Our Adrenaline..

Saturday 27 September 2014

Lakaran Bahagia Bab 4 (SILENCER)




SEPANJANG mereka makan bersama Mawar, tak habis-habis Wardina menempel. Menempel bukan kerana menggedik dengan suaminya tetapi menempel kepada Mawar. Sengaja Wardina buat begitu. Bila Mawar ingin menyauk lauk, dia akan terlebih dahulu mencelah dengan konon-kononnya ingin membantu. Namun, itu bukanlah niatnya yang sebenar. Jarinya sengaja diangkat tinggi agar mata Mawar nampak akan keberadaan cincin itu di jari manisnya. Ruzain menggeleng sahaja dengan perilaku isterinya.

           “Tak nak makan ke sayang?” soal Ruzain. Nasi lemak disudunya sebelum disuakan pada Wardina. Wardina menyambut senyuman itu mesra. Bibirnya mencoret senyuman kecil.

“Tak apa. Ina tak lapar mana lagi,” balas Wardina ceria. Bila mood baik, beginilah dia.

Bicara Wardina seterusnya tersekat apabila matanya memandang akan adanya sebuah kereta Honda Prelude memasuki ruangan tempat suaminya berkerja. Wardina kerut dahi. Siapa? Lama matanya tertacap pada kereta itu. Tidak lama kemudian, ada sepasang kasut stiletto mencecah bumi tapak jualan mereka. Siapa dia?

“Abang pergi dulu, sayang.” Wardina angguk. Dahinya ditarik merapati tubuh Ruzain. Kucupan kasih berlabuh di situ.

“Jangan ambik masa lama ngat (sangat). Kekgi (Nanti) abang rindu,” Wardina menjengil matanya kepada Ruzain. Tak nampak ke Mawar ada? Dia okey aje nak tunjuk berlagak depan Mawar ni tapi bukan dengan tunjuk kasih sayang bercekerama bagai macam ni. Aduhai. Kalau dah namanya dapat lelaki penyayang macam ni, apa dia boleh buat.

Ruzain kelihatannya sudah berlalu bersama Mawar. Tak habis-habis minah ni nak menggedik dengan laki aku. Huh! Dapat laki tua karang, baru tahu! Apa kaitannya? Entah! Saja nak merapu. Berdoa pun ya, biar tahu rasa minah tu. Akibat lama menunggu, Wardina sudah naik bosan. Bosan tunggu siapa perempuan tu. Nak tak nak aje keluarnya. Lalu, kasut but hitam disarungkannya segera. Dia kena cepat.

Baru setapak dia melangkah..

“Ina!!” Wardina pusing. Terkejut dirinya.

“Maya!!” terus tubuh Maya diterjah Wardina segera. Tubuh rakannya itu dipeluk erat. Maya meleraikan pelukan itu pantas.

“Kenapa tak cakap dengan aku, yang kau dah pindah? Dan.. kenapa tak cakap dengan aku yang kau dah kahwin?!” soal Maya dengan wajah yang begitu ceria. Wardina senyum kecil sahaja.

“Macam mana kau tahu aku ada dekat sini?” tanya Wardina pada Maya. Wajah Maya ditilik. Langsung tak berubah rupanya sejak mereka berteman sejak dari sekolah rendah lagi. Putih dan gebunya seperti biasa sentiasa menjadi godaan buat kaum adam di luar sana. Amboi. Tak bimbang ke kalau dia kebas laki kau nanti? Wardina senyum sinis. Jangan harap. Dia tahu taste Maya macam mana. Dia lebih pentingkan pangkat.

“Syazmin yang bagitahu..” jawab Maya lambat-lambat. Bimbang juga gadis itu naik baran. Wardina senyap sahaja. Peristiwa semalam terukir kembali namun ingatan itu cepat-cepat dihapuskannya segera.

“Aku nampak laki kau tadi. Itu bukan Ruzain ke?” Wardina membulatkan matanya.

“Kau masih ingat dia lagi?”

“Kenapa dengan kau ni? Of courselah aku, ingat. Mamat Penyu! Dia kan, selalu buat masalah dengan kau dulu.” Wardina angguk kecil. Perstiwa sebelum mereka bercinta menggamit kembali. Ruzain yang cukup baran. Setiap kali lelaki itu, berjumpa dengannya pasti mereka akan bertekak. Jenuh juga dia nak kena faham bahasa pekat terengganunya itu pada mulanya.

“Tak payah panggil Mamat Penyu! Aku tak suka! Dia ada nama, okey.” Maya gelak, diikuti Wardina juga.

“Tapi.. laki kau kerja tempat ni ke?” Wardina diam. Kurang senang dengan pertanyaan itu. Tak apa! Tenang Ina. Tenang! Cuba untuk berlaku jujur.

“A’ah. Aku pun kerja dekat sini sekali. Tolong suami aku kadang-kadang.” Penampilan Wardina ditenung Maya atas bawah. Kemeja merah bersama inner t-shirt bulat putih, jeans hitam yang agak lusuh warnanya. Dikenakan pula dengan but hitam. Eeuww! Yucks!

“Kau bahagia tak Ina?” lembut soalan itu diutarakan Maya. Soalan teman sejati. Wardina senyum panjang.

“Aku? Bahagia. Bahagia sangat..” Maya gelak sinis. Tidak percaya.

“Jangan nak tipu akulah, Ina. Kau bukan perempuan jenis yang macam tu.” Wardina angkat jari manisnya. Dihalakan tepat ke arah Maya menyebabkan rakannya itu terdiam seribu bahasa.

“Apa yang kau nak tunjukkan pada aku?” Wardina tarik nafas.

“Ruzain seorang yang sangat penyayang dan sangat ambil beratkan aku. Walaupun kami ditangkap khalwat, dia masih sudi jagakan aku. Aku ingat lepas insiden tu, dia dah buang aku. Tapi, aku silap. Dia masih nak jaga aku. Kalau dari pandangan orang lain, mungkin kami ni pasangan biasa-biasa aje, Maya. Tapi, mereka semua tak akan tahu betapa indahnya kehidupan kami berdua. Dan yang paling penting, malam-malam aku tak pernah bosan. Ruzain sangat romantik!” Maya diam tidak berkutik.

“Cantikkan cincin ni.” Wardina bercakap sendiri. Cincin itu dimainnya. Nampak begitu cantik dan padan di jari manisnya. Maya menjeling ke sisi. Ada sesuatu yang aneh pada pandangannya. Lantas, jari Wardina ditarik lebih rapat ke matanya.

