Lelaki
itu menapak laju ke perkarangan kawasan kegemarannya. Ya, memang semua keperluan di sini tersedia
khas untuk dirinya sendiri. Bukan dia meminta, cuma itu yang dimahukan oleh
ibunya. Perpustakaan yang tersedia khas di ruangan bawah tanah rumahnya ini
lengkap dengan pelbagai kemudahan. Buku-buku yang terkini dan mengikut
keperluan tuntutan bidang yang diambilnya sentiasa ada. Dia cukup bersyukur
dengan kelebihan yang dimiliki ibunya. Alhamdulilah, baru-baru ini ibunya tersenarai
dalam “Malaysia`s 10 Richest List”. Dia turut menumpang bangga dengan pencapaian
ibunya itu.
Namun,
ada kalanya dia rasa rimas juga apabila disebabkan kekayaan itu, muncul wanita-wanita
gedik yang datang kepadanya. Dia bukan bodoh untuk menilai. Mereka itu hanya
mahukan wangnya sahaja. Oopss..bukan wangnya. Wang ibunya. Ibunya yang
berharta, bukan dia.
Macbook Pro With Retina Display
berwarna putih itu diletakkan kemas di hadapannya. Papan kekunci ditekan, dan
jarinya mula menaip-naip aksara di situ. Dia perlu menyiapkan proposal kajiannya sedikit demi sedikit.
Dia tidak suka kerja bertangguh. Tidak elok baginya. Matanya beralih ke arah
buku di sisinya. Buku yang berkaitan dengan perniagaan itu diolah menjadi
rujukan untuknya menulis.
TING!
I-phone 5S-nya berdering
meminta-minta dirinya untuk mengangkat dengan kadar segera. Oh ya, dia tidak
suka menggunakan lagu sebagai nada deringnya. Baginya cukup serabut. Lebih elok
menggunakan nada dering yang sudah sedia ada tersedia. Bahkan, jika ditanya
tentang lagu-lagu pada masa kini, pasti dia perlu membuat kajian dahulu tentanG
lagu-lagu itu. Dia sendiri tidak tahu. Dia bencikan hiburan. Baginya itu
perkara yang melalaikan. Huh!
Tugasannya
dihentikan seketika. Dia menjengah ke skrin, lalu melihat gerangan si
pemanggil. Bibirnya mengukir senyum. Nampaknya wanita yang dicintai sedang
berada di hujung talian. Dia mula meletakkan telefon itu di telinga lalu
memberikan salaman penuh mesra.
“Assalamualaikum
ibu..”
“Waalaikumusalam..
Ha, kat library lagi ker tu?”
Harith
tergelak kecil mendengar telahan ibunya. Tidak dapat dinafikan. Tekaan ibunya
sentiasa betul. Perfect!
“Mana
lagi ibu. Kalau tak kat sini. Kenapa ibu?”
“Saja
jer ibu call. Sekarang ni free, jom lunch. Ibu dah ada kat depan rumah dah ni.”
“Errm..”
“No excuse!” Tan Sri Habibah memotong.
Dia tahu anaknya itu pasti akan beralasan untuk menyiapkan kajiannya. Argh,
jika difikirkan kerja, mana pernah habis. Apa salahnya meluangkan masa bersama
keluarga.
“Ibu
ni, mana ada Harith nak bagi alasan. Memang Harith nak join ibu pun. Lama tak lunch sama-sama. 5 minutes please..”
“Okay, jangan lambat,” gesa Tan Sri Habibah.
Talian
dimatikan dan Harith bergegas ke kereta ibunya. Segala alatannya dikemas dan
dirapikan dahulu. Sepatutnya memang tidak perlu kerana bilik itu dikhaskan
untuk nya sahaja. Tetapi, memang menjadi sikapnya tidak suka benda yang serabut.
Jadi, dia harus mengemas dulu ruangan ini sebelum berjumpa dengan ibunya.
“Done!” Harith menguntum senyum.
Padi
House Putrajaya menjadi pilihan mereka. Restoran yang menyajikan pelbagai jenis
masakan ala barat memang memikat selera sesiapa saja yang berkunjung ke sini.
Harith seperti biasa. Macademia Cheese Cake menjadi pilihannya sebagai pencuci
mulut. Manakala, Crispy Chicken Tomato Rice pula sebagai santapan tengah
harinya. Tan Sri Habibah hanya memesan Grilled Chicken With Pesto Foundue. Sejenis
hidangan yang menyajikan ayam dan kentang putar ditindih bersama serta ditambah
lagi dengan pesto foundue yang cukup mampu menaikkan selera sesiapa sahaja yang
menjamahnya.
