DIA
senyum. Senang sekali hatinya sekarang.
Emma yang sedang tersenyum manis. Di
samping seorang lelaki yang bergelar suami. Ah dia yakin perasaan Emma tentu
sangat tidak boleh digambarkan.
Bahagia!
Namun , kebahagian di wajah Emma bagai
dirantap pergi apabila seorang gadis datang hampir pada mereka. Senyuman pada
wajah Fareez masih terlakar tapi bukan pada Emma. Dia lihat.
Air mata Emma yang mencacak turun.
Senyuman gadis itu yang tersangat lebar.
Wajah menunduk Fareez bagai seorang
pesalah.
Apakah ini? Permainan apa?
Dan ketika kelibat Fareez dan gadis itu
pergi , dia perasan Emma menangis teresak-esak. Nangis bagai tiada sempadan di
dunia.
Dia tersenyum melihat Emma berhenti dan
melakarkan senyuman semula. Dan lelaki di sebelah Emma itu? Aidil?
EMMA
letak
fail terakhir ke dalam rak yang disediakan. Fail terakhir yang sepatutnya
menjadi kerja Kak Sera. Kak Sera ni pun satu , bila ada je orang yang ‘dipaksa’
buat kerja dia , dia ‘on’ kan je. Oh lupa
, perangai Kak Sera memang macam tu. Memang lah agak berduit sikit , tapi suka
tindas orang yang kurang daripada dia. Sedangkan bukannya segala harta dia yang
‘membanjiri’ hidup dia sekarang bawak ke kubur pun.
Dia mengerling jam di pergelangan tangan.
Lagi 20 minit akan menginjak ke tarikh baru. Rasa macam malas nak balik rumah
pun ada. Bukan siapa-siapa yang ada pun.
Fareez? Rasanya kalau boleh letak rumah dia
kat sebelah hospital tu dia buat agaknya. Bukan rumahku syurgaku dah bagi dia.
Hospitalnya syurganya. Huhu.
Dia duduk di atas kerusi. Sebuah phamplet
menarik perhatiannya. Laju sahaja tangan mencapai. Teringin baca isi
kandungannya.
“Wau , macam best je. Ada scuba diving
lagi..” Emma tarik senyum paling panjang. Rasa nak pergi pulak. Dah lama dia
tak ke tempat-tempat yang begitu kerana kekangan kerja.
“Here
we go first honeymoon.” Bisik Emma perlahan. Haraplah Fareez sudi ikut.
Tidak memang dia takkan pergi. Mana berani pergi seorang diri. Entah kot kene
culik bawak lari ke? Menangis tak si Fareez agaknya ya? Ops! Tu Emma serius tak boleh jawab.
“Balik! Balik! Balik! Tell him.” Penuh semangat suara Emma. Come on Emma! Emma genggam kedua jari.
“Fareez
, err you know what , you , I selalu busy..apa kata cuti?” Emma cuba buat
ayat nak memujuk Fareez.
Alah tu cam tak direct sangat. Nanti dia kata cutilah dalam rumah ke? Or only Emma je yang cuti.
“You
, I dah tempat tiket pergi bercuti next week. Free you schedule okay?”
Oh no
no. Nanti dia marah sebab tak tanya dulu. Tak pasal-pasal Emma kena sembur
laju-laju. Releks Emma.
“Fareez
, I rasa dah tiba masanya kita luahkan masa sama-sama. Just two of us. Jom next
week , honeymoon in Malaysia? Just simple honeymoon , please. Three days?”
Ambil! Siap ngan gaya dengan muka alah-alah
puss in the boats gituh kau! Okay
bagi Emma ayat ni ‘santek’ dah. Tapi
menggoda tak kut.
Takpelah
Emma! Pasrah!
SAAT
kaki Emma melangkah masuk ke dalam rumah , dia bagai rasa kelainan. Macam dia
ditenung sesuatu. Dia memandang luar. Hanya kereta dia sahaja di porch. Keadaan kawasan perumah sangat
sepi. Hari pun sudah larut malam.
Betullah katanya , Fareez tak balik punya.
Baru sahaja dia ingin membuka suis lampu ,
satu suara menyapanya.
“Ingatkan dah lupa arah balik rumah.”
Hampir pengsan jugak lah Emma bila dengar
suara Fareez. Apasal Fareez tak buka lampu? At
least bukalah , baru dia tahu. Ni nak buat drama hantu hantu pulak main
terkejut-terkejut ni.
“You..you balik?” Emma tanya gagap. Absolutely , bila Fareez yang selalu
jarang balik rumah , balik. Lagi-lagi pulang saja dia dah menegur. Kunci kereta
digantung di tempat kunci. Beg tangan diletakkan di atas meja kopi. Mata tepat
memandang Fareez.