“Eh.. Eh.. Kenapa ni?” celah Wardina spontan. Maya tidak pedulikan bicara itu, cincin itu ditiliknya lagi.

“Tahulah cincin aku cantik, tapi tak payah nak tarik-tarik. Kalau nak tengok aku boleh bagi.” Sambung Wardina dengan hati yang riang.

“Ina..” seru Maya. Wardina pandang wajah itu. Kenapa wajah Maya tidak ceria? Oh! Dia tahu, pasti gadis itu cemburukan dirinya. 

“Kalau apa yang aku cakap ni, kau jangan cepat melenting pulak ya?” Wardina ketawa kecil. Tidak sabar! Apakah ayatnya, ya? Ina, aku cemburukan kau! Atau apa ya? Ina, aku nak kahwin dengan laki kau, untungnya kau! Wardina senyum sendiri. Ee! Cepatlah Maya. Apa dia? Pinta Wardina tidak sabar.

“Ini.. bukan emas sebenar.” bulat mata Wardina. Jarinya ditarik. Wajah Maya dipandang.

“Kau cemburukan aku, kan? Kau jangan nak main-main dengan aku, Maya.” Maya mengeluh kecil.

“Ina.. Buat apa aku nak main-mainkan kau? Apa faedah yang aku dapat? Aku tahulah,  semua ni sebab aku dah biasa sangat beli emas-emas ni. So aku tahu mana yang palsu dan mana yang tak.” Wardina menggeleng. Apa mungkin suaminya sudah menipu dia? Wardina ketap bibir.

“Apa buktinya?!”

“Cuba tanggalkan cincin kau.” Wardina menurut meskipun hatinya memberat. Cincin itu kini beralih pada Maya. Lalu, cincin itu digosokkan ke atas seluar jeans hitam Wardina. Wardina kerut dahi. Rasa panaslah pula pahanya bila kena gosok macam ni. Beberapa saat kemudian, cincin itu disuakan dekat ke muka Wardina. Wardina angkat kening.

“Cuba bau. Kalau emas tiruan, dia akan bau macam bau besi atau bau ikan.” Wardina patuh. Liurnya ditelan. Betul! Bau ikan!

“Eh.. mungkin tekaan kau salah kut, Maya. Sebab memang seluar aku bau ikan. Tengoklah aku ada dekat mana. Mesti bau-bau dia melekat sana sini, kan?” Wardina cuba meyakinkan Maya akan tekaan rakannya itu salah selain untuk menenangkan hati sendiri.

“Mungkin. Tapi cuba kau tengok ni..” lengan baju Maya disinsing ke atas sedikit. Terserlah beberapa gelang emas bergayut di lengan rakannya. Mata Wardina sudah bersinar akibat kilauan itu.

“Cuba kau bandingkan warna emas dua-dua ni, macam mana. Kalau yang tulen dia akan lebih berkilat berbanding yang tiruan. Cuba bandingkan gelang aku dengan cincin kau?” cincin dan gelang Maya dipadankan. “Nampak?” Wardina telan liur. Hatinya sudah jadi ragu-ragu.

“Tak. Tak mungkin.” Maya menghela nafas kecil.

“Emas tulen bersifat lembut, kalau cincin ni betul-betul tulen cuba kau tekan sikit dengan jarum. Kalau dia tak patah tu bermakna cincin tu asli. Ataupun, cuba kau dekatkan cincin ni dengan magnet pulak. Tengok macam mana. Sebabnya emas tulen ni tak bersifat magnetik. Jadi, kalau dia melekat pada magnet bermakna, cincin ni palsu.” Wardina geleng lagi. Dia takut. Takut jika kata-kata Maya benar. Sungguh, dirinya tidak mampu membayangkannya bagaimana.

“Cara terakhirnya.. Yang biasa tauke-tauke buat, cuba kau bakar cincin ni. Bakar cincin ni sampai dia jadi merah. Kalau ada kesan tompok hitam, maknanya cincin ni tiruan.” Wardina diam. Bibir bawah digigit. Hati kini bagaikan sudah punah. Retak seribu.

“Kau tak patut kahwin dengan dia, Ina.” Omel Maya selamba.

“Huh?” Wardina angkat pandangannya.

“Kalau kau ikut kata-kata mama dan papa kau dulu, pasti sekarang kau bahagia. Bahagia di samping Syazmin dan bahagia di samping keluarga kau. Sekarang, cuba kau tengok macam mana keadaan kau? Kau ditipu! Ruzain tipu kau, Ina! Kau hidup sengsara kau tahu tak. I mean, cuba kau tilik tubuh kau atas bawah. Apa benda kemewahan yang kau ada? Dulu.. kau ibarat ratu! Semua yang ada di tubuh kau, semuanya berjenama. Semua orang sanjung kau. Tapi, sekarang.. cuba tengok. Orang buat tak endah aje dengan kau. Orang buat kau tak ubah macam sampah!” berbirat hati Wardina. Telinga sakit dan hatinya juga turut pedih bila mendengarnya.

Ruzain tipu aku?


RUZAIN senyum pandang Wardina. Sehari suntuk dia mencari Wardina di pasar. Namun, hampa. Isterinya itu tiada. Rasanya mahu sahaja dia tinggalkan pasar dan mencari isterinya. Namun, dia cuba untuk berisgtifar dan bertawakkal. Moga-moga si isteri baik-baik sahaja. Dan, bila kaki ini menjejak ke lantai kayu rumah mereka, dia bersyukur. Isterinya nampak elok sahaja. Sedang termenung di meja makan. Kepalanya ditongkat sambil cincin pemberiannya dimainkannya. Ruzain geleng sahaja.

            “Aduh, sayang. Suka sangat ke cincin tu. Sudoh-sudohlah tu.” air mineral diteguk Ruzain. Matanya merenung si isteri. Wardina diam tidak berkutik. Ruzain mendekat. Lantas, bahu si isteri dipeluknya.

“Sayang tahu dok (tak), nanor (nanar) abang cari sayang. Cari jugok ngatenye (jugak merata-rata tempat), tengok-tengok duk sining (alih-alih, duduk sini). Aduh, sayang ni. Wak (buat) orang bimbang sokmo.” Pipi Wardina ingin Ruzain kucup namun Wardina tega melarikan pipinya.

