BY: SILENCER |
PAGI-PAGI buta lagi, Wardina sudah bersiap-siap.
Puas dirinya menilik itu dan ini. Habis segala mak nenek di wajahnya dibelek.
Mana yang dirasakannya kurang, akan dilakukan sesuatu agar dirinya dapat tampil
dengan sempurna. Dia mahu menjemput suaminya dari laut! Argh! Girang sungguh
rasa hati. Tidak sabar pun ada.
Bila
teringatkan tentang hal semalam dirinya rasa begitu bersalah. Bersalah kerana
membuatkan suaminya tidak tenang. Dia sedar apa yang terjadi semalam hanyalah
atas rasa cemburunya sahaja. Cemburu yang tidak bertempat. Dan akibat peristiwa
semalam, dia tidak dapat tidur lena. Asyik terkenangkan kembali ayat romantis
suaminya di pantai semalam. Masih terasa kehangatan pelukan suami di tubuhnya.
Wardina mengeluh. Sudahlah! Dia mahu lupakan apa yang terjadi semalam. Dia
perlu mulakan hari yang baru. Ya!
Skarf kepala dibetulkan. Tanpa
berlengah lagi, Wardina segera melangkah. Ah, tidak sabar rasanya! Selang
beberapa minit dirinya sudah sampai di kawasan perhentian para nelayan-nelayan
di sini. Wardina melangkah dengan laju menuju ke arah kerumunan orang ramai
yang berasak-asak di pantai. Wardina senyum. Lebar senyumannya. Suaminya sudah
sampai!
Tanpa dipinta dan tanpa sedar laju
sahaja kaki itu berlari mendapatkan suaminya. Namun, ke mana kaki itu mahu
dituju? Kepala toleh kanan dan ke kiri. Mana suaminya? Kenapa dalam kumpulan
orang ramai di sini, wajah suaminya tidak menjelma di mata? Wardina mula panik.
Kaki seiring dengan detakan jantung yang laju, mencari jejak si suami.
“Abang! Abang!” tanpa ada sebarang
perasaan malu, Wardina menempik di situ. Kepala toleh kanan dan ke kiri, ingin
memastikan keberadaan suaminya. Namun, jawapan matanya tetap sama. Ternyata
mata itu tidak menipunya. Di mana suaminya?! Entah kenapa peluk renik sudah
terbit di dahi. Tubuh Wardina juga automatik jadi hangat. Suaminya? Mana
suaminya?
Dia berdebar. Bicara hati sendiri usah dibilang
bagaimana. Penuh dengan misteri dengan persoalan yang belum mampu diungkapkan.
Suami aku? Suami aku, mana?
“Hey.. Ermm..” Wardina tarik nafas. Dia
tak boleh berkasar. Pesanan suaminya cuba dipraktikkan agar tidak berkasar
dengan orang apatah lagi jika kita mahu meminta pertolongan ataupun bantuan.
“Maaf.. Ermm.. Nampak suami saya tak?”
Wardina pandang lelaki itu.
“Mende?
Laki mung? Dok ahu aku, mana..” Simple!
Ini kesimpulan yang dapat Wardina rumuskan. Tak guna punya mamat! Dia tak
nampak aku tengah rush macam orang
gila ni! Mana suami aku?!
“Nampak suami saya tak?” terjah Wardina
pada orang lain pula.
“Hey, adik manis..” Ah! Pedulikan!
Wardina lari! Tak guna layan nelayan bodoh macam ni. Orang tanya lain jawab
lain.
“Maafkan, saya. Nampak suami saya tak?”
soal Wardina lagi. Wajahnya serius. Dia takut! Di mana suaminya?
Lagi bertambah panik diri Wardina
apabila nelayan lelaki itu menggeleng. Tak! Tak mungkin! Apa ni? Kenapa semua
orang tak nampak suaminya? Jantung Wardina rancak berdetak. Kepalanya naik
pusing. Sekeliling ruangannya diperhatikannya sekali lagi. Mustahil! Mustahil!
