Our Adrenaline..

Monday 6 October 2014

Wanted Love Bab 4 (flowerrissa)

EMMA menunduk ingin mencapai duit RM10 yang melayang dari dompetnya. Eh nak terbang pulak.

    “Auch!”

    Emma gosok kepala. Beg siapa pulak aku langgor ni. Buat nak pecah je lah kepala aku yang comel ni. Setelah wang berjaya diangkat , dia bangun angkat muka.

    “Erk!”

     Jantung Emma bagai nak berhenti berdegup. Bagai tak percaya dengan apa yang dia lihat di depan mata. Rasa macam nak tampar pipi pun ada. Ni real ke tak real ni?

    “Emma…” Sapaan dia buat lamunan Emma mati.

    “Aidil…” perlahan saja suara Emma. Entah kenapa satu satu peristiwa yang melibatkan lelaki itu berlegar-legar kembali di dalam otaknya.

    Peristiwa pahit. Manis dan pahit semula. Argh! Emma cuba tepis.

    “Emma , Emma oaky tak?” Cemas suara Aidil bila Emma bagai berkhayal di dunia sendiri. Dia cuba memegang pipi Emma namun Emma menepis kasar.

    “Sorry terlanggar beg Aba..awak..” Suara Emma agak gagap. Terus dia ingin berlalu namun terkejut bila Aidil selamba menarik lengannya. Dia terjatuh ke dalam pelukan lelaki itu. Lagi terpempan dia bila selamba Aidil melingkarkan tangan di belakang tubuhnya.

    Oh tidak! Dia sedang dipeluk oleh Aidil?

    “Abang rindu sangat dengan Emma , rindu sangat..” Aidil melepaskan pelukan sebelum kepala Emma dipegang. Dia ingin menyentuh dahi Emma dengan bibirnya. Namun belum sempat bibirnya membuat perndaratan di situ , dadanya ditolak kasar oleh Emma.

    “Apa awak buat ni? Gila ke?”

    Aidil kelihatan selamba sahaja. Tangan dimasukkan dalam poket. Agak kecewa apabila dia tidak dapat mencium dahi perempuan kesayangannya.

    “Sorry , Emma. Abang terbuat. Rindu sangat dengan Emma , agaknya..” Aidil tersengih-sengih. Emma dipandang atas bawah.

    Emma sekarang comel berhijab. Muka yang dulu agak hitam manis kini jadi putih melepak. Pasti sangat Emma jarang keluar rumah. Yelah , selama dia kenal Emma , Emma memang gemar melepak dekat dalam rumah. Hilang stress lagi katanya.

    “Emma pergi dulu..”

    Lengan Emma digenggam erat oleh tangan sasa Aidil. Emma merengus kasar. “Awak nak apa lagi?”

    “Ingat , abang ni adalah abang kandung Emma. Respect abang..” Suara Aidil bertukar tegas.

    Emma merengus lagi kasar. Waktu zaman bercinta , tak adalah pula kata mereka ni adik beradik kandung , sampai bergaduh dengan ibu dan ayah. Sekarang , Ibu dan ayah dan membenci dia pula dengan katakan dia punca Aidil lari dari keluarga.

    Oleh sebab dahulu , Emma dan Aidil bercinta sebelum Emma bertemu dengan keluarga kandungnya . Puan Raisa dan Encik Umar.

    Aidil Raziel Bin Umar.

    Emmarina Binti Umar.

    Layakkan mereka menjadi sepasang suami isteri atau kekasih jika status sebenar mereka adalah adik beradik kandung? Dan sebab itu , Ibu dan ayah suruh mereka putus. Tapi waktu itu , jiwa mereka belum matang , masing-masing bagai tidak mengaku.

    Dan sebab Aidil tidak dapat terima kenyataan , Aidil membawa diri. Meninggalkan Emma , Puan Raisa dan Encik Umar.

    Puan Raisa dan Encik Umar belum pernah puas menyalahkan dia atas segala-gala yang berlaku. Bukankah Aidil adalah hanya satu-satunya anak mereka? Lupa. Kewujudan Emma ‘diektahui’ selepas Emma sudah menginjak 20 tahun.


    Serupa lah Emma tak payah jumpa keluarga kandungnya kalau keluarga kandungnya melayan dia bagai anak tiri.

KAKU.Diam.

    Emma mengadap laptop sebab kerja yang betrimbun. Fareez mengadap tv tengok cerita CSI.

    Balik je terus Emma jadi bisu. Malas nak bercakap. Nanti Fareez 'tersakit' hati pulak. Biasalah mood Emma sekarang tak terkawal.

    Dengan Fareez. Aidil.

    Kenapalah dua makhluk ni perlu wujud dalam dunia ni?

    "Emmarina..." panggil Fareez perlahan. Emma buat-buat tak dengar. 

    Fareez letak remote atas meja kopi. Emma ditenung.

    "Telinga letak dalam bilik ke?"

    Spontan kepala Emma terpusing. Amboi , comelnya ayat.

    "Kalau ya pun masalah ke?" Emma tanya sinis.

    "Emma!"

    "Boleh tak panggil elok-elok!" Suara Emma tinggi. Geram bila selamba Fareez jerit nama dia. Ingat dia kat Terengganu ke?

    "Dah telinga you letak dalam tandas kan?"

    Ah sudah , masuk bab tandas pulak! Kejap lagi segala bilik dalam rumah ni keluar.

