Our Adrenaline..

Saturday 4 October 2014

My Handsome Nerd (BAB 4) - Baldu Merah






Hani melangkah masuk ke ruang pejabat mewah itu. Matanya terus menuju ke arah meja yang menempatkan bosnya.

“Assalamualaikum Tan Sri,” sapa Hani.

“Waalaikumusalam Hani. Sila duduk,” pelawa Tan Sri Habibah. Fail tender berkenaan cawangan butik barunya di Korea itu diletak tepi.

Hani lantas mengangguk seraya mengambil tempat duduk di hadapan Tan Sri.  Fail di dadanya diletakkan di atas meja.

“Macam mana dengan perkembangan rancangan saya tu?” soal Tan Sri. Ada nada tidak sabar di situ.

“Alhamdulilah Tan Sri. Semuanya berjalan seperti yang dirancang. Saya juga sudah maklumkan kepada pihak media tentang majlis pelancaran tu nanti,” jawab Hani dengan penuh yakin.

Tan Sri Habibah mengangguk.

“Okay, saya nak kita besarkan promosi. Saya tak nak audition. Tapi, saya nak kita tetapkan melalui cabutan undian,” cadang Tan Sri Habibah.

 “Tentang borang tu, saya ikut seperti apa yang Tan Sri arahkan. Tan Sri tak nak borang tu diberi kepada pelanggan barangan kulit kita, tetapi kita hanya edarkan di surat khabar sahaja. Cuma..tak macam mudah untuk para peserta ker Tan Sri?”

“Slogan dah letak?”Ujar Tan Sri cuba menukar haluan soalan Hani.

“Sudah Tan Sri. Seperti yang diarahkan.”

Tan Sri Habibah kembali meyemak fail tersebut. Wajahnya tampak serius.

“Tan Sri..” panggil Hani.

Tan Sri Habibah mengangkat mukanya. “Yes?”

“Boleh saya tahu, kenapa kita tak edarkan borang melalui pembelian baranan kita? Mungkin melalui pembelian barang, secara tidak langsung dapat meningkatkan lagi jualan produk kita?”

Tan Sri Habibah tersenyum mendegar soalan Hani. Dia sememangnya tahu bahawa sudah sikap Hani gemar bertanya.Kadang kala bagai seorang penasihat kepadanya. Namun, dia tidak kisahkan semua itu. Ini yang menyebabkan dia selesa bekerja dengan Hani. 

“Awak ni, mengalahkan Pegawai Pemasaran pula,” gurau Tan Sri Habibah.

“Maaf Tan Sri. Just curious,” jujur Hani.

Tan Sri Habibah berhenti menyelak fail. Dia meletakkan kedua-dua belah tangannya di atas meja lalu mendekatkan wajahnya rapat ke arah Hani.

“Awak tengok, barangan kulit kita paling murah berapa?” duga Tan Sri Habibah.

Around 1K?” jawab Hani perlahan.

“Awak rasa, bagi orang biasa, harga tu murah atau mahal?” Soal Tan Sri Habibah kembali.

“Ma..mahal,” jawab Hani.

See? I told you. Cuba awak fikir. Harga produk kita tu mahal. Kalau mahal, sudah pasti pembelinya dalam kalangan wanita yang kaya raya. Betul tak?”
 
Hani mengangguk. “Betul.”

“Apa target saya sebenarnya?” Soal Tan Sri Habibah semula.

“Untuk cari wanita biasa jer.. Oh, saya dah faham!” Jawab Hani setelah mula menangkap agenda sebenar Tan Sri Habibah. Jarinya dipetik tanda setuju.

Melihatkan gaya Hani itu, Tan Sri Habibah menguntum senyum.

“Cuma Tan Sri, macam mana kalau yang sertai tu, orang yang..I mean, yang kira berduit juga?”

“Kan kita dah letak dalam syarat dalam borang tu. Lagi satu, kena sertakan sekali slip gaji peserta. Awak lupa?”

“Ya. Lupa pula saya,” ujar Hani sambil disusuli gelak perlahan.

“Kenapa awak gelak?” 

“Maaf Tan Sri. Bila saya ingat balik fasal slip gaji tu. Teringat pula zaman sekolah dulu. Bila cikgu minta slip gaji bapa saya,” jawab Hani. Kali ni dia cuba kembali serius. Tawanya disembunyikan.

“Unik kan?” Tukas Tan Sri Habibah.

Yeah..I`m sorry Tan Sri. But..”