Wardina duduk. Begitu juga dengan kepalanya.
Hatinya jadi sayu. Mengenangkan akan
peristiwa semalam, membuatkan dirinya makin bersalah. Abang. Mana abang? Mata itu jelas makin berair, dan pandangannya
mula dikaburi dengan cecair lutsinar yang hangat.
“Eh.. Ina.” Sapaan seseorang dari arah
belakang mengejutkan Wardina. Air mata itu segera diseka. Tubuh berdiri tegak
menghadap sang empunya suara. Oh.. Pak Lang.
“Kamu buat apa dekat sini? Tak pergi
dekat laki kamu ke?” sambung Pak Lang. Mata yang berair itu tadi sudah bertukar
menjadi sinaran yang tidak mampu diungkapkannya. Senyuman manis terbentuk di situ.
“Pak Lang nampak suami saya? Mana?
Abang Ruzain ada dekat mana?” terjah Wardina. Tidak sabar.
“Ada. Tu.. Dekat pondok belakang sana.
Dengan Mawar.” Mendengar sahaja nama Mawar, terus mati senyuman itu. Wajah yang
seakan-akan bersinar dengan sinaran teruja seakan mulai hilang serinya.
Suaminya dengan Mawar? Apa dia buat dengan perempuan tu? Rasa ingin mengamuk!
Di sini! Tapi, bimbang pula kerana perempuan itu adalah anak si ketua kampung
ini, Pak Lang! Mesti nampak tak manis pula.
Hati Wardina berdongkol-dongkol
geramnya. Beribu-ribu sumpah seranah dilemparkan pada si gadis itu. Tak guna!
Bibirnya diketap. Geram! Segera, tanpa sedar kakinya sendiri melangkah ke arah
arah yang ditunjukkan Pak Lang padanya tadi.
Tanpa sebarang pamitan yang baik
mahupun salam sebagai tanda perpisahan, Pak Lang ditinggalkan begitu sahaja.
Dia sudah hilang kewarasan diri. Apa yang terbayang dalam kepala otaknya sudah
tidak mampu dibayangkan. Dapat dia bayangkan betapa mesranya mereka bergelak
ketawa bersama, sambil bercakap tentang itu dan ini dan menepuk halus bahu
masing-masing sebagai tanda gurauan. Ah! Wardina sudah hilang pertimbangan.
Semakin terbakar perasaannya apatah lagi apa yang terbayang di mata terpampang
jelas dalam realiti.
“Woii, perempuan!!” jerit Wardina dari jauh. Mawar
kaget. Terangkat bahunya gara-gara suara itu. Ruzain pusing belakang. Turut
sama terkejut pabila mendapati isterinya ada di sini.
“Dasar perempuan tak guna! Eh,
perempuan kau tahu tak dia siapa? Huh?! Kau tahu tak dia siapa?! Dia laki aku!!
Dia laki akulah. Yang kau terhegeh-hegeh lagi dengan laki orang ni kenapa? Huh?!”
suara Wardina sudah hilang ayunya. Sudah hilang nada lembutnya. Nada suaranya
seakan-akan pecah gara-gara menempik dengan kuat. Matanya merah menyala akibat
menahan amarah yang hebat.
Ruzain bangun. Ingin mendapatkan
Wardina lekas. Bahu Wardina ingin diusapnya. Ingin menenangkan amarah gadis itu
tapi Wardina bertindak menepis tangan itu. Ruzain agak terkejut dengan tepisan
itu. Wajahnya berubah. Wardina belum pernah bertindak sekasar ini dengannya.
“Ina.. Ina, balik sekarang.” Ruzain
bersuara tenang. Tapi, tidak bagi Wardina. Hatinya terbakar dan rasanya sungguh
pedih sekali. Memang dia jelas tidak percaya. Suaminya suruh dia balik? Apa
suaminya sudah berani membela perempuan ini secara terang-terangan? Wajah
suaminya dipandang. Mata itu dicari lalu dipanah tepat ke dalam dasar anak mata
hitam Ruzain.