Bakpe (Kenapa) ni, sayang?” Ruzain cuba nasib sekali lagi, namun Wardina melarikan diri. Rimas! Bila dia bangun, tangannya digengam Ruzain.

“Sayang nok gi (nak pergi), mana? Abang baru balik. Layan gok (Layanlah) abang kejap.” Wardina buang pandang.

“Sayang maroh (marah) ke? Nok maroh nape pulok, ning (ni)? Pasal nape (apa)? Mawar?” Wardina jauhkan wajahnya dari Ruzain. Tidak suka bila wajah itu dekat dengannya.

“Abang beli dekat mana cincin ni?” Ruzain jelas terkejut dengan soalan itu. Lelaki itu diam.

“Abang beli dekat kedai emas..”

“Tipu!!” celah Wardina. Ruzain tersentap dengan amarah isterinya itu.

“Kenapa kau tipu aku?! Huh? Kenapa kau tipu aku? Mati-mati aku ingatkan cincin ni, cincin betul! Puas? Huh?! Puas dapat bodohkan aku? Puas dapat gelak sebab aku percaya ni cincin betul? Apa motif kau, Ruzain? Huh?! Apa motif kau kahwin dengan aku? Kau dah malukan aku, kau tahu tak?! Kau malukan aku depan kawan aku. Kau malukan aku depan semua orang. Kau boleh bayangkan tak macam mana tebalnya muka aku bila aku terpacak depan kedai emas tauke tu? Kau tahu dia kata apa? Dia kata cincin ni..” cincin itu lekas-lekas ditanggalkan Wardina. Lalu, cincin itu ditolak ke muka Ruzain. “Palsu! Kau paham tak?! Cincin ni palsu!” turun naik dada Wardina. Matanya bulat dan juga merah menyala akibat menahan amarah yang memuncak di dada.

Ting!!

Cincin itu jatuh mencium lantai. Ruzain tergamam dengan keadaan itu. Matanya tidak pernah lepas dari memandang isterinya. Cincin itu dicapai Ruzain. Langkah kaki mula mendekati si isteri. Dia mencangkung menghadap Wardina. Tangan Wardina dicapainya. Lalu, sebentuk cincin itu diserahkan pada Wardina.

“Harga dok (tak) penting, sayang.. Yang penting kita ikhlas ke dok (atau tidak).” Wardina senyum sinis.

“Betul kata kau. Harga tak penting. Sekarang aku tahu kenapa kau hidup macam ni. Kau tahu kenapa kau tak pernah maju ke depan, Ruzain? Sebab orang macam kau ni memang selayaknya duduk dekat belakang. Pemikiran bodoh! Kalau macam ni gaya kau, sampai matipun kau takkan pernah jadi orang kaya! Orang macam kau.. huh.. memang menyusahkan aku.” Ruzain sungguh terasa dengan kata-kata biadap itu. Tidak dapat dia bayangkan mulut si isteri bisa mengungkapkan ayat berbisa seperti itu.

“Maya betul. Aku memang tak patut kahwin dengan kau. Kahwin dengan kau dulu, adalah satu penghinaan buat aku! Sebabkan kau, hidup aku macam pengemis. Macam merempat! Aku menyesal kahwin dengan kau!”

“Ya Allah! Sayang! Sayang cakap apa ni?”

“Kenapa? Aku cakap benda betul. Kau memang miskin! Atas bawah semuanya miskin. Orang macam kau memang tak layak untuk aku! Lelaki bodoh macam kau takkan pernah boleh bahagiakan orang kaya macam aku! Kau memang tak guna! Kau memang tak guna! Aku bencikan kau! Berambus kau dari sini! Aku kata berambus!!!” tempikan itu makin kuat dan kuat. Ruzain kecewa. Hatinya terluka. Dari mencangkung, diri itu sudah berdiri tegak. Langkahnya longlai menghala ke arah pintu keluar.

“Tunggu!” Ruzain berhenti. Di saat itu, dia benar-benar berharap agar si isteri akan memeluk dirinya dan memohon kemaafan darinya. Namun..

“Ambik cincin buruk kau ni! Aku tak hadap dengan benda alah ni. Kau boleh berambus dengan benda tak guna tu. Bawak dia jauh-jauh. Jangan bawak balik benda tu. Aku benci!” Ruzain ketap bibir. Tubuhnya menunduk sebelum cincin itu dicapainya. Cincin itu ditilik Ruzain seketika. Bila terpandangkan cincin itu hatinya terluka. Teringat kembali kata-kata sinis sang isteri. Terus, langkah kaki dibawa keluar dengan hati yang sarat dengan panahan kata-kata luka.


KETUKAN bertalu-talu di pintu sungguh merimaskan Wardina. Dengan malas dia bangun juga. Serabut dengan ketukan yang tidak pandai senyap itu. Pintu itu dibuka juga. Matanya kuyu pandang keluar. Dahinya berkerut bila pandang Mawar dihadapannya ketika ini.

            Pangg!!

            Wardina jatuh. Dapat dia lihat dengan jelas amarah di mata Mawar. Apa kena dengan minah ni? Datang-datang tampar orang.

“Apa kena dengan kau ni?” Mawar ketap gigi.

“Kau memang perempuan tak sedar diri, Ina! Apa kau dah cakap pada Ruzain?” Wardina tercengang. Lambat-lambat, dia gelak. Gelak sinis.

“Oh.. Ruzain mengadulah ni?”

“Memang! Memang dia mengadu. Dia mengadu pada aku. Sebab dia tak ada orang untuk dia mengadu. Ada isteri macam tak ada isteri.” Wardina ketap bibir. Amarahnya rasa memuncak bila dirinya ditempelak sebegitu rupa.

“Apa masalah kau, huh? Kau sedar tak orang yang tengah kau cakapkan tu siapa?” Mawar angguk.

“Aku sedar. Aku tahu dia suami kau. Tapi aku rasa kau yang tak sedar. Kau tak pernah sedar yang dia suami kau, Ina. Sampainya hati kau kan, buat dia macam tu. Eh, jangankan sebab cincin, kau buat dia macam tu.” Wardina kepal tangannya. Tunggu masa untuk meledak aje.

“Apa? Memang salah jantan tu. Dia yang tak guna! Dia tipu aku!  Kau boleh bayangkan tak macam mana rasanya bila kena tipu? Orang tak guna macam dia, memang patut kena ajar macam tu.”

Pangg!!

Lagi sekali pipi itu ditampar Mawar.

