Our Adrenaline..

Thursday 9 October 2014

Wanted Love Bab 5 (Flowerrissa)

MEJA kerjanya dikemas . Emma bersandar di atas kerusi selepas menutup rapi komputer ribanya.

    Pagi tadi , dia memang bergegas ke office. Harapannya tak nak jumpa Fareez. Tak nak lihat langsung. Akhirnya , dia yang makan hati.

    I on-call. Ganti Jaz. – Fareez.

    Memang tak sempatlah Emma nak halang. Langsung tak sempat kalau dia syak Fareez dah keluar tengah-tengah malam. Alasannya mesti

    Ganti Jaz.

    Teman Jaz.

    Jaz tu tunangan orang. Bakal jadi milik orang tapi Jaz angkut juga laki dia kehulu-hilir. Nak salahkan Jaz sepenuhnya? Memang silap besarlah. Fareez yang over dengan Jaz. Macam orang yang baru nak bercintan-cintun. Dah tu kenapa tak nikah terus dengan Jazlina tu?

    Suka hati kaulah Fareez Redza. Asal kau bahagia walau Emma menderita di atas kebahagian Fareez. Nampak tak pengorbanan seorang isteri kat situ?

    “Suri…” panggil Emma kuat. Entah kenapa ada rasa sakit di kepala dan perutnya. Serentak.

    Kepala berdenyut.

    Perut memulas.

    “Ah…” Emma jerit. Tangan kanan memicit perut . Tangan kiri pegang kepala.

    “Su…Ri….”

    Emma jatuh terduduk di bawah. Ya Allah , peritnya! Kepalanya rasa bagaikan dihentak-hentak ke dinding. Perut pula rasa ditikam-tikam. Mana Suri ni?

    “Ye puan..Ya Allah , puan Emma!” Terkejut beruk Suri. Dah lah baru lepas keluar dari bilik air. Berlari pantas dia kea rah Emma yang mengerang kesakitan di sebalik meja.

   “Puan! Puan okay ke? Puan sakit apa?”

   “Saya tengah basuh kereta ni. Tak sakit…” Emma perli. Peluh-peluh sudah wajah dia. Menahan sakit. Sah dia gastric ni. Akibat saja lancarkan ‘mogok tak jadi’ , ada side effect yang menjengah.

   “Puan , kejap..kejap saya call ambulans..” Suri bergegas ingin bangun namun terduduk semula bila terasa tangannya ditarik oleh bosnya.

   “Ja..ngan..” Emma berkerut. Gastrik je takkan nak panggil ambulans? Mahu dia kena ‘siram’ teruk dengan Puan Raisa dan Encik Umar nanti. Dah bikin kecoh. Benda yang tak patut. Lagipun nanti bukan Suri yang kena ‘tabur baja’ , dia jugak yang kena.

   “Lepastu , saya panggil Puan Raisa ye..” Suri pegang tangan Emma.

   Emma geleng kepala. Sampai terbaring-baring dia. Tak pernah lagi dia gastric teruk macam ni. Siap naik sampai kepala lagi. Jarang.

   Fareez , saya sakit..

   Fareez , I need you..

   Fareez , saya gastric…

   Fareez , saya sakit kepala…

   Fareez , datanglah…sakit sangat..

   Air mata Emma menitis. Deras. Payah menahan sakit. Payah mengingat suami. Dulu sebelum sakit , segala rayuan dia tadi , Fareez ambil kisah tapi kini , pasti tidak dihiraukan..

   “Saya papah puan ye? Kita pergi hospital..” Suri memecahkan lamunan. Kesian melihat Emma yang memang sabar menahan segala kesakitan.

   Emma hanya diam. Dia cuba bangun dengan dibantu Suri dan Kak Izie yang baru Suri panggil tadi. Beg tangannya berada di lengan Suri. Perlahan-lahan. Kalau boleh Emma tak mahu terserempak dengan Puan Raisa atau Encik Umar. Nanti kata menyusahkan pula. Dia malas nak dengar. Sakit dan penat.

   Emma berhenti. Dia pegang kepala. Sakit di perut makin lama makin pudar namun berpindah ke kepala.
   “Su..”

   “Ya Allah Emma? Emma!”

   Itu ayat terakhir yang Emma dengar. Ayat terakhir sebelum matanya terpejam. Pejam yang bukan seketika. Terasa dia bagai didukungan seseorang.

   Fareez , you datang.

   Datang…


MATA dibuka perlahan-lahan. Kepala dipegang.

   Dinding putih. Cadar biru. Baju pink.

   Hospital.

   Berapa banyak harilah kau nak cuti ni Emma?

   Mata melorot ke Suri yang menopang dagu di sebelah. Mata gadis itu tertutup. Dia kalihkan pandangan. Jam dinding dicari dan saat matanya singgah di dada jam , mata terbutang.

   Pukul 10 malam?

   Ya Allah , lamanya dia buat ‘tahi mata’. Yelah sangat!

   “Suri ..suri..wake up..” Tangan kirinya menggoncang tangan Suri sehingga Suri hampir terjatuh apabila Emma menolak lengannya yang menopang kepala.

   “Eh puan , dah bangun pun puan..”

   Suri tersenyum. Lama juga bossnya tidur. Ops bukan tidur tapi tak sedarkan diri. Dia faham!

   Emma hanya senyum hambar. “Saya dekat wad ke?”

    “Taklah puan dekat penjara wanita..” Suri jawab selamba sebelum tersengih. Dia lap pipi bila bosnya selamba tolak pipi dia. Alah bos ni , gurau jer.

    “Suri , awak boleh balik..saya boleh jaga diri saya…” Emma cuba ‘halau’ Suri. Suri angguk.