    "Fine. You nak apa?" Akhirnya Emma mengalah. Fareez bangkit lalu dia labuhkan duduk di sebelah Emma.

    "I nak tidur.." lembut suara Fareez. Entah kenapa Emma bagai sudi melayan kerenah Fareez yang mengada-ngada.

    "Pergilah tidur.."

    Mereka sebilik dan sekatil. Hakikatnya dua-dua masih 'suci' dan bersih. Itulah kenyataanya. Hubungan suami isteri yang sangat complicated kata orang.

    "Jom.."

    "I buat kerja lah. Pergi lah.."

    "You ni degil tahap gaban betul." Fareez merengus kasar.

    "Lepastu you tu lembut kepala tahan nabag sangat?"

    Nabag? Apa minah ni borak ni? Fareez garu kepala.

    "Nabag?"

    "Nama je doktor. Tatabahasa failed." Emma perli.

    "You ingat I ni cikgu bahasa Melayu ke?"

    "Tak. You ni cikgu tak suka bagi kasih sayang."

    "Maksud you?"

    "Tak ada apalah. By the way , atas meja tu ada keychain untuk you dari Langkawi. I tak sempat beli apa pun. Yelah I pergi sorang. I sendiri takut I kena culik. Agaknya apa perasaan suami I bila I duduk sana seorang diri. Dia suka sembat dapat berjimba kat sini ke dia sedih sebab jauh dari isteri dia?" Emma angkat bahu. Laptop ditutup sebelum dia bangun ke bilik.

    "Perhww ayat.." Fareez ketip gigi.

    Teringat perbualan dia dengan Adelin.

    “It’s supposed to be ‘our’ honeymoon. First honeymoon but..”

    Belum sempat Fareez habiskan ayat , Adelin dah celah. “Sebab kerja kan? Oh man , kau ni memang gilalah. Boleh apply kot. Kesian dia. Bodoh jugak kau ni.”

    Sampai ternaik tangan Adelin. Geram! Kesian dengan Emma. Dia perempuan and ofcozie lah dia faham perasaan Emma yang cute tu.

    “Ja..”

    “Jaz? Tak cukup bodoh kau ni , ngek ngok sekali , Jaz tu bini kau ke? Kawan kau je kan? Yang kau pentingkan dia dulu dari isteri kau yang cute tu apahal? Dah hilang akal ke? Ke kau ni sebenarnya otak letak tumit?”

    Berdesing jugalah telinga Fareez dengar ‘bebelan’ Adelin yang memang masuk tu.

   “Aku bukan apa..”

   “Kau boleh call aku , Fareez. Aku boleh ganti sekejap tempat kau. Tapi kenapa kau buat macam ni. Kau tak kesian ke? Dan sekarang kau boleh senang lenang dekat sini sedangkan Emma sorang-sorang dekat sana?”

    Serius , Fareez rasa nak sumbat Adelin dalam sinki. Dia belum habis cakap , Adelin dah menyampuk dengan senang hatinya.

    “Dengar dulu , babe..”

    Adelin diam. Mata memandang tajam muka Fareez.

    “Jaz ada problem dengan tunang dia. So kau sendiri tahu kan , of course dia kena selesaikan , Doktor Arita pulak kan cuti bersalin , kalau dah tiga-tiga cuti , patients macam mana? Nak suruh architect yang tolong rawatkan?” Sinis suara Fareez.

    “Ramai lagi pediactirian ada dalam hospital ni , Fareez. Kau jangan nak reka depan aku.” Adelin bidas. Kalau dia ni lelaki , dah lama dah dia debik debush gedegang si makhluk tuhan depan dia ni.

    “Aku..”

    “Kau cintakan Emma kan?”

    Tup!

    Sebaris ayat Adelin bagai membolehkan jantung Fareez berhenti berdegup. Fareez bagai terkaku , terkedu dengan soalan itu.

    “Fareez , don’t you?”

    “Del , please..”

    “Aku tanya ni! Jawab lah!” Keras suara Adelin. Pisau stick yang berada di tempat sudu dan garpu dicapai lalu ditujukan pada Fareez.

    K.U.S.U.T

p/s : One chapter more..
    

5 comments:

  1. Masalah jaz lebih penting drpd wife sendiri. Nak cakap apa kat Fareez ni. Bodoh ke apa? Bangang kot. Buat mood akak ke laut je. Flower risa, waujudkan watak lelaki yg nk tackle Emma. Biar Fareez tu melopong n merayu2 kat Emma. Benci btol.

    ReplyDelete
  2. Lempang jer mamat x sedar diri tu Del...

    ReplyDelete
  3. Hish...mlmpau tul la fareez ni....geram betul....ceh...rasa mcm nk lempang jek...
    Dah 2 ibu ngn ayah emma pun cm X cerdik je...

    ReplyDelete
  4. Erkkk..emma pernah bercinta dgn abg sendiri ke..
    Itu penyebab dia dibuang keluarga..berjumpa & kahwin dgn fareez lelaki tak tetap pendirian tu..huh!
    Haissh..mujur bkn i yg duk dpn fareez tu..
    Klu tak dah lama tercacak pisau steak tu
    kat dada takpun atas kepala dia..bongok berlapis-lapis..

    ReplyDelete
  5. Makan penampaq gak doktor sengal nih! Grrrrrr

    ReplyDelete

Hello darl. Thank you for reading & comments our triplets work!