“Kau memang tak tahu diuntung, Ina. Kau boleh cakap macam tu, sebab kau tak tahu deritanya Ruzain. Kalau kau tahu aku rasa kau takkan boleh bayangkan apa yang dia rasa dan apa yang dia alami. Punya kau sebagai bini dia aku rasa macam bala untuk dia. Sejak kau jadi isteri dia, dia hilang semua. Semua kawan-kawan dia pergi jauh sebabnya.. sebabnya dia pertahankan kau. Kau ni.. memang perempuan.. Oh! Aku tak tahu nak kata apa. Cermin diri dulu, Ina.” Wardina buat muka.

“Muka aku dah cukup cantik untuk aku cerminkan.”

“Cantik luaran bukan jaminan cantik untuk dalaman. Kau kena sedar Ina. Tempat kau bukan dekat sini. Aku rasa kalau bukan kerana Ruzain mungkin kau merempat. Mungkin kau yang mintak sedekah. Cincin tu, hadiah yang paling mahal yang pernah dia ada. Kau tak tahu betapa susah dia nak dapatkan duit tu untuk belikannya buat kau. Sudahlah. Tak guna untuk aku cakap banyak dengan orang macam kau. Cuma, Ina.. kau perlu ingat satu. Allah itu adil. Setiap orang pasti akan dapat balasan yang setimpal dengan apa yang dia lakukan. Kau bertuah punya Ruzain. Tapi, aku tak dapat bayangkan bagaimana hidup kau tanpa Ruzain. Sebenarnya, selama ni kau terlalu banyak bergantung pada Ruzain, Ina.” Wardina terdiam dengan kata-kata itu. Terasa? Ya! Dia cukup terasa dengan kata-kata itu. Namun, entah kenapa hatinya tidak melenting namun hatinya tersentuh dengan kata-kata itu.

“Sedarlah Ina. Selama ni, Allah selalu buka peluang untuk kau. Dah banyak ruang bahagia yang Allah berikan untuk kau. Tapi, satu pun aku tengok kau tak pernah nak hargai. Jangan datang jumpa aku kalau suatu hari nanti, Ruzain pergi dari hidup kau. Masa tu, mungkin kau boleh nampak di mana tempat kau. Masih bersenang lenangkah atau kau jadi pengemis. Ruzain silap. Silap kerana pernah mengemis cinta kau. Mungkin katanya betul, dia bahagia.. tapi, apa yang aku nampak dia bahagia atas derita dia sendiri. Aku balik dulu. Pandang muka kau  buat aku rasa muak. Pandang muka kau buat aku rasa nak tanam kau hidup-hidup.” Langkah kaki yang menghala keluar dari kawasan rumah Wardina terhenti tiba-tiba. Mawar tarik nafas panjang.

“Aku harap.. esok.. kau akan tunggu dia bila dia balik dari laut. Macam yang kau pernah buat dulu.. masa kau baru kahwin dengan dia. Aku rindukan senyuman bahagia Ruzain waktu tu, Ina. Tapi, kalau kau memang tak tertahan hidup dengan Ruzain, mintaklah perpisahan secara elok. Sebab aku tak sanggup lagi tengok dia menangis kerana kau.” Wardina tergamam. Tanpa sedar ada air jernih meleleh di pipi. Ruzain menangis kerana dia? Pantas, kepala didongak memandang langit. Ada pancaran putih menyinar di situ. Bumi ini pula seakan mula terasa gegarannya akibat dari guruh itu. Lutut Wardina seakan lemah.

“Kenapa.. dia ke laut? Dia pergi dengan siapa?” soal Wardina. Suaranya kedengaran agak cemas.

“Dia sendiri. Katanya, dia nak tenangkan fikiran. Kau bimbang? Aku pun sama. Aku dah cuba tegah dia. Tapi dia tetap nak pergi. Sebab tu, Ina.. berdoalah semoga dia selamat. Kalau kau sedar, hidup kau sekarang sedang berada di tengah garisan. Garisan derita dan bahagia. Aku harap kali ni, kau sedar.” Mawar menyambung langkahnya yang tergendala tadi. Sambungan langkah itu mengakhiri rasa kuatnya. Air mata itu jatuh. Selamatkan sahabatnya? Mawar menggeleng. Tak! Ruzain akan selamat.


Sementara itu, Wardina jadi tidak tenang. Air mata itu belum menampakkan surutnya. Dia masih berdiri tegak di luar sambil memandang luar sana. Langit seakan hitam. Bintang pula tidak kelihatan. Abang.. Bila terpacul ayat itu, hati Wardina disapa gegaran. Entah kenapa terimbas kembali kata-katanya pada sang suami. Allah! Apa aku dah buat?

NOTA: HANYA TINGGAL SATU CHAPTER LAGI. SEDIHNYA RASA HATI. TAPI TAK APA. INSYAALLAH SAYA AKAN BAGI TEASER. TAPI DALAM GROUP FBLAH. SO, SIAPA2 YANG BELUM MASUK SILALAH BERBUAT DMIKIAN YE. HIHI.. DOAKAN SUPAYA MSS NI DAPAT DISIAPKAN SEGERA. AMIN.. 

DAN JANGAN LUPA! KOMEN TAU!

Friday 26 September 2014

Wanted Love Bab 3 (flowerrissa yg cute :P)

MATA Emma dari tadi berjalan mencari bayangan tubuh Fareez. Keadaan di Langkawi Airport agak sesak memandangkan sekarang musim hujung minggu.

    Cerita dia begini! Mereka sepatutnya naik flight sama-sama tapi sebab Fareez yang katanya busy urus cuti bla bla flight dah jadi asing. Sorang belah pagi sorang belah tengah-tengah malam.

    Suri call tadi kata Fareez punya pukul 1.45 pagi. Tapi sekarang dah nak pukul 3 pagi. Dari pukul 7 malam lagi dia di sini. Tunggu je. Sekarang sepatutnya dah sampai. Tak sampai sejam pun dari Kuala Lumpur ke Langkawi.

    Handphone yang dari tadi digenggam , dibetulkan kerana ingin menghubungi Fareez semula.

   Ouh! Voicemail masuk. Mesej pun tak reply. Ada apa sama hal dengan Fareez ni? Tangan dilekapkan di dahi. Tolong lah Ya Allah , satu je peluang . Yang dia minta hanya kedatangan Fareez sahaja.

    Tut..tut..