    “Baik puan. By the way , tadi suami puan dengan doktor puan datang.”

    Kening Emma ternaik? Suami puan? Fareez? Dan doktor puan?

    “Doktor saya?”

   “Haah , Dr. Azyad nama dia. Dia rawat puan.” Suri kemas handbagnya.

   “Ouhh..” Emma hanya angguk. Jadi bukan Dr.Fareez yang rawat dia? Baguslah kot..erkk tapi siapa yang angkut dia tadi? Betul ke Fareez? Rasa macam mustahil pulak.

   “Suri , siapa bawak saya pergi hospital tadi?” Emma tanya. Musykil sungguh hati dia.

   Suri terkulat-kulat. “Err , dia kata dia abang Puan…”

   Tup! Tup! Tup!

   Aidil? Aidil yang dukung dia? Aidil sudah menjejakkan kaki ke syarikat? Aidil sudah kembali ke pangkuan keluarga?

   Damn! Damn! Damn!

   “Puan?”

   “Suri , awak baliklah .. mesti awak penat..” Emma senyum kelat. Otaknya ligat berfikir macam-macam. Ah sudah!

   “Baik..puan jaga diri..Dr Azyad tu handsome tau. Jangan tergoda tau. Saya cop dulu..” Suri sengih sebelum berlalu keluar.

   Emma hanya ikut sengih. Baru sahaja dia nak turun dari katil sebab terasa nak mandi , pintu wadnya dikuak dari luar.

   “Ye Suri , ada..”

    Ayat terhenti bila bukan wajah Suri yang menghiasi pandangan tapi seorang doktor.

   “Hi..” sapa Dr.Azyad. Tangan lincah mengambil laporan kesihatan Emma yang diletakkan di katil.

   Emma hanya senyum segaris. Ni lah kot doktor yang ‘dibangga’ oleh Suri tadi. Hmm , not bad.

   “So , feel much better ? Kawan you tak terangkan ke asal you masuk wad tadi?” Dr.Azyad letakkan pen. Mata merenung Emma sampai Emma jadi tak senang duduk.

   Emma geleng.

   Dr.Azyad senyum. “You kena gastric . Also migrain. Nasib tak kuat mana. Cuma gastric you tu teruk sikit. I dah cakap dengan husband you..”

   “Husband saya?”

   “Yup. Dr. Fareez.”

   “Ouh.”

   “By the way , ni my last check up on you. Lepas ni husband you take over. I cuma datang nak tengok you dah sedar ke belum je.”

   Emma tersentak. “Fareez ambil alih?”

   Soalan Emma dibalas dengan anggukan Dr.Azyad.

   “Please don’t. It’s better Dr yang rawat saya. Saya bukannya teruk mana. Beside , dia doktor kanak-kanak. And I’m not a child.

    Dr.Azyad ketawa.

    “Maybe dia nak treat you as a child kot. It’s okay lah. Dia husband you kan..”

    Emma geleng. “Please….” Muka comel ditayangkan.

    Dr.Azyad berdehem seketika. Pandangan mata dialihkan. Fuh! Terror gila bini kau ni Fareez. Patut pun lah boleh sangkut.

    “Nanti I cakap..”

    “Ehem!”

    Pandangan mereka berdua terarah ke insan yang baru berdehem tadi.

    Dr.Azyad hanya senyum sebelum menghulur tangan untuk bersalam.

    Muka Emma jadi kelat.

    “Thank you , Az. Aku..”

    “Nothing changed. He will treat me.” Emma bersuara sambil peluk tubuh.

    Terkejut Fareez. Mata memandang Emma yang duduk berjuntai kaki di katil.

    Dr.Azyad pula hanya diam memasukkan tangan ke dalam kot. Dia pun tak tau nak cakap apa. Sendiri pelik bila Emma tak nak dirawat oleh suami sendiri. Macam tak bersyukur je dapat lelaki doktor.

    “Emma…”

    “What? You tu pediatrician. Tak ada hak nak rawat I. Tak berbakat kan?” Emma jawab sinis.

    “Fine. You marah I kan?”

    “Tak! I hate you…”

    Fareez tarik nafas. Layak betul dia rawat si Emma ni. Emma ni pun macam budak-budak tadika.

    “Az , you may go now..” Tak nak Azyad dengar dia bertekak dengan bini sendiri. Jatuh saham dia nanti. Emma pun bukan reti cover.

    “Emma..”

    “Apa hal?” kasar suara Emma. Dia langsung tak pandang Fareez.

    “I akan..”

   “Jaga I. Kenapa baru sekarang? Dulu tak jaga pun?”

   Terkujat juga jantung Fareez. Aku tak habis bercakap dia dah selit.

   “I boleh..”

   “Takde takde. I tak nak jadi patient yang diabaikan. Nanti lambat I boleh discharge. You kan nak ganti mak bedah vogue tu. So it’s okay. Dr.Azyad yang handsome tu boleh rawat I. Makin cepatlah nanti I keluar hospital. Banyak nur muka dia tu..” sindir Emma.

    Hamik! Kene sedas!

    “Emma , don’t be rude with me…” Suara Fareez jadi tegang. Bukan dia tak terasa ‘deep’ dengan kata-kata Emma.

    Mata Emma merah. Pandangan dikalihkan pada Fareez. Patut ke?

    Putus asa , sayang! Mengalah! Give up! Let him be..Let him go..

   “Hurting someone can be as easy as throwing a stone in the sea , but do you have any idea how deep that stone can go?”

    Fareez kaku. Diam. Ayat Emma. Kata Emma. Bagai menunjukkan betapa lama gadis itu menahan pilu di dada. Sakit yang bukan kepalang.

    Yang semestinya datang dari seorang insan.

    Yang bergelar suami.