“Kenapa? Rumah ni bukan under nama you pun.” Sinis suara Fareez
buat mulut Emma terkunci rapat.
Kalau ditanya perasaan Emma sekarang ni ,
jangan dicakap. Rasa nak ambil lesung batu lubangkan kepala dia lepastu masuk
sabun FAB yang buku tu tonyoh dekat otak dia. Biar bersih dan sedar serta baik
sikit.
“Er..sebab you kan..”
“Selalu tak balik rumah? Suka hati I lah. I
tak kacau your life pun kan?”
Emma sengih kelat. “Kereta you mana?”
“Kalau kereta rosak takkan hantar dekat supermarket , dekat bengkellah.”
Serius! Emma bengang gila. Entah kenapa
tiba masuk pulak memerli sedangkan jawapan agak menyimpang.
“Ouh..” Emma angguk. Kepala ditoleh ke arah
lain. Bagi tambah dosa dia je kutuk suami. Adesh!
“You dinner
date dengan siapa tadi?”
Kepala Emma tertoleh semula. Eh?
“What?”
“Siapa bagitau?”
“Ouh betullah tu?”
“No!”
“Yes
, buktinya ni kau balik lambat. Or pergi clubbing
ke?”
Berdetup kuat jantung Emma dengar ayat
Fareez yang dia memang ah! Ingat dia ni perempuan macam mana? Dia bukan lupa
diri . Dia bersuami!
“Diam tu betul lah kan?”
“No!
I ada banyak kerja lah!”
Nak je dia kata yang kerja banyak tu
berpunca sedikit daripada Fareez. Dia telah ambil cuti semalam sebab Fareez.
Risiko yang dia ambil adalah esoknya kerja akan bertimbun dan paling teruk lagi
kena buat kerja orang. Kerja orang atasan yang pasti lebih susah dan banyak
darinya.
“Kerja layan jantan?”
“Behave
your words. You boleh call Pak
Ismail lah! Dari tadi I dekat office.
I banyak kertas kerja nak buat.” Tinggi suara Emma.
Fareez merengus seketika. Entah kenapa ,
kini dia makin dipasak untuk menyakitkan hati si isteri. Wajah Emma yang
memerah dipandang.
“If
you late once again. Itulah apa yang I akan fikirkan.”
Ingin sahaja Emma meludah kata membalas
ayat Fareez. Namun dia sabarkan sahaja. Api tak boleh lawan api. Sudahnya pasti
Fareez yang menang. Di dalam institusi kekeluargaan , Fareez lebih berkuasa
darinya.
“I minta maaf. I take over kerja Kak Sera tadi.” Emma menunduk.
“Erm..” Fareez bangkit dari duduk.
Hasratnya untuk mencari bantal dan tilam sementara dia tidak dipanggil oleh
pihak hospital.
Namun
langkah terhenti apabila Emma menggapai tangannya. Dia terduduk kembali. “Apa?”
“I nak cakap sikit..sikit je..” Emma tunjuk
kadar sedikit. Tersenyum senang bila Fareez buat isyarat ‘go on’.
“Okay
, since six months we are married. Kita belum pernah you know what date berdua , so
I guess why don’t kita pergi bercuti. Just
three days. But don’t worry , dalam Malaysia je. Tak jauh mana. Simple and everythings on me.”
Emma senyum. Dalam hati sangat mengharapkan
jawapan positif Fareez. Walau sebenarnya dia rasa potensi positif Fareez hanya
dua puluh percent but we should give a
try , right?
“I busy.”
Tap! Respons positif Fareez lenyap! Satu pecent pun ‘hancus’!
“Fareez , please. Kita dah terlalu imum dengan kerja so tak salah kita
rehatkan diri , minda atau sebagainya. Only
three days.” Emma cuba memujuk. Tangan diletakkan di atas tangan Fareez.
Erat. Walau hakikatnya bukan erat manapun memandangkan Fareez cuba menepis
tangan kecil dia.
“You kerja bisnes tak membantu orang. You
tahu I kerja apa?”
Muka Emma berubah. Sejak bila bisnes tak
membantu orang pulak dah?
“Kerja I selamatkan orang. You rasa dapat
ke I bersenang-lenang bercuti sementara semua patients I nanti-nantikan nak
balik rumah , nak cepat-cepat sihat?”
Fareez tanya kasar. Tangan Emma ditepis
laju.
Emma senang sahaja cakap untuk bercuti
semua. Emma kerja apa? Nak ambil cuti bersalin tujuh tahun pun boleh. Tapi dia?