    Telefon yang bergegar menyebabkan lamunan Emma pecah. Skrin handphone ditatap.

    From : My Hubby Fareez

    Hi Emma. Sorry. No flight delayed , exactly but I’m sorry. Jaz is on a problem. I have to take over her work. Hope you enjoy holiday there. See you soon! Happy Holiday!

    Berair mata Emma membacanya. Jadi sejak tadi tiada penerbangan tertunda pun? Semuanya Fareez reka hanya untuk sedapkan hati dia ke? Setitik demi setitik air mata jatuh ke pipi.

    Mesej Fareez berbunyi agak ceria. Happy holiday? Dia ingat Emma rancang untuk bercuti je ke? Oh honeymoon dengan holiday sama ke?

    Sesuai jugak dia dari tadi jadi tiang eletrik , tiang lampui isyarat bagai macam tunggul , ni balasannya. Ingat balasan , dapatlah hug si Fareez tu lepastu terus pergi hotel. Emma , mimpi kau sentiasa indah belaka. Huhu.

    Entah kenapa dia tiada kekuatan untuk membalas. Nak kata Jaz lagi penting dari dia? Mahu tak kena fire. Mesti Fareez bebel , jangan childish sangat lah , orang tu ada masalah lah.

    Nak kata punca dari Jaz , tak boleh jugak. Sebab masalah bukan kita yang nak. Siapa nak masalah kan?

    “Hello Suri…” Emma menjawab panggilan Suri.

    “Hello Puan , erk tadi Encik Fare..”

    Belum sempat Suri tamatkan ayat , Emma dah cantas dulu.

    “Saya tahu. Takpelah. Erm Suri boleh tolong tak? Call restaurant tu and cancelkan. About the sunset cruise tu biar I call Uncle Wong okay. Thank you Suri. Sorry kacau you tengah-tengah malam ni.”

    “Alright , boss. Small matter. Saya kan biasa jadi burung hantu.” Suri ketawa kecil di hujung talian. Emma juga.

    “Nasib esok saya tak ada. Dapat cuti bergajilah awak , kan.” Emma tersenyum kecil.

    “Rezeki , boss. Okaylah boss , mata saya dah nak tercantum ni. Boss jangan buat drama Melayu duduk tunggul kayu dekat airport ye boss. Balik hotel.” Tegas suara Suri membawa ketawa kecil bagi Emma.

    “Baik bos!”

    “Alah apa bos ni.”

    Emma menggeleng sebelum mematikan talian. Nombor Uncle Wong yang memang tersedia di dalam contact dicari dan butang mesej ditekan. Takkan nak call pulak.

    To : Uncel Wong

    Hello Uncle. It’s me Emmarina. Uncle , sorry. I cancel ya , uncle. I dengan husband very busy.

    Butang send ditekan. Honeymoon lain kali je lah. Atau langsung tidak ada dalam perkahwinan mereka. Ye tak?

    Atau setahun akan datang?
   
    “HAI Aisar!” Fareez sapa seorang pesakitnya. Budak kecil lima tahun yang sudah menghidap penyakit paru-paru berair. Luluh hatinya melihat penderitaan si kecil ini. Sudah dibuang keluarga dan kini dia dirawat di sini dengan tampungan biaya pihak kebajikan hospital dan dijaga sepenuhnya oleh jururawat di sini.

    “Hye papa.” Aisar capai tangan Fareez sebelum dikucup lembut. Fareez tersenyum senang sebelum mengusap lembut kepala Aisar.

   Mata difokuskan pada pintu apabila pintu tiba-tiba dikuak. Melakar senyumannya melihat Jaz.

    “So how babe , dah settle?”

    “Dah. Alhamdulillah. By the way , aku dah okay , kau boleh lah cuti. Let me…”

    “Alang-alang dah cancel baik kerja kan?”

    “But..”

    “Teman kau. Kau kene on-call kan malam ni. Pity you.” Fareez jelir lidah.

    “Kalau macam tu , aku nak baliklah. Kau ganti , amacam?” Jaz usap lembut pipi Aisar. Gebu dan comel sahaja. Lembut macam roti.

    “Banyan santek kau. Baik aku cuti je.” Fareez tak puas hati.

    “Aku bagi tak mau. Suka hati kau lah…”

    “Pa , ma…” Suara kecil milik Aisar mematikan perbualan mereka.

    “Ye sayang?”

    “Bila Aisar boleh keluar ni? Aisar boring lah , papa.” Aisar mula mengadu. Sejak dia ditahan di dalam wad , tak pernah sekali pun dia keluar dari kawasan hospital Hidup kanak-kanaknya dipenuhi dengan keadaan di hospital sahaja.

    Fareez pandang Jaz. Jaz pandang Fareez. Last sekali , dua-dua telan air liur. Terkelu. First time kot , Aisar keluar kenyataan tu.

    “Aisar , Aisar kan tak sihat. Mana boleh keluar lagi. Nanti lagi sakit..” Perlahan suara Jaz memujuk. Fareez ikut senyum. Jaz , kau dah buat aku..aku..

    Terkejut dia bila terasa handphone di dalam kotnya berbunyi. Skrin telefon ditatap. Terkelu melihat nama ‘Mama’ di situ.

    “Jaz , Aisar , sekejap eh..”

    Fareez minta diri keluar. Butang ‘Answer’ ditekan. Keluhan nafas dihembus lega bila suara mama ‘lembut’ sahaja menyapa telinga.

    “Assalamualaikum Fareez…”

    “Waalaikumusalam mama…”

    “Anak mama ni sihat tak? Lama tak call mama. Lupa mama dah ke?” Kendur suara Datin Ratna. Fareez tersenyum kecil.

    “Sihat mama. Never , ma. Sorry lately Fareez overboard busy. Well..” Fareez ketawa di hujung ayat bila Datin Ratna menyampuk dengan buat bunyi macam nak muntah.

    “Menantu mama yang gemuk tu mana?”

    Fareez ketawa kuat dengan nama panggilan Datin Ratna pada isterinya. Adoi , mama ni.

    “Minah gemuk tu dekat rumah lah mama. Cuti dia hari ni. Goyang kaki mop lantai lah jadinya , ma.”

    “Baguslah kalau dia mop lantai. Jangan dia duduk mengadap cerita korea sambil makan cikedis sudah..”

    Sekali lagi ketawa Fareez pecah.

    “Mama..mama…”

    “Kirim salam dekat gemuk tu ya. Mama rindu both of you..”