    Fareez Redza.

p/s : Bye-bye semua *lambai tangan* . Kita jumpa versi lain pula , Insyallah! Amin!

Lakaran Bahagia Bab 5 - SILENCER



“WARDINA Aisyah Binti Khalid,” sayup-sayup suara itu kedengaran. Wardina bangun. Terpisat-pisat matanya cuba memandang ke depan. Siapa yang memanggilnya tadi? Bila mata itu dibuka, terjengul wajah suaminya, Ruzain. Mata itu ditenyeh Wardina sekali lagi. Abang?

            “Abang?” Ruzain angguk. Wardina pandang suaminya. Kenapa suaminya sangat pelik? Kenapa dengan pakaian itu? Kenapa atas bawah semuanya putih? Seingatnya, suaminya tidak berpakaian serba putih pada petang itu. Tapi, itu tidak kisahlah. Janji, suaminya sudah berada di sini. Bibirnya mengoyak senyuman panjang.

“Abang! Ina nak mintak maaf, abang. Ina bersalah pada abang. Ina mintak ampun, abang,” tubuh Ruzain ingin dipeluk namun Wardina terkejut. Tubuh itu terasa jauh benar darinya.

“Abang.. Kenapa abang jauh?” Wardina tergamam pula. Air mata jernih suaminya menamatkan kata-katanya. Kenapa suaminya menangis?

“Sayang.. Sayang kuat, ya? Ingat pesanan abang. Sayang kena kuat.” Wardina tidak mengerti.

“Abang. Kenapa ni? Kenapa abang cakap macam ni?” Wardina mendekati suaminya. Namun, masih terasa jauh. Jarak itu jauh dan semakin jauh darinya. Wardina penat berlari. Sedar-sedar kini, dia sudah berada di persisiran pantai.

“Ingat kata abang.. Jaga cinta kita molek (baik-baik). Jadi, seorang puang (perempuan) yang muliakan agamanya, jadi seorang puang yang hormatkan maruahnya, dan jadi seorang puang yang kuat dalam harungi segala-galanya. Abang tak selamanya di sisi, sayang. Sayang mesti tabah dan jadikan Tuhan itu sebagai sandaran.” Wardina geleng kepala.

“Abang.. Kenapa ni? Abang!! Abang nak ke mana? Abang!!” tubuh Ruzain makin jauh.

“Selamat tinggal, sayang. Abang sayangkan sayang. Abang cintakan sayang. Sampai akhir.” Wardina cemas. Suaminya semakin jauh.

“Abang! Jangan buat Ina macam ni, abang! Abang! Abang! Abang, jangan tinggalkan Ina!!!!” tempikan itu menamatkan lena Wardina. Tubuhnya berdiri tegak. Dada turun naik. Nafas pula sungguh tidak teratur. Berdegup kencang tanpa henti. Wajahnya diraup lembut, cuba menghilangkan jejak mimpi tadi. Dan, bila wajah itu digosok, dia terpempam dengan jernihan air mata yang membasahi pipi. Keluhan terbit di situ.

“Mimpi apa tadi?” Wardina diam. Sedarnya, ada air menitis di atas kepalanya. Lantas, kepala didongakkan sama. Air apa ni? Hujan? Pantas, dia buang pandang ke luar. Lebatnya! Wardina telan liur. Kakinya menggeletar tanpa jawapan. Mindanya teringatkan Ruzain tiba-tiba. Kepalanya toleh ke kanan. Membulat matanya setelah mendapati jam sudah menginjak ke arah jam 8 pagi.

Jam sudah pukul lapan namun suasana di luar sana tidak seperti jam lapan. Gelapnya yang amat. Wardina bangun. Dia nak keluar! Dia mahu mencari Ruzain. Hatinya semakin tidak tenang. Bergegas dia capai apa yang patut, bersiap ala kadar. Kakinya, tangannya dan bibirnya menggeletar dengan sendiri membuatkan Wardina semakin diburu ketakutan. Jantungnya juga berdetak lebih laju dari biasa. Kenapa begini? Wardina takut. Oleh itu, segera dia menapak keluar bersama sekaki payung di tangan.

Tokk!! Tok!!

Wardina kerut dahi. Siapa pula tu? Tanpa berlengah Wardina patuh akan bunyi ketukan itu. Pintu dibuka. Wajah Mawar serta Pak Lang membuahkan rasa curiga pada pandangan Wardina.

“Pak Lang buat apa kat sini? Abang tak ada..” Pak Lang pandang Wardina atas bawah. Seketika keluhan terbit dari bibir tua itu.

“Kamu nak ke mana, Ina?” soal Pak Lang terus. Wardina senyum dalam terpaksa. Bibirnya kuat diketap untuk mengelakkan orang nampak akan getaran di bibirnya itu.

“Saya? Macam biasalah, Pak Lang. Nak jemput abang dari laut,” Mawar pandang Wardina. Wardina buat bodoh sahaja dengan pandangan itu. Tahu, pasti Mawar sedang mengutuk dirinya. Tapi, dia perlu menjawab begitu bagi menutup rahsia keadaan rumah tangga mereka.

“Ina.. Apa yang Pak Lang cakapkan ni, kamu terima dengan baik, ya.” Wardina angkat keningnya.

“Apa dia, Pak Lang..”

“Ruzain.. Dia..” Wardina masih menanti. Debaran sudah menggila. Apa yang mahu dituturkan Pak Lang? Ruzain? Kenapa dengan abang?