Selesai
memesan menu, Harith membuang pandang ke sekeliling. Matanya ternampak wanita
di sebalik tingkap itu. Mejanya tidak jauh daripadanya. Sedari tadi wanita
berambut panjang paras bahu itu terus-terusan melirik mata ke arahnya.
“Nampak
skema mamat ni. Tapi hansem. Cuma, cermin mata tu better buang jer!”
Itu
yang dibaca oleh Harith. Ya, dia ada kelebihan membaca hati wanita. Dia sendiri
tidak tahu bagaimana dia boleh ada kelebihan seperti itu. Cuma, sejak berada di
tingkatan 1, kebolehan semulajadinya itu mula terserlah. Lebih-lebih lagi sejak
peristiwa itu. Peristiwa yang sampai kini pun tidak akan dilupakannya.
“Nampak
macam orang kaya,” kata hati wanita itu lagi.
Harith
tersenyum-senyum sendiri mendengarkan kata hati wanita itu. Haish, kadang kala
kebolehannya ini membuatkannya rimas. Mana taknya. Sekejap ada sekejap tak ada.
Bila muncul kebolehannya itu, maka pelbagai suara yang didengarinya. Sampai
kadang-kadang dia sukar melelapkan mata. Namun kini, dia sudah pandai mengawal
kebolehannya itu. Syukur kepada Allah S.W.T atas nikmat yang dikurniakan.
Seperti
gelagat sepasang lelaki dan wanita di meja sebelahnya ini. Rasanya mereka itu
sepasang kekasih. Menurut apa yang dibacanya, hati wanita itu meronta-ronta
inginkan perhatian daripada kekasihnya itu. Tetapi lelaki itu hanya sibuk
dengan I-padnya sahaja. Hurm..itulah manusia. Kecanggihan teknologi buatkan
manusia alpa. Anti-sosial!
“Harith,
ibu nak cakap something ni,” tanpa mukadimah
ibunya terus menyuarakan keinginannya. Terus mematikan pandangan Harith
terhadap orang di sekelilinya.
“Kenapa
ibu, macam ada benda penting jer,” ujar Harith sambil membetulkan cermin
matanya.
“Hurm...
ibu rancang nak buat program..”
“Program?
Program apa?” Kening Harith bertaut. Tak pernah-pernah ibunya berbincang hal
kerja dengannya. Pelik. Memang pelik.
“Sehari
Menjadi CEO. Okay tak?” jawab Tan Sri Habibah perlahan.
Kening
Harith masih bertaut dua.
“See, program ni memerlukan seorang
pemenang wanita yang ibu akan sediakan macam-macam kemewahan untuk dia. Kad
kredit platinum khas untuknya, rumah, pembantu rumah, car, driver dan semua keperluan yang dia mahukan. Dia akan berada
di pejabat, hadir mesyuarat dan sebagainya. Dia dapat menikmatinya sendiri.
Cuma, dalam sehari jer lah.”
Harith
berjeda seketika sebelum menyambung.
“Hurm..
menarik. Tapi, apa faedah program tu? Yang paling pelik, kenapa ibu beritahu
Harith semua ni?”
“Because….
Kata-kata
Tan Sri Habibah terhenti bila pelayan mula menghantar pesanan mereka. Anggukan
kepala tanda terima kasih diberi sebelum pelayan itu berlalu pergi.
“Okay,
sebab apa ibu?”
“Err..Saja..”
ringkas jawapan Tan Sari Habibah dengan senyuman pahitnya. Terus dia menukar fikiran untuk tidak berterus
terang dengan anaknya.
Harith
mengangkat kedua-dua belah bahunya.
“It`s up to you. Kalau ibu rasa okay, just go on. Mungkin dapat bagi peluang
orang kat luar sana rasa macam mana jadi CEO right?”
Tan
Sri Habibah mengganguk perlahan.
“Belum
masanya lagi Harith tahu tujuan ibu,” luah hati Tan Sri Habibah sendiri.
Harith
terdiam.
“Tujuan?
Tujuan apa? Harith terkejut bila membaca kata hati ibunya sendiri. Dia
merasakan seperti ada sesuatu yang disembunyikan oleh ibunya. Tapi..Tapi apa?
Sementara itu...
“Mana
lah Miss Izzi ni, tadi kata sekejap, ni lama pulak pergi Subway tu. Haish, ni
yang aku malas nak tunggu dekat sini ni. Apalah dia ni. Takut sangat kereta dia kena
curi. Saper nak curi? Huh!” Bentak Seri sendirian.