    “Of course mama…”

    Eh sekejap! Emma cuti dekat rumah? Fareez tepuk dahi. Hampir lupa yang Emma masih di langkawi. Patut ke dia beritahu mamanya?

    “Ni kenapa diam ni?” suara Datin Ratna memecah lamunan Fareez.

    “Err..nothing mama…Papa sihat?” Fareez tukar topik. Tapi memang dia nak tanya pasal Dato’ Haris pun. Lama juga tak bersua dengan papa.

    “Sihat lah kot dengan bini muda dia tu..”

    Fareez tersentak. “Bini muda? Mama biar betul..bila?”

    “Few days ago hmmm..”

    Mendengar Datin Ratna bagai tertawa kecil , Fareez tahu , mamanya bergurau.

    “Mama main-mainlah. Jadi betul-betul karang..” Fareez menggugut bila Datin Ratna tak berhenti ketawa.

    “Ala cakaplah Fareez pun teringin ada mak tiri muda kan…”

    La mama ni. “Ingat Fareez ni Cinderella ke apa?”

    “Cinderellah versi lelaki apa salahnya kan? Cepat-cepat lagi dua minit kredit mama nak habis ni..”

    “Mama topup lah…” Adoi mama ni dari dulu ..

    “Papa tak kasi. Dia takut mama TERcall ex-boyfriends mama dulu”

    “Mama..mama..” Ketawa Fareez dibuatnya.

    “Okaylah bubbly boo mama yang tak shomel . Papa dah memanggil-manggil ni. Mama pergi dulu ya sayang. Jangan lupa kirim salam rindu , sayang mama dekat minah gemuk tu tau..” Sempat Datin Ratna pesan. Fareez iyakan sahaja.

    “Mama..mama..” Fareez tergeleng-geleng apabila selesai bercakap dengan Datin Ratna.

    “Hoi Fareez!” Tersentak Fareez bila dia disapa oleh seseorang. Dia menoleh. Tersenyum lebar melihat wanita di hadapannya ini.

    “Eh Delin? Kau buat apa kat sini?” Terkejut juga Fareez bila tiba-tiba Adelin menyemak dekat hospital. Adelin sengih.

    “Saja , nasi lemak kat kafe ni sedap. So aku datanglah beli kat sini walau nak cari parkingnya susah..”

    Fareez ketawa. “Dulu dapat jadi staf , nak berhenti..tidak senang parking..”

    “Berhenti sebab anak-anak aku ngan suami aku. Bukan pencen pun. Kau ni hish..”

    “Anak-anak kau?”

    “Dah tu takkan anak-anak Doktor Syed pulak?”

    Okay! Adelin ni memang jenis macam ni.

    “So how , life with lovely wife gituh!” Adelin dengan suara ceria bertanya. Namun melihat perubahan di muka Fareez , dia tahu’something fishy’ gituh!

    Dalam otak ligat Adelin piker. Nak campur tidak ? Nak campur tidak?

    “Muka kau macam tu , aku tahu bini kau dah membawa diri di langit biru kan?” Adelin teka. Jari telunjuk tepat di muka Fareez.

    “Banyaklah kau. Emma pergi bercuti lah..” Fareez pintas.

    “Alone?” Adelin ternganga.

    “Takkan dengan anak-anak kau pulak?” Fareez perli. Adelin angkat muka . Kening dengan mulut yang tak sememeh. Ni kalau Raziq tahu dia buat dekat lelaki lain , habislah dia kena ngap.

    “Ingat comel lah muka comel kau tu..” Fareez tanya gedik.

    “Boleh bawak anak satu , bay! Hahaahah!” Adelin ketawa dengan lawak sendiri.

   “Okay stop! Listen here…jumpa aku esok dekat Rainbow Café sharp 8 a.m okay. I know you have lots of stories wanna tell me , uhuh? Don’t worry , aku angkut anak-anak aku okay. Aku nak balik ni. Nanti Raziq kata aku ada skandal ngan kau , doo..” Adelin buat muka seram.

    “Takda maknanya. Anak pun dah nak masuk tiga..”

    “Tahu-tahu je kau kan?” Adelin ketawa jahat. Fareez terlopong.

    “Kau biar betul , doo? Rafeeq belum masuk dua tahun kut..” Serius! Gila ah Adelin dengan Raziq.
    “Ni namanya kilang aktif. Tak macam kilang kau. On-off. Bye!” Adelin cabut. Suka melihat muka merah Fareez. Ala takpe dia dengan Fareez bukan sekadar teman rapat tapi dah jadi sepupu , lagipun Fareez halal lagi dengan dia. Datin Ratna dengan Puan Asyura adalah biras. Memang rapatlah! Dan air susu yang mengalir di tubuhnya adalah sama dengan air susu yang mengalir di tubuh Fareez. Kira adik beradik susuan lah tu.


    “Rainbow Café. 8 a.m.” Laju tangan Fareez set alarm! Takut terlepas. Dengan minah kecik ni tak boleh terlepas kalau ajak kongsi masalah. Adelin ni kaunselor paling bagus tuh. Patut lah kilang aktip! Hahaha.

Writer mood : Sentafffffpppp gileeeeeeee adoi --'

Wednesday 24 September 2014

My Handsome Nerd Bab 3 - BALDU MERAH




“Malunya aku! Malu!” bentak Harith di dalam hati. Merah padam wajahnya bila melihat wanita itu terus lari meninggalkannya. Siap kesat pulak tu di baju putih Harith. Sah! Malu! Harith pula terdiam tidak tahu hendak berkata apa. Mujur waktu tu ibunya datang tepat pada masanya.

“Fikir lagi ker fasal tadi?” soal Tan Sri Habibah.

“Eh, tak lah. Harith okay,” wajahnya dihalakan ke tingkap.

Tan Sri Habibah tersenyum seraya tergelak kecil mendengar jawapan Harith.

“Kenapa ibu?”

“Harith, Harith, ibu yang lahirkan kamu. Ibu tahu lah semua perlakuan Harith tu. Haish, cakap jer lah malu,” terang Tan Sri Habibah.

Harith lantaran mengambil buku yang ada di tepi lalu dibelek-belek helaian muka suratnya. Memang dia malu jika hal tadi dibangkitkan sekarang. 

Harith,  I`m talking to you,” ujar Tan Sri Habibah sambil mengambil buku di tangan Harith.
“Ya ibu. Harith malu,” jawab Harith segan. Harith terus mengambil buku di tangan ibunya semula.