HARI demi hari berlalu, dan sehingga kini wajah Wardina murung. Wajah pucat, dan tidak berdaya. Tubuhnya menyandar lesu di atas pangkin menghadap pantai. Pandangan orang sekeliling terhadapnya tidak dipedulikan. Kini, sudah heboh satu kampung tentang kehilangan suaminya. Usah ditanya pada dirinya, kerana dia juga tidak punya idea di mana suaminya berada. Namun, orang di sini semuanya, tidak faham akan keadaannya.

            Masing-masing menunding jari padanya. Nampaknya telahannya salah. Sangkanya, selama ini, pertengkaran antara dia dan Ruzain tidak didengari orang ramai. Namun, segalanya terbukti semalam. Semua orang menuduhnya sebagai seorang isteri kejam.

            “Memang patut pung(pun) mung (kau) terima azab ning (ni).. Padan muka dengan mung. Kalu Ruzain mati, munglah pembunuhnya!”

Wardina tunduk. Tajam sungguh kata-kata itu. Sungguh, tajam sehingga hatinya terasa bagaikan disiat-siat. Entah untuk kali ke berapanya, air matanya tumpah. Baru kini, dia tahu betapa sukarnya untuk menahan air mata. Sesuatu kekuatan yang tidak mampu dia dapat.

Perlahan-lahan, kepalanya naik menghadap laut. Pabila kepala itu mendongak, bagaikan terhidang satu wajah yang cukup dirinduinya di depan mata. Abang.. Wajah Ruzain yang suci dan wajah yang cukup dinanti-nantikannya selama dua hari ini.

“Ina..” Wardina terkejut. Itu suaminya?! Benarkah? Tidak berkelip Wardina pandang tubuh itu. Benarkah, itu suaminya? Kalau ya, kenapa sejak tadi dia tidak perasan? Wardina makin ceria apabila tubuh itu melambai-lambai agar datang kepadanya.

“Abang?” Tubuh itu mengangguk kecil. Wardina teruja. Abang? Ya! Itu abang! Suami aku!

“Abang!! Abang!!” Wardina berlari ke arah laut di mana Ruzain berada. Sedarnya, suaminya sudah bergerak sedikit demi sedikit ke arah laut. Wardina menggeleng.

“Abang! Jangan tinggalkan Ina! Tunggu, Ina. Ina, tak nak kena tinggal lagi! Abang!” Wardina akhirnya turut masuk ke dalam laut sama, mengejar Ruzain. Malangnya, tubuh itu hilang begitu sahaja. Wardina terkejut. Dia tak mampu berenang. Terasa tangannya sukar untuk menggapai sesuatu untuk berpaut. Dia kelemasan kini!

“Ya Allah! Ina! Ina!!” teriak Pak Lang dari jauh. Dia berlari mendapatkan Wardina.

“Mawar!! Tolong ayah ni!!” Mawar turut sama berlari ke arah Wardina. Pak Lang tanpa berlengah sudah terjun. Mudah sahaja tangan itu mencapai Wardina. Ditarik tubuh itu ke darat.

Pak Lang duduk lemah di atas pasir. Letih. Naik turun dadanya. Penat! Dia perlukan oksigen. Wardina pula bangun terus sambil terbatuk-batuk. Tubuhnya terasa lemah. Di kala itu, terasa ada tangan yang menggosok belakangnya. Wardina memejam mata. Pedih!

“Abang..” air mata itu menitis lagi. Mawar mengigit bibir. Dia hanya mampu mendiamkan diri sahaja. Matanya bertentang mata dengan si ayah. Perlahan-lahan, tubuh Wardina ditarik lalu dibaringkan ke ribanya.

“Kenapa, Ina masuk ke laut tu? Bahaya!” tegur Pak Lang. Tegas bunyinya. Tubuh Wardina yang berbaring di atas ribaan Mawar dipandang sayu.

“Ina, nampak abang, Pak Lang. Ina nampak abang Ruzain.” Pak Lang menggeleng lemah dengan penjelasan itu.

“Kamu jangan buat macam ni, Ina. Kita masih cari dia. Jangan jadi macam ni. Kita masih tak tahu, bagaimana keadaan dia. Teruskan berdoa. Jangan jadi manusia yang lemah. Kuat, Ina! Kamu, kena kuat!” Wardina menangis lagi. Wajahnya terasa panas akibat titisan air mata itu.

“Sudah! Bawak dia balik, Mawar.” Mawar angguk. Tangan Wardina diletakkan di atas bahunya sebelum mereka memulakan langkah. Pak Lang menggeleng. Kesian melihat nasib gadis itu. Dia faham keadaan orang yang kehilangan ini bagaimana. Kerana dia juga pernah merasai kehilangan. Kehilangan seorang isteri yang cukup memeritkan jiwa lelakinya. Namun, semua itu rasanya masih tidak dapat menyamai dengan apa yang terjadi pada Wardina. Seorang gadis yang tidak punya apa-apa. Hanya menjadikan Ruzain sebagai tempat bergantung. Masih terbayang lagi kali pertama pertemuaannya dengan Ruzain. Lelaki itu nampak sungguh gembira meskipun mereka hanya berdua.

“Dia hanya ada saya, Pak Lang. Satu-satunya tempat untuk dia bergantung.. iaitu saya.. dan.. saya jugak hanya ada dia Pak Lang. Satu-satunya, tempat untuk saya bermanja.” Pak Lang buang pandang. Rasa sebak yang bertandang dibuang jauh-jauh. Ke mana kamu menghilang Ruzain? Kesiankanlah isterimu ini..


“BARING sini.” Arah Mawar. Kepala Wardina diletakkan hati-hati di atas bantal. Telepak tangannya dilabuhkan di atas dahi Wardina. Panas! Lantas, kain basah dilap pada tubuh Wardina.

“Mawar..” seru Wardina lemah. Mawar pandang Wardina.

“Kau tak rasa sedih ke?” Mawar diam. Kain basah itu diletakkan di dalam basin kembali.

