sangat dengan orang yang mencari Seri tu. Bukan hari ni saja, bahkan dah berkali-kali. Sampaikan Seri pun dah naik muak.

“Siapa?” Seri menghalakan matanya ke arah yang ditunjuk oleh Zali.




“Kau lagi Leman? Tak habis-habis nak jumpa aku!” Bebel Seri. Anti betul dia dengan mamat seorang ni. Huh!

“Kau tak baik buat aku macam ni Seri. Aku datang penat-penat nak jumpa kau. Kau kerek macam ni pulak kan? Apa punya girlfriend lah kau ni?” ungkap lelaki itu. Sedikit sebanyak dia terasa dengan kata-kata Seri.

“Hello brother, cakap elok-elok sikit. Panas telinga aku dengar. Bila masa aku jadi girlfriend kau? Kejap lagi aku seligi muka kau, baru kau tahu!”

“Eleh…macam kuat sangat!”

“Nak try? Aku tak ada hal lah beb!” Seri sudah mengangkat tangannya.

“Eh, relaks babe. Aku gurau jer,” ujar Leman. Takut juga buku lima Seri bertemu dengan wajahnya. Jatuh egonya nanti. Huish, tak mahu!

“Ha, kalau gurau tak apa. Ni ha, apa cer kau datang sini,” ujar Seri. Dia sudah duduk di hadapan Leman. Rakan sekampungnya.

“Kalau yer pun, ambil lah order dulu,” pinta Leman. Tangannya mengusap-usap batang lehernya, tanda kehausan yang perlu diisi.

“Lupa lah pula. Ni kan kedai makan, bukan kedai pasu bunga. Ha, kau nak minum apa ni?” Soal Seri. Kertas untuk mengambil pesanan dicapai. Pen yang sentiasa tersemat di kocek juga turut ditekan untuk menulis.

“Errm..” Leman berjeda panjang.

“Ermm apa?” 

“Ermm… Kalau aku minta minuman paling mahal, dapat ID WECHAT kau tak?” Gurau Leman. Ada tawa terselit di hujungnya.

Binawe mamat ni. Main-main pula. Cepatlah!” Bentak Seri. Sumpah dia malas nak layan kepala gila lelaki di hadapannya ini.

Leman masih lagi diam memikirkan minuman apa yang ingin dia pesan.

“Argh, dah lah!” Seri yang malas nak layan mula bangun dari duduknya. Mengada-ngada betul Leman ni, dengus hatinya.

“Eh, kejap lah. Aku gurau jer. Lama tak sakat kau,” tahan Leman.

“Bagi aku teh ais satu,” pintas Leman laju bila dilihat Seri tidak melayannya.

“Lah, fikir punya lah lama. Aleh-aleh teh ais jer? Makan?”

“Makan hati satu?”

“Hati dah habis. Lain?” Seri menayangkan muka blur.

“Nak hati kau boleh?”

Mendengar saja jawapan Leman, Seri laju meninggalkan lelaki itu. Rimas pula rasanya dia bila lama-lama di situ.

Leman hanya membiarkan sambil tersenyum nakal.

“Seri.. Seri..”




Lelaki itu masih lagi memandang Seri lama. Dari tadi wanita itu seolah-olah tidak mengendahkannya. Sudah puas dia memanggil, tapi panggilannya tidak dilayan langsung. Teh ais di mejanya sudah lama habis. Diperhatikan sekeliling, pelanggan juga sudah berkurang. Biasalah, kedai ni memang buka sampai 12.00 tengah malam jer. Sekarang ni pun, dah hampir 11.30 malam.
 
“Seri!”

Wanita itu asih lagi diam.

“Seri!” Panggil Leman lagi.

“Kau ni Leman. Tak habis-habis nak kacau Seri. Kau tunggu lah dia siap kerja dia dulu. Ni tak, kau duk panggil-panggil dia. Siapa nak layan? Tak nampak dia sibuk?” Sampuk Opie. Geram betul dia dengan Leman ni.

“Kecoh lah kau!” bentak Leman. Lain dipanggil, lain pula yang menyahut, desis hatinya.

Opie membuat muka – macam lah kau tu tak kecoh.

“Seri!”

Seri menjulingkan matanya ke atas sebelum berpaling ke arah Leman.

“Ya cik abang. Boleh Seri tolong?” Wajahnya dimaniskan. Plastik!

“Ha, kan bagus cakap elok-elok macam ni. Sejuk telinga aku dengar!”

“Ei.. Tolonglah weh. Aku banyak kerja ni. Kau esok tak kerja ker?” Soal Seri. Matanya dihalakan ke kereta Mercedes Benz yang terparkir elok di luar itu.

“Ala, aku bos. Kau tengok kereta aku tu!” juih Leman ke arah kereta mewah tersebut.

“Aduh!”  Leman pantas mengambil kain buruk yang tercampak kemas di mukanya. Siapa lagi yang baling kalau bukan Seri?

“Jangan nak perasan sangat lah. Kejap lagi bos kau datang baru kau tahu,” perli Seri. Nampak sangat Leman ni menipu.