“Ha, kan senang kalau mengaku,” balas Tan Sri Habibah semula.

Harith masih diam membisu. Dibelek-beleknya buku itu. Bukan baca pun. Nak tutup malu jer tu.

“Eh, tapi kan. Cantik juga budak tu kan? Dia kerja dekat mana yer?” Sambung Tan Sri Habibah bagi menghilangkan kejanggalan anak terunanya itu.

Harith menutup buku di tangan seraya memandang ibunya.

“Ibu, dah mulalah tu.Tak payah nak carikan calon untuk Harith. Ada jodoh nanti,  datanglah bu.”

Tan Sri Habibah menjulingkan matanya ke atas sambil membuat muka- yelah tu.

“Kalau ibu nak harapkan kamu, entah bila ibu dapat merasa tengok menantu. Tak apa, biar ibu carikan. Ada jer anak…”

“Ibu, tak payah lah. Harith dah hafal sangat nama-nama anak kawan ibu tu. Lisa, Rina, Kirana,” balas Harith. Jauh panggang dari api jika dia hendak beristerikan gadis-gadis yang memakai baju tidak cukup kain seperti mereka itu.

“Macam mana kalau ibu berkenan, Harith pun berkenan. Harith setuju tak?” pintas Tan Sri Habibah. Tak kuasa dia nak dengar Harith menyebut satu persatu nama anak kenalannya. Saja lah tu. Harith nak sindir dia. Bukan dia tak tahu.

“Siapa?” Harith menoleh.

Tan Sri Habibah hanya tersenyum membiarkan soalan itu berlalu.




“Eee… Geli weh!” luah Opie bila mendengar cerita Seri.

“Tahu pun kau! Entah apa-apa mamat tu. Muka hansem, harap jer skema tapi terkencing dalam seluar! Taubat aku tak nak pergi situ. Takut tererempak dengan dia lagi!” Seri menelang air liurnya. Mimik muka yang menunjukkan rasa gelinya itu ditayangkan dengan bersungguh-sungguh.

“Ala kau ni. Konon lah tu. Propa jer lebih. Macam lah tiap-tiap hari dia pergi situ. Relaks sudah!” nasihat Opie. Baginya Seri terlalu taksub dan anti dengan insiden tadi.

“Relaks kau cakap Opie? Kau tahu tak geli? G.E.L.I. Geli!” Siap eja satu persatu lagu perkataan geli. Nampak macam betul-betul geli si Seri ni.

“Ala, yang kau fikir-fikir tu, lagi lah geli. Buat tak tahu jer. Tak payah nak ingat sangat lah. Lagipun benda dah lepas.”

“Yalah! Dah cepat makan, lepas tu kita balik. Mata aku dah tersengguk-sengguk layan kau ni. Kejap lagi pun waktu kerja aku habis. Kita balik saing,” pintas Seri. Malas hendak dibangkitkan insiden tengah hari tadi. Buat loya tekak!

“Seri..”

Seri memusing badannya ke belakang untuk menjawab pangilan daripada bosnya. Malam ini dia bekerja seperti biasa di Restoran Zali Tom Yam.

“Tu kawan baik Seri cari,” ujar Zali dengan nada seloroh. Dia kenal sangat dengan orang yang mencari Seri tu. Bukan hari ni saja, bahkan dah berkali-kali. Sampaikan Seri pun dah naik muak.

“Siapa?” Seri menghalakan matanya ke arah yang ditunjuk oleh Zali.




“Kau lagi Leman? Tak habis-habis nak jumpa aku!” Bebel Seri. Anti betul dia dengan mamat seorang ni. Huh!

“Kau tak baik buat aku macam ni Seri. Aku datang penat-penat nak jumpa kau. Kau kerek macam ni pulak kan? Apa punya girlfriend lah kau ni?” ungkap lelaki itu. Sedikit sebanyak dia terasa dengan kata-kata Seri.

“Hello brother, cakap elok-elok sikit. Panas telinga aku dengar. Bila masa aku jadi girlfriend kau? Kejap lagi aku seligi muka kau, baru kau tahu!”

“Eleh…macam kuat sangat!”

“Nak try? Aku tak ada hal lah beb!” Seri sudah mengangkat tangannya.

“Eh, relaks babe. Aku gurau jer,” ujar Leman. Takut juga buku lima Seri bertemu dengan wajahnya. Jatuh egonya nanti. Huish, tak mahu!

“Ha, kalau gurau tak apa. Ni ha, apa cer kau datang sini,” ujar Seri. Dia sudah duduk di hadapan Leman. Rakan sekampungnya.

“Kalau yer pun, ambil lah order dulu,” pinta Leman. Tangannya mengusap-usap batang lehernya, tanda kehausan yang perlu diisi.

“Lupa lah pula. Ni kan kedai makan, bukan kedai pasu bunga. Ha, kau nak minum apa ni?” Soal Seri. Kertas untuk mengambil pesanan dicapai. Pen yang sentiasa tersemat di kocek juga turut ditekan untuk menulis.

“Errm..” Leman berjeda panjang.

“Ermm apa?” 

“Ermm… Kalau aku minta minuman paling mahal, dapat ID WECHAT kau tak?” Gurau Leman. Ada tawa terselit di hujungnya.

Binawe mamat ni. Main-main pula. Cepatlah!” Bentak Seri. Sumpah dia malas nak layan kepala gila lelaki di hadapannya ini.

Leman masih lagi diam memikirkan minuman apa yang ingin dia pesan.

“Argh, dah lah!” Seri yang malas nak layan mula bangun dari duduknya. Mengada-ngada betul Leman ni, dengus hatinya.

“Eh, kejap lah. Aku gurau jer. Lama tak sakat kau,” tahan Leman.

“Bagi aku teh ais satu,” pintas Leman laju bila dilihat Seri tidak melayannya.

“Lah, fikir punya lah lama. Aleh-aleh teh ais jer? Makan?”

“Makan hati satu?”

“Hati dah habis. Lain?” Seri menayangkan muka blur.

“Nak hati kau boleh?”

Mendengar saja jawapan Leman, Seri laju meninggalkan lelaki itu. Rimas pula rasanya dia bila lama-lama di situ.

Leman hanya membiarkan sambil tersenyum nakal.

“Seri.. Seri..”