Hani terdiam seketika. Serba salah pula nak tanya soalan ni.

What?”

 “Kenapa Tan Sri tak nak pilih calon dalam kalangan orang berada jer Tan Sri. I mean, ramai jer yang boleh dijadikan calon menantu untuk Harith. Kan?”

Tan Sri Habibah hanya terdiam.

“Maaf Tan Sri, kalau soalan saya menyinggung hati Tan Sri,” pohon Hani. Serba salah rasanya kala ini.

Tan Sri Habibah mempamerkan senyuman kelat. 

It`s okay. Hurm, saya gemar orang yang biasa,” Tan Sri Habibah memberikan jawapan ringkas. Hani sekadar mengangguk.

“Okay, saya rasa awak boleh teruskan kerja awak semula. Thanks.”

Tan Sri Habibah menghantar Hani dengan pandangan matanya. Saat setiausahanya itu berlalu, ingatannya tiba-tiba mengimbau kisah lalu. Kisah tentang bagaimana adiknya dilukai seorang wanita kaya. Wanita dalam kalangan darjat mereka.

Ya, syarat utama keluarga mereka tetapkan dahulu. Perlu mengahwini orang yang sama taraf. Tiada istilah perkahwinan antara dua darjat dalam kamus hidup keluarga mereka. Begitu juga yang terjadi kepadanya dahulu. Mujur perkahwinannya dengan  arwah suaminya dahulu bahagia. Cuma umur suaminya saja tidak panjang.

Berlainan pula dengan adiknya lelaki, Rizman. Rizman juga dijodohkan dengan Rozana. Ya, nama itu sering mengundang perit apabila disebut. Wanita itu tidak pernah puas dengan apa yang ada. Di belakang suaminya, wanita itu selingkuh. Sampailah satu ketika, Rizman pulang ke rumah dan melihat isterinya berada di dalam bilik air dengan anak pekebun mereka yang baru sahaja tamat SPM. Ketika itu luluh jantung Rizman melihatkan perkara itu terjadi. 

“Rizman…” ujar Tan Sri Habibah. Gambar adiknya dibelek. Air mata mula berjuaraian di pipinya.

Kasihan, sejak peristiwa itu. Rozana meminta cerai kepada Rizman. Namun lelaki itu tidak mahu melepaskan. Sejak hari itu, entah kenapa. Tiba-tiba saja, isu tentang Rozana tidak dibangkitkan. Hati Tan Sri Habibah menjadi lega. Mungkin masalah telah berjaya diselesaikan oleh adiknya.

Sampailah satu hari, seorang pembantu rumah yang baru sahaja bekerja di situ secara tidak sengaja terjumpa sebuah bilik di dalam ruang kamar adiknya. Disangkakan bilik itu perlu dikemas. Meskipun sudah ditegah agar tidak perlu membersihkan kamar Rizman, pembantu rumah itu terlupa. Dan, saat pintu bilik itu dibuka. Pembantu rumah itu terkejut. Berpuluh balang kaca tersusun rapi di atas sebuah rak dengan pelbagai organ dan anggota badan di dalamnya. Cukup mengerikan. Dan..apabila matanya dihala ke arah ke rak paling hujung, dilihatnya kepala seorang wanita. Sangat tragis. Matanya terkeluar dan lidahnya dipotong bercabang dua. 

Melihatkan itu, dia ketakutan. Dia tahu, kepala itu milik Rozana. Isteri tuan rumahnya. Dia cukup kenal dengan wajah itu melalui potret keluarga Rizman dan Rozana yang tergantung kemas di ruang tamu. Dia cemas. Darah mula mengalir ke kepala. Peluh menitis sederas mungkin. Akhirnya, dia nekad. Talian polis didail dan laporan dibuat. Bermulalah saat kejatuhan empayar perniagaan keluarganya. Sampailah suatu ketika, hasil penyiasatan tiba ke penghujung. Laporan menyifatkan yang Rizman mempunyai masalah mental.

“Fuh…”

Tan Sri Habibah menarik nafas dalam. Dia tidak mahu mengingati kisah itu lagi. Biarlah jerit perihnya membangunkan semula empayar perniagaan keluarganya ini menjadi tugu yang menguburkan memori silam keluarganya.



Pagi itu merupakan hari yang bertuah bagi Seri. Mana taknya, buat pertama kali dalam sejarah, dia diberi cuti pada hari Isnin! Sebelum ni hari Jumaat je hari cuti dia. Nasib baik dapat hari Isnin, boleh dia berehat kejap.

