Prolog ( silencer )
“PERGI kau!! Pergi! Pergi!” halau suara itu. Nyaring! Sama nyaringnya dengan gegaran guruh yang membadai teratak villa rumah mereka. Wardina ditolak jauh-jauh. Terduduk wanita itu sambil menangis teresak-esak. Merangkak dirinya mendapatkan Khalid kembali.
“Ayah.
Jangan buat macam ni, pada Ina. Jangan buat macam ni, ayah. Ayah tak kesiankan,
Ina ke?” Rayu Wardina. Dia benar-benar berharap agar ayahnya tidak memaksudkan
akan apa yang dikatakannya tadi. Kaki itu dipeluknya kembali. Mencuba sekali
lagi setelah dirinya ditolak sekuat hati oleh si ayahnya tadi.
“Argh! Pergi kau! Kamu dah malukan
ayah, sekarang kamu masih ada hati nak kami terima kamu? Kamu tanya kami tak
kesiankan kamu? Apa kamu pernah kesiankan kami? Apa kamu pernah fikirkan air
muka kami masa kamu buat tu? Ni! Ni muka ni! Nak letak dekat mana? Nak letak
mana muka, ayah ni?” tengking Khalid lagi. Perit hati Wardina. Hatinya sedih.
Pertama kali seumur hidupnya ditengking seperti ini. Sebelum ini, usah
ditengking mahu dijentik pun ayahnya tidak pernah. Dan, sekarang? Sungguh,
Wardina kecewa.
“Abang. Abang. Janganlah macam ni,
abang. Kesiankanlah, Ina.” Pujuk Yasmin. Belakang Khalid digosoknya lembut.
“Awak cakap senang! Dia dah malukan
kita! Apa kita nak cakap? Huh? Apa kita nak cakap nanti? Apa awak sedar tak? Anak
kita ditangkap khalwat! Awak pekak? Buta? Bodoh? Anak kita ditangkap khalwat!
Tak paham?!” marah Khalid. Dirinya benar-benar baran. Turun naik dadanya.
Nafasnya juga hangat. Mukanya merah.
“Habis, apa kita nak buat? Dia
ditangkap khalwat atau tak, tetap tak merubah apa, abang. Dia tetap anak kita!”
bidas Yasmin kembali. Suaranya naik satu oktaf. Bukan mahu berlaku derhaka cuma
sekadar mahu menyedarkan suaminya yang bagaikan tidak terkawal barannya ketika ini.
Khalid diam. Yasmin mengeluh lega. Harap-harap suaminya sedar dengan apa yang
dituturkannya.
“Kalau macam tu.. aku tak akan mengaku
lagi dia anak aku!” Zappp!! Tersentap
hati Wardina. Begitu juga dengan Yasmin. Kedua-dua mata mereka membulat. Tidak
percaya. Wardina menggeleng.
“Tidak, ayah. Tidak ayah. Jangan, ayah.
Ayah bergurau kan?” suara itu terketar-ketar bertanya. Air mata tidak pernah
berhenti mengalir dari lekuk pipinya. Yasmin ingin memujuk suaminya namun Khalid
menjeling isterinya di sisi, memberi petanda awal akan keputusannya muktamad!
“Jom, masuk.” Tangan Yasmin dicapai
Khalid, membawanya masuk ke dalam villa. Wardina menggeleng laju. Gelengannya
sama laju dengan rentak kakinya yang mengejar ke arah pintu utama rumah mereka.
Namun, hampa. Berbaki jarak sejengkal sahaja antaranya dan pintu itu, pintu
megah itu sudahpun terkatup rapat. Tidak memberi sebarang ruang buatnya untuk
masuk ke dalam kembali. Wardina jatuh terduduk. Kepalanya menyandar lemah di dada
pintu coklat itu. Tubuhnya mengigil kesejukkan. Habis bajunya basah kuyup.