“Kenapa? Abang nak bercekarama lagi
dengan minah ni? Eh, minah! Apa kau dah buat pada laki aku, huh?” segera mata
Wardina terpanah pada sarapan pagi yang terhidang di situ.
“Oh.. Patutlah kau rajin sangat bagi
laki aku makan, kau guna-gunakan laki aku, ya?!” Segera bekas-bekas makanan itu
ditarik Wardina sebelum dibuang ke tanah. Membulat mata Ruzain. Mawar pula
jelas terkejut dengan perbuatan itu. Mulutnya ditekup.
“Ya, Allah. Rezeki..” Mawar menghalang
Wardina. Wardina segera menepis lengan Mawar. Gadis itu jatuh terduduk
menyembah bumi.
“Ina!” suara Ruzain naik satu oktaf.
Bukan niatnya mahu meninggikan suara namun dia terpaksa.
“Abang kenapa? Kenapa abang nak bela
sangat perempuan ni?” Wardina mula persoalkan suaminya sendiri. Hujung matanya
menjeling Mawar. Gadis itu sibuk mengutip beberapa ketul ayam goreng. Bibir
Wardina mengorak senyuman sinis. Berlagak baik, nak selamatkan rezeki konon.
Makin geram Wardina jadinya.
“Eh, perempuan! Tak payah nak tunjuk
baiklah!” kepala Mawar ditolak Wardina
sekuat hati.
“Ina!” lengan Wardina ditarik Ruzain
sebelum…
Pangg!!
Suasana sepi. Amarah yang
bermaharajalela mulai surut. Wardina diam. Mawar pula tergamam dengan tindakan
drastik Ruzain itu. Ruzain juga terkedu. Wajah Wardina yang menunduk menghalang
dirinya dari melihat wajah si isteri. Ruzain gigit bibirnya. Ya, Allah! Apa aku
dah buat ni?
“Ina..” kaki itu melangkah setapak
menuju ke arah Wardina.
“Tak payah.” Wardina bersuara
membuatkan langkah Ruzain mati. Suara mendatar itu begitu mengusarkan hatinya.
“Abang.. sebenarnya abang sayangkan
Ina, tak?” Ruzain tergamam dengan pertanyaan tenang Wardina yang secara
tiba-tiba itu. Wardina angkat wajah. Sebelah tangannya menekup pipi sebelah
kanan. Rasa berbirat pipinya akibat tamparan itu. Tamparan seorang lelaki.
Ruzain tidak menjawab soalan itu.
Wardina tunduk sedikit wajahnya. Tahulah dia kini akan jawapannya.
“Abang tak perlu nak tampar Ina segala.
Lagi senang kalau abang cakap. Cakap terang-terang dengan Ina..” Wardina
berjeda. Bebola matanya diangkat. Namun, tidak berjaya. Lelehan air mata itu
tetap juga menitis di situ.
“Ina faham kalau abang dah tak
sayangkan Ina. Tak perlu abang nak tampar Ina macam ni.. Cukup bila abang hanya
cakap yang abang dah tak perlukan Ina lagi. Ina faham, abang.” Air mata itu
menitis tanpa henti. Ruzain ingin mendekat tetapi Wardina tarik kakinya
berundur ke belakang.
“Sakit..” terpacul ayat itu dari mulut
Wardina. Hujung bibirnya terasa panas. Lantas, tangan itu dilarikan. Terkejut
dirinya apabila mendapati akan cecair merah yang melekat di jarinya. Wajah
Ruzain berubah.
Wardina melangkah pergi. Meninggalkan
Ruzain dan Mawar. Laju dia berlari dengan harapan suaminya akan mengikut jejak
langkahnya. Ternyata, hampa. Ruzain masih kekal di situ. Wardina menggeleng.