“Abang Ruzain…”

“Ina..” Mawar mencelah tiba-tiba. Tidak mahu nama Ruzain bangkit. Dia sendiri tidak boleh mendengar nama itu. Kelak wajah lelaki itu akan terbias di mata. Dia tak sanggup! Dia tak sanggup untuk bayangkannya lagi. Sekarang inipun, dia sudah melalui jalan yang susah. Sukar untuk dia terima kehilangan sahabat baiknya itu.

“Kau tidurlah. Nampak macam nak demam. Aku nak balik, nak cari ubat.” Wardina diam. Dari hujung matanya dia hanya memandang pemergian Mawar dari kamarnya.

“Ina!! Ina!! Ina!!” sayup-sayup kedengaran panggilan itu.

“Kamu ni kenapa, Mail?” tegur Mawar. Wardina pejam mata. Kalau boleh dia tak mahu campur lagi. Pasti, ada orang ingin mengutuknya lagi. Dan bila mata itu ingin dipejam, dia terasa seperti terdengar sesuatu.

“Ruzain! Ruzain! Kami dah jumpa!” tercungap-cungap suara itu. Wardina yang mendengar sahaja nama suaminya, terus bangkit laju dari tilam. Matanya membulat. Bergegas dia turun ke bawah.

“Mana? Mana, abang Ruzain?” tidak terbayang rasa bahagia di hatinya. Dia berlari keluar tanpa pamitan.

“Ina! Tunggu!” halang Mawar. Terkejut dia apabila Wardina berlari begitu sahaja melepasi dirinya. Lantas, kaki itu turut dihayunkan sama. Mengejar Wardina. Wardina sudah tercungap-cungap berlari. Angin khabar yang disampaikan begitu mengejutkannya. Abang! Tunggu, Ina!

Kaki itu dikuatkan kayuhannya. Namun.. bila setibanya dirinya di sana. Apa yang terbayang di mata tidak sama di alam nyata. Kerumunan orang ramai membuatkan Wardina nanar. Apa ni? Dari jauh, dia melihat kelibat Pak Lang yang sepertinya sedang menenangkan orang ramai. Ada apa ni? Mana suaminya?

Wardina cuba mendekat. Satu persatu langkah dia hadapkan ke arah kerumunan orang ramai itu. Pak Lang yang melihat kelibat Wardina mula mengarahkan orang ramai membuka ruang untuknya. Dan bila ruangan itu terbuka buatnya, terasa lututnya bagaikan bergegar. Menggeletar tanpa henti.

Bibir Wardina terketar-ketar menahan getaran. Begitu juga dengan tangannya. Dan kerana itu, dia tidak kuat lagi untuk berdiri. Tubuhnya jatuh terjelopok. Air mata merembes keluar. Tubuh yang berbaring tidak jauh darinya itu, membuatkan dia tertanya-tanya. Kepala diangkat pada Pak Lang. Pak Lang diam sahaja. Kenapa diam?

Wardina mendekat. Makin laju air mata itu. Abang.. dari atas ke bawah mata itu meneliti suaminya. Tubuh suaminya basah kuyup. Namun, itu bukan persoalannya. Tubuh itu senyap sahaja berbaring di atas pasir ini. Tangan Wardina naik mengusap kepala Ruzain.

“Abang..” panggil Wardina lemah.

“Abang dengar Ina, tak?” suara itu terketar-ketar bertanya. Kepala Wardina menggeleng.

“Tak! Kenapa abang tak jawab?! Abang! Bangunlah! Abang! Pandang Ina!” Pak Lang menggeleng sahaja. Mawar pula kuat mengetap bibirnya.

“Apa ni? Bukaklah mata, abang. Abang.. Tolonglah! Jangan takutkan, Ina. Abang.” Tangan Ruzain ditarik dan diletakkan di pipinya.

“Abang! Jangan tinggalkan Ina. Abang! Tolonglah. Bukak mata, abang. Ina ada dekat abang ni. Abang, Ina mintak maaf. Ina salah. Sekarang, bukak mata abang. Tolonglah, abang. Ina, rayu..” Mawar tunduk lalu belakang tubuh Wardina dipeluknya.

“Abang.. Tolonglah, Ina.” Tangan Wardina ditarik Mawar agar tidak berterus-terusan menyakiti tubuh Ruzain.

“Sabar, Ina. Sabar..” Wardina menangis dan menangis. Hanya dengan menangis sahaja yang dapat memuaskan hatinya. Menangis di atas segala perbuatannya. Suatu penyesalan yang tidak mampu diungkapkannya.


WARDINA menyandar lemah pada dinding hospital. Kelibat orang ramai begitu membingitkan suasana. Namun, suasana itu ternyata tidak mencacatkan khayalan Wardina. Sedari tadi, kepalanya asyik memutarkan kembali kisah-kisah romantis antaranya dan Ruzain. Ah!

            Wardina pejam mata. Dia tak kuat lagi. Mawar ketap bibir. Wardina buang pandangannya. Kalau boleh dia tidak mahu menangis lagi. Saat kepala itu dilarikan, ada sepasang pasangan yang begitu menarik perhatiannya. Si isteri begitu tekun melayani si suaminya. Penuh kasih sayang, bubur itu disuap ke dalam mulut si suami. Lelaki itu senyum sahaja tatkala menerima suapan itu. Bahagianya. Wardina senyum kecil. Melihat pasangan itu, membuatkan dia teringat akan suaminya.

            Abang.. Apa kita masih punya kesempatan untuk itu? Ina harap.. Ya.

Kuakan pintu dari luar menamatkan lamunan Wardina. Segera dia mengalihkan pandangannya pada seorang lelaki berkot putih itu. Lelaki itu sedang berjalan menuju ke arahnya.