Kepalanya diselitkan di celah lutut. Menangisi akan nasib yang menimpa dirinya. Apa malangnya nasib diri ketika ini. Terhinjut-hinjut
bahunya naik atas dan bawah. Tangisan berlagu semakin nyaring. Tubuhnya pula
mengigil kesejukan. Niat di hati mahu terus berada di sini, sehinggalah ayahnya
datang membukakan pintu buatnya. Namun, baru saat ini dirinya rasa tidak kuat. Tidak
gagah lagi untuk terus berhadapan dengan situasi begini. Dia memang alah dengan
hujan. Pasti dirinya akan demam teruk nanti. Dan di kala itu, tubuhnya terasa
seperti diselimuti sesuatu. Pantas, tanpa bertingkah lagi, kepala Wardina diangkat. Tegak
sembilan puluh darjah. Matanya terpegun memandang wajah lelaki itu.
Lelaki itu senyum. Senyumannya tampak
cantik dan ikhlas. Jaket yang diselimuti ke tubuhnya ditarik Wardina erat. Berharap
jaket lusuh itu bisa menghangatkannya. Mata mereka saling bertembung,
menghadiahkan satu sinaran yang cukup membahagiakan. Lelaki itu senyum sekali
lagi. Perlahan-lahan dan penuh kelembutan. Jari kasar itu mengelap penuh syahdu
sisa air mata yang mengalir di pipi Wardina.
“Sudahlah. Jangan nangis agi..” pujuk Ruzain lembut. Wardina
menggeleng kecil. Macam mana dia mahu berhenti menangis jika dirinya tahu kini
dia sudah bergelar anak yatim piatu? Suatu hakikat yang cukup perit untuk
diterimanya.
“Apa saya nak buat, sekarang ni? Saya
takut.. Saya takut, awak.. Keluarga saya dah buang saya.. Saya.. Saya..”
Wardina kehilangan kata-kata. Membayangkan bagaimana kehidupannya berlangsung
nanti, sudah membuatkan dirinya nanar. Apa yang akan terjadi pada dirinya? Oh..
Sungguh dia tidak mampu untuk bayangkannya.
“Apa nak ditakutkan..” belumsempat ayat
itu dihabiskan, Wardina mencelah.
“Saya takut. Apa akan jadi pada saya
tanpa ayah.. tanpa mak.. tanpa keluarga saya semua? Hakikat sekarang ni, saya
sendiri. Hidup bagaikan sebatang kara. Apa yang saya boleh buat? Saya tak habis
lagi belajar. Macam mana saya nak cari duit untuk teruskan hidup? Macam mana?
Saya rasa tak mampu.. saya..” tersedu-sedu suara itu meluahkan apa yang terbuku.
Ruzain telan liurnya. Kata-kata sang
gadis itu begitu tulus. Namun, ketulusan itulah sebenarnya yang membuatkan
hatinya sedikit terguris. Bukan terasa dengan si gadisnya.. tetapi, pabila dia
mengenangkan betapa dirinya juga sebatang kara. Terus, apa yang dirinya ada
untuk terus menyara wanita itu agar terus berada di sisinya?
Ruzain pandang Wardina. Gadis itu masih
lagi menangis. Lantas, kepala gadis itu diangkatnya lembut. Mata gadis itu
dipaksa agar memandangnya. Wardina menurut. Perlahan-lahan, tangan Wardina dicapai
lalu digengamnya erat. Jari kasarnya mengelap lembut titisan air mata emas itu.
“Jangan nangis, Ina. Saya sedih tengok awok macam ni..”
“Saya takut! Saya takut! Saya takut!
Awak tak faham ke? Huh?” Wardina bengang. Suaranya naik sedikit. Tidak peduli
perasaan Ruzain, apa yang penting dia dapat meluahkan apa yang terbuku di
dadanya.
“Saya kan ada..”