Nampaknya, memang jelaslah.. suaminya sudah tidak mahukan dirinya lagi. Wardina
menangis dan menangis semahu-mahunya..
ANGIN laut menyapa pipi gebu itu dengan
penuh halus. Sesekali, pipi itu akan dilarikan. Pedih rasanya akibat deruan
angin yang menyapa. Wardina tahan diri lagi. Seharian, dia habiskan masa dengan
meratap segala apa yang berlaku di dalam hidupnya. Kenapa hidupnya perlu
berakhir begini? Sungguh, dia tidak sangkakannya. Anganan fantasi sewaktu
kecil, mahu mengecapi bahagia sentiasa terasa punah dibawa arus. Mata itu
dipejam. Rasa pedih. Mungkin kerana matanya yang memerlukan rehat. Namun, bila
dirinya baring, itu semua jadi sia-sia kerana setiap kali tubuhnya berbaring
pasti bayangan Ruzain akan menjelma. Tidak! Dia tidak mahu lagi menerima
bayangan itu. Sekarang, dia mahu berdikari. Meneruskan hidup tanpa Ruzain.
Namun, persoalannya.. mampukah?
Wardina menggeleng. Mampu atau tidak,
itu belakang cerita. Apa yang penting dia perlu belajar sekarang supaya nanti
hari-harinya tidaklah akan perit dan memedihkan. Bunyi pinggan kaca yang berlabuh
di atas meja kayu menyentakkan Wardina. Dia malas mahu pusing belakang kerana
dia sudah tahu itu siapa.
Hembusan nafas terdengar di situ.
Wardina pejam mata. Automatik, kakinya melangkah pergi. Tidak boleh berlamaan
apabila berdua-duaan dengan suaminya. Jantungnya sentiasa memainkan rentak yang
gila!
Bunyi ombak
sungguh menenangkan perasaan Wardina. Namun, tidak setenang seperti yang
awalnya. Hujung matanya sibuk toleh kanan dan kiri. Mana suaminya? Dah balik
ke? Dah putus asa ke? Apa ni?! Kenapa cepat benar?! Wardina jadi bengang. Apa
memang tekaannya selama ini benar? Kepalanya menunduk.
Dan di kala
itu, alangkah terkejutnya dia pabila ada tangan berkulit kuning langsat sedang
masuk di celah lengannya. Tangan itu melingkari pinggangnya sementara kepala
lelaki itu diletakkan di atas tengkuk dirinya. Wardina kaku. Tidak boleh angkat
kepala lagi.
Wardina
cuba angkat kepalanya namun Ruzain tegar mengeraskan kepalanya. Wardina
mendengus geram. Apa ni? Mahu dia jalan menunduk macam ni ke? Nak suruh tulang
tengkuk dia patah ke apa? Lantas, Wardina ingin menolak kepalanya naik namun
ada suara yang menghalangnya.
“Tunggu…
abang nak cakap se benda. Jangan
tengok abang.. sebab abang…malu.” Niat Wardina terbantut. Kepalanya dibiarkan
bertahan begitu. Rasa terharu yang mulai hadir ditepis sekuat hati. Tidak mahu
mudah cair dengan kata-kata suaminya. Namun di sebalik kata-kata hatinya yang
keras, telinga itu boleh pula sebesar mungkin dipasang agar dapat mendengar
dengan jelas ayat yang akan diungkapkan suaminya. Ayat apakah itu? Misteri benar. Wardina oh
Wardina.
“Kalu
depan abang, ada banyok orang puang comel lotei(cantik sangat) pung,
abang akan tetap pilih sayang.” Wardina diam. Ayat apa tu? Tak romantik
langsung!