“Puan ni, isteri Muhammad Ruzain Bin Talha?” Wardina angguk laju. Hatinya berdoa, agar si suami selamat-selamat sahaja.

“Ya saya , doktor. Saya isteri Muhammad Ruzain. Macam mana keadaan suami saya?” Wardina kalut bertanya. Hatinya tidak tenang. Mawar disebelahnya juga turut memasang telinga.

Doktor lelaki itu mengeluh seketika. Wardina resah sendiri. Kurang gemar dengan keluhan itu kerana bunyinya seakan-akan teruk. Apa, terukkah suaminya?

“Begini puan..” doktor lelaki itu berjeda sesaat dua. Wardina mengigit bibirnya.

 “Macam mana, doktor? Katakan! Katakanlah! Kenapa diam?!” desak Wardina kasar. Mawar memeluk Wardina. Tidak mahu gadis itu menimbulkan kekecohan di sini.

“Tenang, Ina,” pujuk Mawar, berbisik rapat ke telinga Wardina. Wardina diam. Terkesan juga dengan kata-kata itu. Nafas panjang ditarik.

“Doktor, macam mana? Suami saya baik-baik kan? Katakanlah, doktor. Suami saya baik-baik kan? Tak ada apa-apa yang berlaku, kan?” suara Wardina beransur tenang cuma rasa gusarnya tetap di situ. Doktor lelaki itu hanya memandang keletah Wardina.

Honestly, Puan. Keadaan Encik Ruzain sekarang ni, sebenarnya masih berada di tahap kritikal. Tak silap saya, dari laporan yang kami terima dari.. Pak Lang, bukan?” Pak Lang mengangguk kecil.

“yang suami puan hilang di laut dua hari lepas. Dan saya dapati ada sedikit masalah di saluran pernafasannya yang memaksa kami menggunakan alat bantuan pernafasan. Dan, sekarang dia masih tidak sedarkan diri dan mungkin memakan sedikit masa kerana sekarang suami puan berada dalam keadaan koma..” menggeletar lutut Wardina dibuatnya. Mahu luruh jantung, dan hati. Berita yang cukup memilukan dan berita yang cukup perit untuk diterima. Suaminya koma? Abang..

Wardina jatuh terduduk. Air matanya mengalir laju. Apa ni? Abang.. Terasa dunianya sempit. Terasa dunianya kelam, gelap tanpa cahaya. Biasan cahayanya seakan dibawa pergi.

“Ina..” Mawar turun sambil menggosok bahu Wardina. Ingin menenangkan wanita itu.

“Boleh kami lawat dia, doktor?” Pak Lang mencelah. Doktor tersebut angkat pandangannya dari Wardina sambil bibirnya mengoyak senyuman kecil seraya menggeleng.

“Maaf encik. Buat masa sekarang belum lagi.” Jawabnya berhemah. Mata lelakinya memandang kelibat Wardina sekali lagi. “Sabarlah, puan. Berdoalah pada yang Satu. InsyaAllah, Tuhan akan permudahkan segala urusan kita. Dan ingatlah, mereka masih punya nyawa cuma tidak berdaya sahaja. Mereka masih boleh mendengar namun tidak diberi lagi kesempatan oleh Tuhan untuk berbicara, bergerak dan sebagainya lagi. Jangan bimbang puan, setiap butir percakapan kita dia masih boleh mendengarnya. Maka, puan keraplah membaca ayat-ayat suci Al-Quran padanya. Mungkin itu akan membantu. InsyaAllah.” Pesan doktor tersebut sebelum mengorak langkah.

Wardina tunduk. Bahunya terhinjut-hinjut menahan asakan tangis. Perlahan-lahan, tubuhnya digagahkan untuk berdiri. Tingkap kecil di pintu dijeling. Dapat dia lihat kelibat tubuh Ruzain yang berbaring lemah di atas katil. Air mata Wardina makin laju. Abang..

Abang, dah janji takkan tinggalkan, Ina. Kan, abang? Maka, abang kuatlah. Demi Ina, abang. Tolonglah, abang.. Ina rayu..

NOTA: DENGAN INI BERAKHIRLAH BAB 5! DOAKAN MSS NI AGAR CEPAT DISIAPKAN. KAMI AKAN UPDATE DARI SEMASA KE SEMASA DAN AKAN MEMBERI TEASER. DI GROUP PASTINYA! HIHI.. JUMPA LAGI! INSYAALLAH, TERUSKAN MENYOKONG TRIPLETS..

My Handsome Nerd (BAB 5) - Baldu Merah






Opie terkinja-kinja menyelinap masuk ke dalam bilik Seri. Dia nekad dengan rancangannya. Geram betul bila memikirkan segala pujuk rayunya tidak berhasil. Apa yang susah sangat kawan baiknya itu hendak menyertai program yang diwar-warkannya? Hanya isi dan hantar. Senang. Slip gaji pun hanya perlu buat salinan dan kepilkan pada borang. Gambar penuh hanya perlu tepek jer. Selesai. Ada rezeki atau tak, itu belakang cerita. Huh! Memang dia geram dengan Seri. Geram!

            Jam dinding di ruang tamu dikerling. Nampaknya waktu-waktu macam ni, Seri belum balik. Ya, dia ada peluang! Pintu bilik Seri ditutup perlahan dan dia mula menyelongkar ke dalam laci yang menempatkan dokumen-dokumen milik Seri.

            “Mana pulak lah minah ni letak slip gaji dia. Hish, leceh lah!” Bebel Opie. Sudah beberapa minit dia menyelongkar, namun bayangan slip gaji itu tetap juga tidak dia temui. Ini yang menambahkan geram di hati. Rasa macam malas pula nak ajak Seri turut serta. Namun, alang-alang dia dah melangkah ke dalam bilik Seri, dia harus selesaikannya.