“Huh?” mata Wardina sedikit bulat
dengan kata-kata itu. Matanya bertentang mata dengan Ruzain. Suara itu, mata
itu tampak ikhlas dan dirinya dapat merasai akan lelaki itu benar-benar memaksudkan akan kata-katanya. Ruzain angguk.
“Saya janji.. Saya akan jaga awok. Saya janji saya akan bahagiakan awok. Saya akan bertanggungjawab dengan
apa yang terjadi antara kita..” mata Wardina berair. Terharu dengan kesungguhan
lelaki itu. Firasatnya lelaki itu pasti akan meninggalkannya. Namun, telahannya
jauh panggang dari api. Lelaki itu malah dengan beraninya tampil ke sini,
berjumpanya. Sesuatu yang sungguh Wardina tidak mampu jangkakan.
“Kita kahwin, ya?” lagi bulat mata
Wardina. Kahwin? Telinganya salah dengakah?
“Kah.. Kah.. Kahwin?” Ruzain angguk serta
senyum. Lucu mendengar suara yang tergagap-gagap itu.
“Saya akan jaga awok.. Percayalah. Saya janji, saya akan cintakan awok. Sehingga hujung nyawa saya.” Makin
sebak dirasakan Wardina. Janji manis itu begitu tulus, membuatkan hatinya
sedikit tenang. Dari ragu-ragu kini entah kenapa, dirinya mudah percayakan
Ruzain. Lantas, tanpa sedar kepalanya juga turut mengangguk. Setuju dengan
lelaki itu.
Ruzain senyum lebar. Ucapan syukur
meniti di bibir seraya tubuh Wardina ditarik ke dalam lembah pelukannya.
“Terima kasih.. Terima kasih, awok. Saya janji, saya akan jaga awok molek.
Saya akan jaga awok sampai syurga.”
Wardina ukir senyuman. Kepalanya angguk.
“Dah, jom? Nanti, awok demam pulok. Siang ke awok, kekgi.” Wardina
angkat kepalanya memandang akan villa ini. Dia tak mahu melangkah pergi, namun
apakan daya.. dirinya sendiri belum yakin adakah ayahnya masih mahu menerimanya
lagi. Lantas, rasa hati diturutkan mengikut jejak Ruzain. Mereka mula mengorak
langkah.
Bahu Wardina dipeluk Ruzain dengan
jaket yang tersarung di tubuh wanita itu dijadikan sebagai payung untuk mereka
berteduh. Mereka melangkah dan terus melangkah. Tidak menoleh ke belakang
kembali. Dan mungkinkah.. buat selama-lamanya?
P/S: ADAKAH MEREKA AKAN MENGECAPI BAHAGIA?
E-CLASS: SILENCER
awok....awok...best la awok! kito suko! seyes ni wok...keep it up! I trust you boleh! hahahahaha :)
ReplyDeleteMcm mnr leh kena tgkp khalwat niee...
ReplyDeleteAwok..awok..awok.. siang ke awok. Sekali baca dah rasa cam menarik je. Ruzain ni hero biasa2 je kan kassim baba. Akak suka. Kisah anak dibuang keluarga akibat ditangkap khalwat. Kes yg selalu berlaku..asal kena tangkap khalwat terus buang. Siasat lah dulu. Kesian Wardina. Tak pe, Wardina. Ruzain ada utk awok. Jgn sedih2.
ReplyDeleteBest...klu bru ni dah ok....yg original lgi ok ni....kasim baba' cayok!!!cayok....
ReplyDeleteBest!! Best adikku
ReplyDeleteWaaaa permulaan yg bestt ni....awok2.. hihi...cm flower rissa ckp mmg superb...sambung lg yer
ReplyDeleteerm...baca prolog je dah menarik...pasti jln ceritanya akan lebih menarik lg nnt...comel pula ayat awok..awok ni...
ReplyDeleteDialek pahang nih! Menarik. Nak lagi.
ReplyDelete