Seri mengambil tempat di kerusi meja makannya. Hari ni dia cukup rajin. Mee Goreng Mamak merupakan kepakarannya. Dia berpeluang menyediakannya untuk santapan dia dan Opie. 

“Sedapnya!” Seri mengambil sudu dan mula menyuapkan mee itu ke dalam mulutnya.

“Eh, lupa. Astaghfirullahalazim. Baca doa dulu,” ingat Seri kepada dirinya sendiri.

Selesai membaca doa, maka dia mula menyuapkan mee goreng itu ke dalam mulutnya semula.

“Seri!!!”

Tersedak wanita itu yang baru saja menyuap mee goreng mamak yang enak tahap gaban buatannya sendiri itu. 

“Uhuk! Uhuk!” Seri terbatuk.

“Kenapa? Kurang asam lah kau ni Opie! Tersedak aku,” rungut Seri.

“Eh, sorry..sorry. Aku mana lah nampak kau tengah melahap pagi-pagi buta macam ni,” balas Opie sambil mengurut-ngurut belakang badan kawannya itu.

“Ha, kenapa ni?” Soal Seri setelah perit dadanya telah hilang.

Opie mengambil akhbar itu lalu diletakkan di hadapan Seri. Sepinggan mee goreng mamak di atas pinggan kaca itu diketepikan.

“Apa dia?” Soal Seri.

“Ish kau ni. Ni ha! Tengok betul-betul,” ujar Opie sambil menolak kepala Seri ke arah apa yang diperkatakannya itu.
 
“Adoi! Apa dia?” Seri mengadoi.

“Ish! Benak lah kau ni,” bebel Opie. Sekali lagi kepala Seri dituja.

“Hei, agak-agak lah weh. Kepala aku ni! Arwah bapak aku bayar zakat tau!” Marah Seri. Geram pula dia dengan kerenah Opie pagi-pagi buta ni.

“Err..sorry Seri. Kau ni benak sangat. Nah, tengok ni!”

“Program.. Sehari.. Menjadi.. Ceo?” sebut Seri satu-persatu.

Dia memandang Opie dalam-dalam. Cuba membaca apa yang bermain di minda rakan karibnya itu. Namun sayangnya, hampa. Dia tidak faham kaitan dirinya dengan perkara itu.

See?” soal Opie.

“Teruja?” sambung Opie lagi.

Seri membuat muka blur- apa kaitan dengan aku

“Yalah, aku nampak. Tapi, apa kena mengena dengan aku?” Soal Seri.

Opie terdiam. Lama dia memandang anak mata Seri. “Dia ni tak faham, maksud aku ker?” monolog Opie.

“Apa dia?” Seri masih tidak mengerti masuk Opie.

“Kau…Tak nak join?” Soal Opie. Dia mahukan kepastian.

“Ada pulak! Tak kuasa aku. Banyak lagi kerja lain aku boleh buat!” Jawab Seri. Dia merasakan Opie agak merepek pagi-pagi macam ni.

“Ala..aku rasa kau sesuai join benda alah ni weh. Serius!” pujuk Opie.

“Pehal pulak? Tak nak aku!”

“Aku pun try sekali apply. Jom lah kita masuk sama-sama. Ada jugak geng aku!”

Seri buat muka pelik.

“Asal buat muka pulak minah ni?” Ujar Opie. Geram pula dia tengok Seri macam ni.


“Kau tak nampak? Hanya seorang pemenang jer? Seorang!” Tekan Seri.

“Mana-mana..aku tak nampak pun!” Kali ni Opie pula yang bagai sengal-sengal ubi.

“Ni!” ujar Seri sambil menekap akhbar itu ke muka Opie!

“Choi..kurang asam. Ingat Mata aku ni buta sangat!” bebel Opie. Namun, dia mula membaca butiran pertandingan.

“Ha`ah lah weh. Aku ingatkan ala—ala Akademi Fantasia tu. Ada rumah kaca bagai. Tapi.. tak kisah lah. Jom lah!

Seri menghalakan telapak tangannya ke arah Opie. Wajah malas ditayangkan.

Talk to my hand!” Wanita itu terus berlalu ke dalam bilik. Terus hilang mood sarapannya pagi itu. Spoiled!!!

“Seri!!!”


1 comment:

  1. X sabar 4 da next en3...update cpt yeww..hheehe ;)

    ReplyDelete

Hello darl. Thank you for reading & comments our triplets work!