            “Ha! Jumpa pun,” Opie terkinja riang bila helaian kertas itu dijumpainya di balik dokumen di dalam laci. Dengan pantas dia menutup laci itu, dan dengan kadar yang segera, dia berlalu keluar dari bilik.

            “Assalamualaikum, Opie. Aku dah balik,” sapa suara dari luar.

           “Alamak, Seri dah balik!” Terbeliak biji mata Opie saat mendngar ucapan salam daripada Seri.

Matanya dikerling ke arah jam dinding bilik Seri yang berwarna biru laut itu.

“Awalnya minah ni balik. Miss Izzi ni baik bebenor bagi dia balik awal,” bebel Opie sendirian.

“Opie, kau kat mana? Senyap jer,” sapa Seri dari luar. Kelihatan suara itu semakin kuat menuju ke arah bilik.

“Aduh, aku nak buat apa ni, buat apa?” Opie gelabah. Dia berjalan ke kiri dan ke kanan. Mindanya ligat berfikir.

“Ha, sini pun bolehlah!” ujar Opie.  Dilihatnya tombol pintu hendak dikuak dari luar.  Dengan pantas dia menyelinap masuk ke bawah katil bersaiz Queen milik Seri.

“Pergh, bapak ar! Banyak habuk weh,” gumam Opie di dalam hati. Menyesal pula rasanya bersembunyi di bawah ini.

“Manalah pergi si Opie ni, tengok dalam bilik tak ada. Motor pulak terpacak kat luar tu. Tak kanlah berjimba-jimba naik kereta si Leman poyo tu?” fikir Seri. Hatinya tertanya-tanya di mana keberadaan Opie.

“Aku kat bawah katil kau lah weh. Cepatlah kau pergi mandi ker, makan ker, buat tarian zapin kat ruang tamu ker, yang penting bukan dalam bilik ni,” jawab Opie di dalam hati. Dia sudah tidak tahan. Dia memang alah dengan habuk. Mudah baginya diserang selsema.

“Alamak, aku rasa nak bersin,” Opie sudah tidak tahan. Sedaya updaya dia cuba menutup hidungnya.

“Lantaklah, nanti dia balik lah tu. Ala-ala macam kucing. Hilang pun ,tetap balik juga. Baik aku mandi,” ujar Seri. Dia terus melangkah keluar.

ACHIUM!!!

“Fuh, nasib baik kau blah cepat. Kurang asam gelarkan aku kucing,” ujar Opie. Dia terus saja berlalu keluar dari bilik Seri. Nafasnya dihela kuat,. Mujur dia tidak ketahuan menyelinap masuk pada hari ini.




Malam itu Harith perlukan ketenangan. Dia perlu membentangkan proposal-nya pada esok hari. Dia gerun bila memikirkan proposal-nya ditolak oleh penyelia. Apa yang diperlukan esok sudah selamat dia sediakan. Apa yang dia perlukan kini ialah ketenangan. Dia perlukan itu untuk memperoleh sedikit kekuatan untuk meyakinkan penyelianya tentang kajiannya itu.

Kereta Proton Persona itu diparkir elok di sebuah restoran. Mujur sahaja rakan baiknya Aqil Arham sudi menemaninya di sini. Rakan baiknya sewaktu belajar di luar negara itu cukup memahami dirinya.

“Bro,” sapa satu suara.

Harith segera menoleh.

“Wei Aqil. Lama tak nampak kau. Mana menghilang?” soal Harith kepada suara itu. Dia yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam restoran itu, terus mendakap erat sahabat karibnya.

“Aku macam ni jer lah. See? Makin tough tak?” gurau Aqil. Seperti masuk bakul angkat sendiri.

“Hahaha. You`re the lucky one man. Dah hari-hari kau main gym, mana badan kau tak macam ni. Fitness Instructor lah kata kan,” gurau Harith pula dengan nada suara dileret-leret.

“Hei, kau pun sama bro. Even…” Aqil memandang sebentar rakan karibnya itu dari atas ampai bawah, sebelum menyambung.

Even kau nampak masih nerd, tapi badan kau still maintain. Sambil study, sambil buat biseps huh?” soal Aqil pula. Harith di hadapan sudah tergelak besar. Sempat lagi kawan dia ni mengenakannya.

We`re man bro. Study pun study. Badan kena jaga,” jawab Harith. Mereka berdua berlalu ke arah satu meja yang agak tersorok di situ.

Sure bro. Our asset right? By the way , mana Audi kau? Lama gila aku tak lenjan kereta kau ke hulu hilir.

“Ada kat rumah. Malas aku nak bawak. Aku sekarang pakai Persona kalau nak pergi mana-mana. Lagi senang,” jawab Harith. Memang sudah menjadi sifatnya, tidak berapa suka menunjuk-nunjuk harta kekayaannya kepada khalayak.

“Hahaha, bagus. Itu lah kau yang membuatkan aku tabik. Tak menunjuk! Tabik spring!” ujar Aqil sambil membuat tabik hormat.

Tak lama selepas itu, datang seorang pelayan wanita mengambil pesanan mereka. Harith membelek-belek menu lalu memesan minuman kegemarannya.

“Jus tembikai satu,” pinta Harith.

“Fresh orange, “pinta Aqil pula.

“Makan?” soal pelayan itu.

No," masing-masing serentak menggeleng.

Pelayan itu mengangguk kemudia berlalu. Namun baru beberapa saat dia melangkah, Harith sudah memanggil.

“Cik..” panggil Harith menggamit pelayan kenit itu hampir ke meja mereka.