“Kalu
abang bangun dari tidur, abang nok
tengok sayang ada depan mata abang. Kalu
abang nok gi keje, abang nok sayang
jadi orang yang sokmo abang…” Ruzain
diam. Wardina mengigit bibirnya. Kenapa suaminya diam? Dan di kala itu juga,
terasa tengkuknya sudah bebas dari bebanan yang ditanggungnya tadi. Wardina
angkat muka. Kenapa? Ruzain tinggalkan dirinya sendiri lagi ke? Lantas, kepala
itu toleh belakang.
Terjengul wajah Ruzain di belakangnya.
Lelaki itu berdiri tegak menghadapnya membuatkan Wardina rasa tidak selesa
dengan pandangan yang satu itu. Kenapa suaminya berubah watak tiba-tiba? Apa
yang dah jadi? Pelik.
Wardina pandang Ruzain. Tiada bait
bicara terkeluar dari situ. Yang ada hanyalah bicara hatinya sendiri, menyuruh
sang suami bersuara agar hatinya yang lembut ini bisa cair dengan setiap patah
perkataannya.
“Abang.. abang dok pandai nok cakap hok sweet-sweet
gitu. Abang dok pandai susun ayat hok (yang) comel-comel. Ayat abang
terabur kali sebab abang dok pandai nok pujuk orang tapi..” dagu Wardina
diangkat agar pandangan mereka bisa bersatu. Wardina patuh. Hakikat jarak
antara mereka yang begitu dekat sekali ketika ini begitu mendera perasaan
Wardina. Apatah lagi bila ditambah dengan deruan angin yang agak kencang antara
mereka menambahkan lagi momen-momen yang indah pada dirinya. Wardina telan
liur. Dia tidak suka dekat dengan suaminya kerana dia tahu dia tidak kuat.
“abang cuba paksa diri abang untuk
sayang. Sayang..” suara Ruzain seperti tersekat-sekat. Apakah suaminya sedang
menahan sebak? Wardina menanti dengan sabar bicara seterusnya dari sang suami.
Pandangan redup Ruzain padanya membuatkan hati Wardina berlagu indah.
Namun, bicara yang diharapkan dari
Ruzain hancur sebaliknya diganti dengan sentuhan yang cukup menggetarkan
perasaan Wardina. Sentuhan lembut yang mungkin mampu membuatkan dirinya jatuh
ke pangkuan sang suami. Ruzain gigit bibirnya.
“Sakit ke?” soal Ruzain. Wardina
mendengus kecil. Dia mengharapkan sentuhan ataupun kata-kata yang bisa
membuatkan dirinya terasa seperti di awang-awangan sentiasa. Tapi, hampa.. Apa
beginikah cara suaminya nak pujuk dia? Begini caranya suaminya mahu meminta
maaf? Lantas, tangan itu ditepis Wardina.
“Apa abang buat kat sini?” dingin
soalan itu. Ruzain mengeluh kecil. Nampaknya, Wardina masih marahkan dirinya.
“Kenapa abang datang sini? Kenapa abang
tak pergi dengan Mawar? Ina kan tak guna! Ina ini kan sentiasa malukan abang.
Kenapa abang datang sini?” pabila soalan itu bergema ada air mata berlangsung
di situ. Membayangkan kembali bagaimana indahnya momen-momen antara suaminya
dan si perempuan itu pagi tadi. Oh! Sungguh hatinya sakit bagaikan dibelah
belati yang teramat tajam. Sakitnya mencucuk-cucuk jiwanya. Sungguh pedih dan
memeritkan.
“Satu malam Ina tak dapat tidur.
Fikirkan abang. Ina rasa bersalah sebab buat abang tak tenang. Ina takut
sangat. Terasa malam lambat berlalu untuk ke pagi. Dan bila paginya, hanya Ina
aje yang tahu macam mana perasaannya . Senyum panjang sorang-sorang. Tak sabar
nak jumpa abang, nak peluk abang, nak cium abang, dan nak cakap.. Ina minta
maaf. Sepanjang Ina berjalan abang, otak Ina asyik berjalan. Fikirkan apa ayat
yang sesuai untuk Ina ungkapkan pada abang. Abang Ina minta maaf, rasa macam
terlalu formal dan tak mesra. Ina tolak. Fikir yang lain. Abang ku sayang, Ina
nak mintak maaf dari hujung rambut sampai ke hujung kaki, tapi rasa macam gedik
pulak. Tolak lagi. Macam tu, abang. Macam tu sekali Ina fikirkan untuk abang.