Lelaki itu masih lagi memandang Seri lama. Dari tadi wanita itu seolah-olah tidak mengendahkannya. Sudah puas dia memanggil, tapi panggilannya tidak dilayan langsung. Teh ais di mejanya sudah lama habis. Diperhatikan sekeliling, pelanggan juga sudah berkurang. Biasalah, kedai ni memang buka sampai 12.00 tengah malam jer. Sekarang ni pun, dah hampir 11.30 malam.
 
“Seri!”

Wanita itu asih lagi diam.

“Seri!” Panggil Leman lagi.

“Kau ni Leman. Tak habis-habis nak kacau Seri. Kau tunggu lah dia siap kerja dia dulu. Ni tak, kau duk panggil-panggil dia. Siapa nak layan? Tak nampak dia sibuk?” Sampuk Opie. Geram betul dia dengan Leman ni.

“Kecoh lah kau!” bentak Leman. Lain dipanggil, lain pula yang menyahut, desis hatinya.

Opie membuat muka – macam lah kau tu tak kecoh.

“Seri!”

Seri menjulingkan matanya ke atas sebelum berpaling ke arah Leman.

“Ya cik abang. Boleh Seri tolong?” Wajahnya dimaniskan. Plastik!

“Ha, kan bagus cakap elok-elok macam ni. Sejuk telinga aku dengar!”

“Ei.. Tolonglah weh. Aku banyak kerja ni. Kau esok tak kerja ker?” Soal Seri. Matanya dihalakan ke kereta Mercedes Benz yang terparkir elok di luar itu.

“Ala, aku bos. Kau tengok kereta aku tu!” juih Leman ke arah kereta mewah tersebut.

“Aduh!”  Leman pantas mengambil kain buruk yang tercampak kemas di mukanya. Siapa lagi yang baling kalau bukan Seri?

“Jangan nak perasan sangat lah. Kejap lagi bos kau datang baru kau tahu,” perli Seri. Nampak sangat Leman ni menipu.

Deringan lagu All Of Me memecah perbualan antara mereka berdua. Err..berbual ker kalau dah namanya bertekak macam tu? Dengan pantas Leman terus menjawab panggilan tersebut.

“Assalamuaalaikum. Oh ya.. ya.. Kerja Tan Sri dah selesai? Baik Tan Sri.. Baik.. Saya datang sekarang,” ujar Leman sambil melihat jam di pergelangan tangannya.

“Hai, bos dia dah telefon ke?” Sampuk Opie. 

Seri sekadar membuat muka malas nak ambil tahu. Lagi cepat Leman berambus, lagi elok baginya.

“Okay lah sayang. Abang gerak dulu ya? Mmmmuuuah!” Gurau Leman.

Seri membuat muka bengangnya sebagai tanda benci ya amat dengan panggilan itu. Rasa nak muntah okay. Tahu tak macam mana rasa tu? Tahu kan?

“Fuh, lega aku! Rimasnya!” Rungut Seri.

“Alah, kau terima jer lah. Dia syok dekat kau tu.”

“Tak kuasa aku! Dah jom. Kerja aku dah selesai! Abang Zali, saya balik dulu!”

Seri jalan mendahului sambil diikuti Opie. Skuter hitam miliknya ditunggang laju.




“Bangun sekarang!” Gema suara itu mengejutkan Harith. Dirasakan mukanya basah disiram air.

“Bangun!” Kali ini wajah putihnya pula ditampar. Matanya kabur. Hanya kelihatan bayang-bayang hitam di hadapan.  Terkelip-kelip matanya ingin melihat. Namun, mana cermin matanya?

“Oopss.. Aku lupa. Kau tak nampak kan? Kejap yer..”

Cermin mata terus disangkutkan kasar ke telinga Harith. Sayangnya, cermin mata itu  pecah. Pandangan mata Harith nampak bercambah. Seperti mata seekor lalat. Harith cuba untuk merncerna tentang apa yang sedang terjadi kepadanya. Suasana di bilik itu tampak sempit. Jarak antara pintu dengan dirinya hanya beberapa meter sahaja. Di hujung bilik itu ada beberapa botol tin yang sudah pun kosong.

Dia mengalihkan pula pandangan ke arah dirinya. Dia kini berada di atas sebuah kerusi kayu. Tangannya cuba bergerak. Tidak boleh! Oh tidak! Tangannya telah diikat kemas.

“Argh! Lepaskan aku!” Jerit Harith. 

“Lepaskan!!!”

“Puas kau menjerit?” ujar suara itu sambil mencengkam dagu Harith. Kuat. 

Tangan yang mencengkam itu dilepaskan kuat. Harith yang kegeraman lantas meludah ke sisi. Perit!

Oh ya, baru Harith teringat akan suara itu. Suara siapa? Seperti pernah dia dengar. Matanya cuba mengecam wajah itu, tapi sayang kaca matanya yang pecah menyukarkannya melihat dengan lebih jelas.

“Kau..Kau siapa?” ujar Harith tergagap-gapap.

“Kau lupa aku siapa?” suara itu berbisik perlahan ke telinga Harith. Lelaki itu masih lagi diam membisu. Dia keliru.

“Betul kau lupa aku siapa?” ujar suara itu lagi sambil jemarinya bermain lembut di pipi Harith.

“Aku rasa, kau akan ingat bila aku buat macam ni. Hihihi..”

BUSH!

Sebaldi air disiram di atas kepala Harith. Basah! Tapi, bukan itu yang dirisaukannya. Cuma, bau air itu. Hancing. Seperti..seperti..Air kencing.

“Kau dah ingat aku siapa?”

Seakan mindanya berfungsi, Harith terkesima.

“A..Aw..Awak?”

“Hahaha! Gelak jahat suara itu membingitkan telinga. 

“Tolong!!!”

Harith terus-terusan menjerit, namun tiada siapa yang mendegar. Makin kuat, dan semakin kuat.

KRING!!!

Harith bangun dari tidur. Wajahnya berpeluh. Matanya diliarkan ke sekeliling. Masih dalam ruangan yang selesa, iaitu bilik tidurnya. 

“Fuh, mimpi rupanya. Astaghfirullahalazim.”

Nafasnya dihela lega. Mujur sahaja dia masih berada di biliknya. Kenapa dia boleh termimpikan wanita tadi tu? Kenapa perlu mengaitkan dengan air kencing. Dan..kenapa perlu wanita itu hadir dalam keadaan seperti itu? 

Dia kebingungan.