“Jus tembikai tu, pastikan basuh dulu..Lepas tu biji yang warna-warna hitam tu buang ya..Saya tak suka. Oh ya, pastikan letak air gula 1 sudu besar jer..Tak nak lebih,” pinta Harith. Pelayan itu tercengang mendengar permintaan harith. Aqil pula hanya tersenyum. Dia tahu sangat perangai rakan baiknya itu.

“Lagi encik?” soal pelayan itu.

No..thank you,” ujar Harith. Pelayan itu lantas kembali ke dapur.

“Oh ya..wait,” panggil harith sekali lagi. Pelayan itu pantas memalingkan wajahnya ke arah Harith.

“Ya encik?”

“Pastikan guna air masak ya..Tak nak air paip,” ringkas dan padat arahan daripada Harith membuatkan pelayan itu menggangguk kemudian masuk ke dalam dengan wajah berkerut seribu. 




Mata Seri melilau. Ke kanan dan ke kiri. Dia bosan. Pelanggan tidak berapa ramai yang datang ke restoran tempat dia bekerja ini. Hendak membasuh pinggan, semua sudah selesai. Hendak mengambil pesanan pelanggan, Liza dah uruskan. Jadi, dia hanya duduk di salah satu kerusi di hadapan kaunter pembayaran itu.

TING!

Bunyi loceng menandakan pesanan sudah siap. Seri pantas bergerak dan mula berkira-kira hendak menghantar pesanan itu. 

“Eh Seri, pesanan ni aku yang ambil. So, biar aku hantar,” pintas Liza.

“Eh, tak payah. Aku ikhlas ni. Lagipun bosan lah tak ada buat apa-apa kerja.”

“Eh, tak apa lah. Ni kan tugas aku.  Kau ni rajin sangat lah Seri. Kau tahu tak customer tu cerewet gila. Dah lah cerewet, skema pulak tu. Geram aku. Geram!” jawab Liza semula.

“Mana dia? Mana?” aju Seri. Liza seraya menunjukkan lokasi pelanggan itu yang terletak di sudut meja belakang.

“Tak apa..Biar aku handle,” jawab Seri setelah melihat susuk tubuh pelanggan itu yang membelakangkannya.

“Yalah, thanks Seri,” jawab Liza serba-salah. Memang Seri ni seorang yang rajin.  Dia bukan tak tahu kepayahan hidup Seri. Ternyata wanita itu seorang yang tabah. Memang patut Abang Zali jadikannya sebagai pekerja kesayangan.




“Kau masih sambung Phd kau ker bro?” soal Aqil.

Yup..and guess what? Esok aku kena bentang proposal!” sahut harith membuatkan Aqil menjadi teruja.

“Wow, dah tu kau boleh duduk berjimba dekat sini. Apa kes?” 

Well, aku dah siap semuanya. Cuma, I need some rest. So, tu fasal lah aku telefon kau. To cheer me up,” balas Harith.

“Okay lah kalau dah siap. Takut jugak aku dengar kalau belum prepare apa-apa,” ujar Aqil.

“Mana pula order ni? Tekak aku dah haus bercerita dari tadi, ujar Hrith. Dia sudah bangun dan mahu memusingkan badan untuk memanggil pelayan tadi bagi bertanyakan tentang pesanan mereka.

Saat dia bangun, tiba-tiba tubuhnya dilanggar seorang pelayan yang baru sahaja datang ke meja mereka. Aqil yang baru nak menegur Harith tentang kedatangan pelanyan itu turut terkejut dengan insiden yang berlaku.

“ Maaf encik. Maaf. Saya tak sengaja, saya ganti baru ya. Encik okay tak? Encik nak tukar baju ker, seluar ker, atau nak saya ganti baju baru ker, encik cakap jer berapa harga semua tu. Nak tolak duit gaji saya sampai saya tua pun, saya tak kisah. Encik cakap jer. Jangan segan,  jangan silu,” jawab Seri pantas. Dalam keadaan kalut, dia memang akan bercakap selaju mungkin. Sumpah dia takut. Ini merupakan kejadian pertama yang berlaku selama dia bekerja di sini. Habislah jatuh reputasi dia. 

Harith mengusap-usap baju putih miliknya yang selamat menjadi mangsa tumpahan Jus Tembikai yang dipesannya tadi. Saat dia mengangkat kepala, dia terkejut. 

“Awak?” ujar Harith dengan pandangan mata dibesarkan.

“Err… awak?” ujar Seri takut-takut. Tanpa semena-mena dia teringat insiden di depan Padi House dulu.

“Mamat skema ni lagi. Aduh, apasal lah dia makan kat sini. Jangan kencing lagi sudah,” bisik hati Seri.

“Wowowo..Minah ni mengutuk aku dalam hati. Nak kena ni,” monolog Harith di dalam hati. Semuanya dia dapat baca. 

“Mana manager awak?” ujar Harith. Suaranya ditegaskan. Dia mula merancang untuk mengenakan wanita ini.

“Ya encik. Boleh saya bantu?” tegur Zali. Dia dapat merasakan seperti akan berlaku kekecohan sebentar lagi. Mujur dia datang tepat pada masanya.

Harith memandang Zali dan Seri silih berganti. 

“Alamak, mamat skema ni nak buat apa? Kan tadi aku dah minta maaf. Kecohlah,” bisik Seri di dalam hati lagi. Harith sudah tersenyum. Semuanya dia dapat baca. 

You better watch out…” desis hati Harith.

psssssst: Alhamdulilah..Dapat juga selesaikan sampai BAB 5 dalam blog ni..Selebihnya masih dalam proses..Doakan urusan kami dipermudahkan Allah S.W.T ya...Amin :)