Prolog ( baldumerah )
Dari
jauh, seorang kanak-kanak lelaki dalam lingkungan 13 tahun sedang lalu di
tebing sungai itu. Hatinya tertanya-tanya di mana keberadaannya kini. Peluh
yang menitis di dahi juga sudah banyak kali disekanya. Air mata yang jatuh
berderai entah kali ke berapa menitis di pipi. Dia sendiri tidak tahu akan
juraian air mata itu. Apa yang dia risaukan berkenaan keberadaanya sekarang.
Bunyi
tempikan meriam di tebing sungai itu menujah-nujah telinganya. Namun tidak
langsung menarik perhatiannya. Apa yang dirisaukan sekarang ialah keberadaannya
sekarang. Dia takut. Berita tentang penculikan, kes bunuh kanak-kanak yang
pernah dibacanya di dalam akhbar kembali bergentayangan di dalam mindanya.
Langkah
kakinya diatur perlahan. Kedua-dua tangan memeluk tubuhnya sendiri. Matanya
memandang kiri dan kanan. Bunyi-bunyi katak yang bersahut-sahutan seolah-olah
bunyi orkestra yang ditontonnya di Istana Budaya beberapa hari yang lalu
seakan-akan sama di benak telinganya. Argh, mengapa itu yang dia fikirkan.
Pokoknya dia harus mencari jalan pulang.
“Kat
mana aku ni?”
Kepala
yang tidak gatal digaru. Cermin mata berbingkai besar dibetulkan. Itulah padahnya
jika terlalu leka di bazar Ramadhan tadi sehinggakan dia hilang dari pandangan
ibu dan beberapa orang penjaga peribadi mereka. Kini bila hendak dicari balik,
dia tidak tahu. Perut sudah berkeroncong entah kali berapa agaknya. Jarum jam
di tangan sudah menginjak ke angka 9, namun dia masih belum menjamah barang
sesuap makanan pun. Sungguh dia penat. Badannya mulai lemah.
“Pssst,
Leman, kau tengok budak tu. Siapa? Tak pernah nampak pun?”
Leman
yang baru sahaja hendak meletakkan belerang ke dalam meriam buluh agak terperanjat
dengan sapaan rakannya, Zali.
“Kau
ni, kacau lah. Aku baru nak letak belerang. Mana?”
“Tu
ha,” tunjuk Zali dengan jari telunjuknya.
“Argh,
biarlah.” Perlakuannya diteruskan. Belerang tadi dibubuhnya ke dalam buluh. Air
di dalam botol mula diambil dan dia berkira-kira hendak menuangnya ke dalam
buluh.
“Woi!”
Air
tadi telah menumpahi banyak belerang. Hasilnya, meriam mereka tidak jadi. Bau
belerang yang kurang menyenangnya kerana disimbahi air menyebabkan mereka
menutup hidung. Wajah Lemah kemerahan kerana disanggah sekali lagi oleh Zali.
“Kau
ni memang buat aku mencarut lah. Apa lagi?” Jerkah Leman. Memang dia
benar-benar marah dengan Zali.
“Ala,
relaks lah. Tu budak tu, jom kita kacau dia. Aku rasa dia orang luar lah. Biar
dia tahu sikit siapa berkuasa dalam kampung ni,” begitu mendabik dada kata-kata
Zali. Seolah-olah kampung itu mereka yang punya. Padahal umur baru 13 tahun.
Leman yang mendengar jadi bersetuju dengan kata-kata Zali. Marahnya tentang
belerang itu tidak mahu dia fikirkan. Apa yang penting, dia mahu tahu siapa
budak itu.
“Oi
budak!” Sergah Leman.
Harith
yang sedang jalan menunduk terkejut dengan sergahan mereka. Cermin mata
berbingkai besar dibetulkan.
“Aw..awak
berdua cakap dengan saya kah?” soal Harith dengan penuh berbudi bahasa. Tidak
lupa untuk senyum. Menampakkan lagi pendakap gigi besi yang dipakainya.
“Apa
yang berkilat dekat gigi dia tu?” Berdekah ketawa kanak-kanak itu sesuatu yang
pelik bagi mereka.
“Kenapa
pula awak cakap macam tu?”
“Hei
budak, kau dengar sini. Kampung ni kampung kita orang. Kita orang tak pernah
nampak pun kau dekat kampung ni. Kau buat apa dekat sini?”
“Sa..sa..”
“Sa..sa..saya
apa?”
“Saya
sesat!” Jelas jawapan Harith dengan laju. Menambahkan gelak tawa Leman dan
Zali.
“Hahaha.
Gagap rupanya. Nah, aku ada hadiah untuk hilangkan gagap kau.” Zali mula
mengeluarkan mercun mancis di dalam koceknya.
“Aw..awak
nak buat apa tu? Awak jangan macam-macam. Saya ada ta..taekwando,” ujar Harith
cuba memberanikan dirinya. Tapi sayang, ibarat seekor tikus berhadapan dengna
kucing. Ugutan itu langsung tidak mendatangkan kesan kepada Leman dan Zali.
Pom!
Zali
membaling tepat ke arah kaki Harith. Mujur budak itu dapat mengelak. Leman dan
Zali tidak berpuas hati apabila Harith berjaya mengelak. Kini, giliran Leman
pula mengeluarkan sesuatu dari dalam koceknya.