Sejak
mereka beramai-ramai menjamu selera di Padi House Putrajaya tadi, boleh pula
dia disuruh balik dengan bos dia ni. Semuanya salah Kak Fiqah yang terpaksa
pulang awal untuk mengambil anaknya di sekolah lantaran suaminya ada urusan
kerja yang penting. Sudahnya, dia berdua jer dengan Miss Izzi.
“Ish,
tak boleh jadi ni! Biar aku tengok dia kejap!” Seri meluru ke arah pintu masuk
Galeria Putrajaya, lalu menuju ke Restoran Subway. Dari jauh sudah kelihatan
bosnya sedang membuat bayaran. Langkahnya dideraskan. Tiba-tiba, dia merasakan
sebatang tubuh yang keras dan tegap sedang melanggarnya. Maka, mengaduh
sakitlah dia pada ketika itu.
“Harith
nak pergi library balik ker sekejap
lagi?”
Anggukan
ringkas diberikan. Bukan dia tidak mahu berhenti seketika daripada menyiapkan kerjanya.
Namun dia tidak suka melambat-lambatkan kerja. Apa yang penting, dia lebih
bermotivasi untuk menyelesaikannya di perpustakaan itu. Seakan-akan setiap
ruang itu memberi ilham dan inspirasi sepanjang dia menyiapkan proposal kajiannya.
“Ni
kenapa terkepit-kepit kaki tu?” tegur Tan Sri Habibah. Sedari tadi, Harith berkelakuan
seperti itu. Tak senonoh betul!
“Err..
Ibu, tunggu kejap ya, Harith nak buang air lah.. Hehehe..”
Tan
Sri Habibah menggeleng sambil tersenyum.
“Ish..ish..ish..
Ha, pergilah..”
Harith
lekas menuju ke tandas untuk melepaskan hajat. Memang dia tidak tahan kala ini.
Rasa seperti sudah di penghujung! Sedang dia berlari-lari anak, entah mengapa
dirasakan ada tubuh gebu seorang wanita menerpah ke arahnya. Maka, terjatuhlah
dia saat itu.
“Aduh!”
wanita itu mengaduh.
“Maaf
cik.. Cik tak ada apa-apa?” Harith mula meluru ke arah wanita itu. Bagaikan ada
satu aura yang menyelinap, dia terkesima. Wanita di hadapannya itu cukup ayu
bertudung bawal. Wajahnya yang bundar serta dihiasi sepasang mata yang cantik
cukup menawan. Mengingatkan dia dengan seseorang? Tapi siapa ya?”
“Hello
bro! Pandang apa?” Wanita itu mengawang-awangkan tangannnya di hadapan Harith.
Terus lamunannya pergi entah ke mana.
“Eh,
sorry..sorry.. Saya tak sengaja! Awak
okay tak?” soal Harith simpati.
Saat
pandangan Harith menikam ke arah matanya, entah mengapa dirasakan ada getar di
hatinya. Sumpah, ini kali pertama dia rasakan getar sebegitu. Wajah lelaki
dihadapannya ini cukup kacak. Meskipun bercermin mata bingkai hitam dengan
rambut dibelah tepi, namun wajah maskulin lelaki itu tetap terserlah. Ditambah
pula dengan susuk tubuh badan yang tegap itu membuatkan hatinya bergetar.
“Saya
okay..Cuma..” matanya dihalakan ke bawah.
“Kenapa
basah?” Seri mengangkat tangannya dari tompokan air di lantai.
Saat
itu Harith merasakan dia mahu lari laju-laju dan sembamkan mukanya ke tilam. Sebab
apa? Dia terkencing!!!
DAN..PEMENANG KUIZ SEMALAM ialah...
SIAPA DIA? Jeng..jeng..jeng..
Yeah!!! Tahniah diucapkan..Sila PM nombor telefon awak yer. Terima kasih
Kepada yang turut serta semalam..Terima kasih kerana sudi join.. :)
alahai. haha.. terkesima aii.. kikiki.. no komen.. kiki.. tak terdaya.. haha. best! buat pmbaca novelet kami, harap-harap terhbur lah ye.. Macam mana? Harap-harap makin menarik.. :)
ReplyDeletehehe..thankssss silencer..terharu rasa :)
ReplyDeleteBest 3x
ReplyDeleteWaahhh,, best2..!! Nak lagi...! X sbr tggu next en3
ReplyDeletebaby mio
ReplyDeletehehehe...thankssssssss... :)
Hidayah..
ReplyDeletewah...alhamdulilah..thanks..tunggu next entry yer :)