“Macam lah tak ada doctor lain yang boleh ganti.”
“You ingat doctor lain duduk hospital tu goyang kaki je? Of course diorang ada patients
sendiri.”
Entah kenapa Emma rasa bagai tersindir
dengan kata-kata itu. Salah dia ke sebab cuba nasib ajak Fareez bercuti? Dia
juga tak suka bercuti lama. Tapi dia buat demi kesihatan sendiri. Kesihatan
Fareez juga.
Lama-lama
manyak stress boleh gila wooo!
“I mohon , Fareez. Three days then kita boleh pulang. I janji sama you. Please. I mohon sangat.” Suara Emma
berubah tone. Sayu..lemau dan penuh mengharap.
Fareez urut pelipis. Sebenarnya dia dan
Jazlina adalah sama-sama bidang. Kalau dia cuti , pasti Jaz yang harus take over semua tempat dia. Timbul rasa
kesian . Pasti akan menyusahkan Jaz dan membebankan Jaz. Melihat Emma yang
penuh mengharap , lain pula otaknya. Dia tak nak Emma terus memaksa. Dia tak
suka. Rimas!
“Two
days then I’ll go.” Kata Freez. Malas nak bertingkah. Dia ajukan kaki terus
ke tingkat atas.
“Oh
what? Dia setuju! Oh yeah! Yuhoooooo!”
Emma terloncat-loncat atas sofa. Tak kisah terpijak remote dengan blazer. Yang
penting Fareez setuju! Ayark!
Senangnya hati!
Beg tangan diselongkar mencari handphonenya. Oh Suri , PA ku janganlah
tidur. Suri kan jenis burung hantu. Malam jarang nak tidur.
“Hello Suri , ni I Emma..”
“Ermm Puan , puan reti tengok jam tak?
Kenapa ni ? Ada emergency ke?”
Emma sengih. Ops! Hari ni Suri tak jadi
burung hantu. Nampak sangat suara lemau dan marah sikit sebab kacau dia tidur. Sorry ya Suri , orang tengah happy , memang gila sikit.
“No. I cuma nak cakap esok please book two flight tickest for me and my
husband . Dah tu cari special
activities yang ada dekat sana sesuai untuk pasangan yang nak bulan madu. Oh ya! Find the best okay! Tu je . Thank you , love you Suri. Bye! Good night.Assalamualaikum.”
Tak tunggu balasan Suri , sepintas lalu je
Emma cakap. Kalau dibiar Suri potong sampai esok dia kena bebel. Confirm!
Ya Allah happynya!
Terus tangan lincah menaip sms maklumat
tempat dan peribadinya pada Suri.
Ni ke yang korang rasa bila honeymoon? Ya Allah! I’m the happy person in the world!
Soalan tanpa hadiah ( nak ada hadiah gak macam sis baldu tapi ku tak tahu nak bagi apa hehe ) : Emma ngan Fareez nak gi "HONEYMOON" kat mana? Ayaaa ane ane?
Haiish..fareez ni selepas kahwin ni kepala dia ada terhantuk kat mana2 ke..
ReplyDeleteDok sibuk jg Jaz tu..tp perasaan Emma dia buat tak tau je..
*flower rissa..hari tu kata nak pi langkawi..xjd ke*
hehehe maybeee
Deletesesabar isteri ..ada hadnya kot... jgn dibiarkan sisuami yg ego tu menyakiti ... harus sedarkan dia sebelum hati mu hancur
ReplyDeleteyup
DeleteSakitnya hati bila suami macam ni. Kesiankan Jaz melebihi isteri yg halal. Emma still cuba pertahankan ikatan perkahwinan. Kalau Emma meletup nanti...kita tengok terbakar or tak si Fareezz tu.
ReplyDeletewe see then kak
Deletebr 6 bln kot kawen psl dorg da ada konflik..bkn g langkawi ek dorg?
ReplyDeletei like all ur story rissa..tq for de sngal family...hehe freez..freez..huhu
ReplyDeletemy ggle dah terrosak.....well..well.... prefer nama rissa btu lesung ke btu bata? haha pls nxt bab - kek wani
ReplyDeleteciter ni best!!!! gigih baca dari prolog.. eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee....geram dgn fareez tu..suka hati dia jer tuduh emma layan jantan..huh! lg 1, cam tak ikhlasssssssss jer nk bercuti..sibuk fikirkan si jaz tu... bini kau ajak bercuti kotttt..sibuk fikir pasal org lain pehal? (sorry..mood geram)..hahaahaa.. nasib baik setuju..errm..krabi plisss..krabi! haha
ReplyDelete