“Kau
cabar aku ya. Ni mesti kau tak dapat lari,” mercun bola dari dalam kocek
dikeluarkan Leman dengan senyum menyeringai.
“Woi,
jangan woi. Bahaya. Mati budak tu macam mana?” Halang Zali.
“Ala,
aku olok-olok jer. Aku baling kat tepi. Saja nak takutkan dia,” bisik Leman
kepada Zali. Dia juga takut hendak membakar mercun tu. Sudahlah mercun tu baru
pertama kali hendak dibakarnya. Baru sahaja dia beli secara rahsia di kedai
seberang jalan rumahnya itu.
Harith
yang melihat pemetik api dinyalakan mula rasa tidak sedap hati. Dia cukup kenal
dengan mercun itu. Dia pernah melihat sepupunya Zaki bermain mercun itu tahun
lepas. Habis teruk Zaki dimarahi oleh pakciknya dulu. Sebelum terjadi apa-apa,
baik aku lari, desis hatinya.
“Woi
budak, jangan lari!”
Harith
berlari sekuat hati. Tidak mahu dia berhadapan dengan budak berdua itu. Dalam
hatinya, terus-terusan berdoa agar pengawal peribadinya segera datang. Dia
takut!
“Woi,
Zali, Leman. Kau buat apa ni?” Jerkah satu suara. Harith terus berhenti dan
berdiri di belakang tubuh itu. Dia tidak tahu siapa, namun dalam situasi macam
ni. Biarlah, dia tak kisah.
“Aw..awak
buat apa kat sini? Tepilah, biar saya ajar budak tu.”
“Oh,
kau nak tunjuk samseng ya? Aku beritahu bapa kau. Baru padan muka!”
“Awak
jangan macam-macam, kalau tak..”
“Kalau
tak apa?”
“Kalau
tak saya bakar!”
“Eleh,
ingat aku takut. Badan jer besar, tapi penakut macam tikus!” ugut suara itu.
Yang
awak pegang-pegang saya ni kenapa pula? Awak lelaki, saya perempuan. Kalau mak
saya nampak, teruk awak kena hambat dengan penyapu. Lepas!” Pandangnya ke arah Harith pula.
Saat
itu Harith merasakan waktu seakan terhenti. Wajah budak perempuan dengan mata
galak itu cukup mempesonakan. Meskipun dalam kelam malam, ditemani lampu tepi
jalan, namun wajah itu tetap jelas di matanya.
“Awak
dengar tak?”
“Oh..ma..ma..maaf!”
Tangannya dilepaskan.
“Bak
sini, biar aku yang bakar. Kau tu penakut lah Zali. Baru kena sergah dengan
Tika dah macam tikus.” Leman mengambil mercun ditangan Zali dan dengan pantas
dicucuh api ke atas sumbu mercun bola itu.
“Woi,
kau tahu tak mercun tu kuat? Kau nak kena balun kalau dengar dekat surau
nanti?”
“Aku
peduli a…”
Belum
sempat Leman hendak habiskan, sumbu itu makin pantas bergerak. Dia tidak tahu
hendak buat apa.
“Campak,
campak!”
Leman
yang gelabah terus mencampak mercun itu di hadapan dan bergolek-golek ke arah
kaki budak perempuan itu dan Harith.
“Lari!!!”
Mereka bertempik!
POM!!!
Saat itu mercun berbunyi dengan kuat seiring
dengan teriakan mereka. Kakinya terkena serpihan mercun sehingga menyebabkan
pendarahan.
“Tuan
Harith!” Sergah satu suara garau.
Leman
dan Zali yang gelabah sudah tidak tahu hendak buat apa bila disergah begitu. Budak
perempuan itu juga terkejut dengan sergahan itu. Dia jadi kelam kabut. Dalam
kepayahan, dia cuba larikan diri dengan terjengket-jengket. Leman dan Zali kembali
semula dan membantu budak perempuan itu melangkah.
“Tuan,
ke mana tuan pergi. Jom kita balik,” ujar Fauzi. Pengawal peribadi Harith.
“Tapi
pakcik, budak perempuan tu. Dia..dia..”
“Jom
tuan, kita balik. Nanti ada orang akan uruskan semuanya. Mari..”
Dalam
kepayahan dan tidak kerelaan, Harith melangkah perlahan ke kereta Mercedes tu.
Matanya tidak lari memandang susuk tubuh yang sudah makin menjauh bergerak
dalam kepayahan. Bibirnya tidak putus-putus mengucapkan...
“Terima
kasih awak…”
Flashback yg menarik...mcm mnr la leh sesat nie..
ReplyDeletehehe..thanks..mcm mana boleh sesat? ada kat perenggan 4.. hihi :)
Deletealaaaa.. x puas lagi lerr. haha.. best sis Baldu!! you're the best!! x sabau nk tggu bab 1 nanti.. hihi...
ReplyDeletegitu..haha..thanks..u too!
DeleteSis Baldu Merah''''memang mantap.....nnti cepat siapkan book nya ya....best ceta ni...
ReplyDeleteHahahaaha..thanks..doakan usaha kami dipermudahkan untuk berjaya ya..Amin :)
Deletemenarik....kena baca ni.cepat2 siapkan
ReplyDeleteterima kasih.. in syaa Allah dlm proses utk siapkan.. hehe :)
ReplyDelete