Demi meraih sekeping hati seorang suami, Ina rasa macam nak gila. Tapi..”
Wardina semakin sebak dan esakannya kian berlagu. Tangan naik menekup mulut.
“Apa yang Ina nampak, apa yang Ina
pandang membuatkan Ina rasa macam.. macam.. Ina takut..” Wardina pejam mata.
Tidak tahu ayat apa yang sesuai untuk menggantikan apa yang dirasakannya ketika
itu.
“Ina takut nak terima hakikat abang.
Ina hanya ada abang. Dulu dan sampai sekarang. Sebab , semua orang memang tak sukakan
Ina. Bencikan Ina. Dulu keluarga Ina buang Ina. Ina masih boleh terima. Seluruh
orang kampung tak sukakan Ina pun, Ina masih boleh terima. Tapi, bila abang..
bila abang..” Wardina tarik nafas. Dia perlu bertenang.
“Lupakanlah, abang. Ina rasa macam
buang masa. Senang cerita macam ni, abang.. Abang lepas..” belumput ayat itu
dihabiskan Wardina, bibirnya sudah diragut Ruzain. Membulat mata Wardina pabila
bibir merah itu menerima kucupan lembut sang suami. Entah kenapa, kucupan itu
tidaklah pula ditolak Wardina.
“Ina dapat doh (dah) jawapan dia, apa?” Wardina tergamam. Dia terkedu. Apa
yang perlu dia jawab? Ruzain yang melihat reaksi beku Wardina, pantas sekali
lagi mengucup bibir wanita itu. Sekali lagi, Wardina kaku.
“Abang..” Wardina tolak dada Ruzain
agar menjauhinya sedikit. Dia perlukan ruang supaya dirinya dapat bernafas
dengan tenang dan selesa. Tapi, hatinya sekali lagi dipagut bimbang. Suaminya
melangkah, mendekati dirinya. Tangan sasa lelaki itu naik mengusap rambutnya.
Dari rambut, tangan itu turun dengan penuh syahdu kepada setiap inci di
wajahnya. Bila tiba tangan itu di pipi kanan Wardina, sentuhannya bertukar
lebih lembut dan mengujakan Wardina.
“Maafkan abang?”
“Kenapa abang berdua dengan Mawar? Ina,
tak suka! Ina tak suka bila abang dekat dengan Mawar!” Wardina berterus-terang.
Ruzain diam. Rambut itu masih dibelainya lembut.
“Abang tak dok nape-nape pon (ada apa-apa pun) dengan Mawar tu.
Percayalah, sayang. Dia mari pung (pun)
sebab nak bagi abang makan masa pagi tu,” terang Ruzain.
“Kenapa dia jamu abang aje? Tu.. Ayah
dia? Pak Lang tu? Tak naklah pulak dia jamu,” Wardina menjuihkan bibirnya.
Ruzain senyum.
“Pak Lang makan doh (dah) masa tu. Lepas makan, Pak Lang gi (pergi) tengok bot ye
(dia) kejap. Pulok tu, masa tulah
sayang mari.” Wardina diam. Penjelasan itu sedikit sebanyak menenangkan hati
Wardina. Persoalan yang memberat di dada mula terungkai sendiri. “Sayang dok soh (jangan) bimbang. Abang dok pernoh (tidak pernah) curang. Abang sayangkan
sayang sorang (seorang) aje.”
“Maafkan abang ya, sayang?” kepala itu
mengangguk. Ruzain senyum lantas tubuh Wardina ditarik masuk ke dalam lembah
pelukan hangatnya.