Deringan lagu All Of Me memecah perbualan antara mereka berdua. Err..berbual ker kalau dah namanya bertekak macam tu? Dengan pantas Leman terus menjawab panggilan tersebut.

“Assalamuaalaikum. Oh ya.. ya.. Kerja Tan Sri dah selesai? Baik Tan Sri.. Baik.. Saya datang sekarang,” ujar Leman sambil melihat jam di pergelangan tangannya.

“Hai, bos dia dah telefon ke?” Sampuk Opie. 

Seri sekadar membuat muka malas nak ambil tahu. Lagi cepat Leman berambus, lagi elok baginya.

“Okay lah sayang. Abang gerak dulu ya? Mmmmuuuah!” Gurau Leman.

Seri membuat muka bengangnya sebagai tanda benci ya amat dengan panggilan itu. Rasa nak muntah okay. Tahu tak macam mana rasa tu? Tahu kan?

“Fuh, lega aku! Rimasnya!” Rungut Seri.

“Alah, kau terima jer lah. Dia syok dekat kau tu.”

“Tak kuasa aku! Dah jom. Kerja aku dah selesai! Abang Zali, saya balik dulu!”

Seri jalan mendahului sambil diikuti Opie. Skuter hitam miliknya ditunggang laju.




“Bangun sekarang!” Gema suara itu mengejutkan Harith. Dirasakan mukanya basah disiram air.

“Bangun!” Kali ini wajah putihnya pula ditampar. Matanya kabur. Hanya kelihatan bayang-bayang hitam di hadapan.  Terkelip-kelip matanya ingin melihat. Namun, mana cermin matanya?

“Oopss.. Aku lupa. Kau tak nampak kan? Kejap yer..”

Cermin mata terus disangkutkan kasar ke telinga Harith. Sayangnya, cermin mata itu  pecah. Pandangan mata Harith nampak bercambah. Seperti mata seekor lalat. Harith cuba untuk merncerna tentang apa yang sedang terjadi kepadanya. Suasana di bilik itu tampak sempit. Jarak antara pintu dengan dirinya hanya beberapa meter sahaja. Di hujung bilik itu ada beberapa botol tin yang sudah pun kosong.

Dia mengalihkan pula pandangan ke arah dirinya. Dia kini berada di atas sebuah kerusi kayu. Tangannya cuba bergerak. Tidak boleh! Oh tidak! Tangannya telah diikat kemas.

“Argh! Lepaskan aku!” Jerit Harith. 

“Lepaskan!!!”

“Puas kau menjerit?” ujar suara itu sambil mencengkam dagu Harith. Kuat. 

Tangan yang mencengkam itu dilepaskan kuat. Harith yang kegeraman lantas meludah ke sisi. Perit!

Oh ya, baru Harith teringat akan suara itu. Suara siapa? Seperti pernah dia dengar. Matanya cuba mengecam wajah itu, tapi sayang kaca matanya yang pecah menyukarkannya melihat dengan lebih jelas.

“Kau..Kau siapa?” ujar Harith tergagap-gapap.

“Kau lupa aku siapa?” suara itu berbisik perlahan ke telinga Harith. Lelaki itu masih lagi diam membisu. Dia keliru.

“Betul kau lupa aku siapa?” ujar suara itu lagi sambil jemarinya bermain lembut di pipi Harith.

“Aku rasa, kau akan ingat bila aku buat macam ni. Hihihi..”

BUSH!

Sebaldi air disiram di atas kepala Harith. Basah! Tapi, bukan itu yang dirisaukannya. Cuma, bau air itu. Hancing. Seperti..seperti..Air kencing.

“Kau dah ingat aku siapa?”

Seakan mindanya berfungsi, Harith terkesima.

“A..Aw..Awak?”

“Hahaha! Gelak jahat suara itu membingitkan telinga. 

“Tolong!!!”

Harith terus-terusan menjerit, namun tiada siapa yang mendegar. Makin kuat, dan semakin kuat.

KRING!!!

Harith bangun dari tidur. Wajahnya berpeluh. Matanya diliarkan ke sekeliling. Masih dalam ruangan yang selesa, iaitu bilik tidurnya. 

“Fuh, mimpi rupanya. Astaghfirullahalazim.”

Nafasnya dihela lega. Mujur sahaja dia masih berada di biliknya. Kenapa dia boleh termimpikan wanita tadi tu? Kenapa perlu mengaitkan dengan air kencing. Dan..kenapa perlu wanita itu hadir dalam keadaan seperti itu? 

Dia kebingungan.


3 comments:

  1. Omg!!!!sgt menarik hati....ingatkn btul2 kena culik.rupanya mimpi ya...lucu....

    ReplyDelete
  2. Haha.. Overall cantik sis!! Hihi.. Keep it up.. Dah mula nampak ke arah mana citer nii.. Saya suka!! Hihi..

    ReplyDelete
  3. Suka2....citer yg mnarik...keep it up sis..!!

    ReplyDelete

Hello darl. Thank you for reading & comments our triplets work!