“Maafkan abang, sayang.” Ulang Ruzain
lagi. Wardina pejam mata. Terasa indah pelukan itu.
“Jom kita makan? Nanti abang tuam luka tu. Nampok
macam nok lebam. Kekgi muka bini abang nampok
dok comel kang susoh pulok.”
Wardina gelak kecil. Jarinya ingin menyentuh hujung bibirnya. Nampak macam nak
lebam ke?
“Nak makan.. Abang masak apa?” rengek
Wardina. Manja. Ruzain senyum. Suka dengan keletah manja isterinya. Hakikatnya
itulah hari-hari bahagianya. Bersyukur punya Wardina di sisi. Cukuplah, dan dia
sudah tak perlukan apa-apa lagi di dunia ini asalkan ada dirinya dan Wardina.
“Nasi putih, sayur kankung, ikan kerisi
dan telur mata.” Jawab Ruzain riang. Wardina berhenti melangkah dengan matanya
membulat.
“Kenapa?” tanya Ruzain pelik.
“Kenapa telur mata? Ina tak makan telur
mata. Tak suka,” rungut Wardina.
“Bukan untuk sayanglah. Untuk abang.
Kita makan se pingganlah sayang. Baru
sweet!! Kang?” Wardina gelak.
“Eee!! Tak malu nak makan sekali. Ina
tak nak suapkan abang,”
“Tak apa. Abang ada tangan.”
“Tapi, Ina nak abang suapkan untuk
Ina.”
“Boleh sayang. Boleh.. Tapi duduk atas
riba abang lah..” Wardina gelak kecil.
“Menggatal aje kerjanya. Tak nak lah.
Malu.” Balas Wardina jujur.
“Tak dok orang pun, sayang. Oloh, halal apa? Kita kahwin doh kang.” Wardina pandang sekeliling.
Benar! Tak ada orang. Line clear! Yeay!
“Dah, jom.. Duduk sining.” Paha Ruzain ditepuk halus. Wardina senyum. Tanpa berlengah
lagi terus duduknya dilabuhkan di situ. Suapan pertama bermula. Wardina senyum.
“Makan nape gini, sayang oii. Comot sungguh la,” nasi tepi bibir Wardina
diambil Ruzain sebelum disuapkan ke mulutnya pula. Wardina senyum lagi. Suka!
Suaminya memang pandai ambil hatinya! Oleh disebabkan hatinya sudah girang
tahap petala langit, entah kenapa tangannya begitu ringan memeluk tengkuk
Ruzain.
“Mari.. Ina suapkan abang pulak.”
Pelawa Ina. Tangannya laju sahaja mencubit sedikit telur mata itu.
“Say..
Aaaa,” Ruzain gelak. Macam
budak-budak. Tapi dia patuh sahaja. Hati kalau dah bahagia, apa-apa saja
sanggup dia lakukan. Telur itu akhirnya berjaya disuapkan ke mulut Ruzain.
Ruzain senyum. Suka! “Sedap?” Ruzain gelak kecil.
“Nok
lagi, “ pinta Ruzain.
“Nak lagi? Cium dulu,”
“Nok
hok mane? Banyok pilihan ning.
Pilih mana se.” Balas Ruzain selamba.
Merah muka Wardina dibuatnya. Ruzain gelak.
“Oloh.. Muka meroh doh. Meh nok tengok, sket gane.” Wardina
menggeleng. Kepalanya menunduk. Ruzain gelak. Dia turut sama menundukkan wajah,
mengintai wajah si isteri. Wardina geram segera wajahnya dirapatkan ke dada
Ruzain. Ah! Malu! Malu tapi bahagia!
geramnyaaaaaaaaaa ina tu kena tampar dgn ruzain.,..tp dah mmg dia main terjah cm tu jer..haha..terus serba salah laki tu..nasib baik boleh pujuk even tak tahu nk cakap sweet2..huhu..
ReplyDelete