Our Adrenaline..

Thursday 11 September 2014

My Handsome Nerd Bab 1 (Baldumerah)

\
Bab 1 ( baldumerah )



Selepas 15 tahun…

“Woi pompuan, bangun. Kau ingat kau tuan puteri, CEO syarikat besar nak bangun lambat-lambat? Cepatlah bangun, kau tahu tak dah pukul berapa ni?” Kejut Opie yang gigih menggugah tubuh badan yang sedang terbongkang di atas katil tu.

“Kau ni Sapeah Miswan, bisinglah. Bagilah can aku tidur.Aku dah solat subuh lah tadi!” Selimut diambil lalu ditarik menutup wajah.

“Kepala otak kau. Kau tahu tak dah pukul  8.30 pagi? Kau dah lambat weh!”

Terbeliak biji mata wanita itu apabila mendengar Opie menyebut waktu 8.30 pagi itu. Ternyata dia telah terlambat hari ini. Sudah lah lah semalam dia lambat, kelmarin lambat dan begitu juga dengan hari-hari yang lain. Dia tetap terlambat. Tapi nak buat macam mana. Itu lah rutin hariannya. Siang kerja di kedai pakaian, malam kerja di kedai makan. Orang yang kurang berpelajaran seperti dia, memang itu sahaja yang dia kena lakukan untuk menyara keluarga di kampung. Niatnya berhijrah ke Kuala Lumpur ni pun sebab nak cari rezeki yang halal.

“Woi, apasal kau tak kejutkan aku? Habislah Encik Mizi membebel dekat aku nanti. Macam mana ni?” Wanita itu menggugah tubuh Opie sekuat hati.

“Dah tahu lambat, cepatlah mandi!”

“Ya, aku tahu lah!” Terus saja kaki itu melangkah ke bilik air.

“Eh, kejap-kejap!”

“Apa dia?” Terjengul wajah wanita itu dari dalam bilik air.

“Nah cik Seri! Tuala kau!” Terus dihayunkan tangan tegak dan dihayunkan tangan ke arah Seri yang sedang termangu di pintu bilik air.

“Kurang asam!”

“Dah tak payah nak membebel. Aku nak pergi kerja dulu. Assalamualaikum cik Seri Hatika oiii,” bibirnya disenyum menyindir sebelum beralih ke ruang tamu dengan gelak tawa yang berdekah.




Tercungap-cungap Seri Hatika berlari ke dalam premis Butik La Fea itu. Helmet disangkut ke lengan dan dia berjalan laju ala-ala model sedang bercatwalk. Dibuat selamba semasa melangkah melintasi meja pengurusnya Encik Tarmizi @ Miss Izzi.

“Seri Hatika Kesuma Joyo!”

Gulp! Terhenti Seri yang sedang berhati-hati melangkah ke dalam butik itu.

“Er, abang, eh silap mak cik, eh silap kak, eh bukan, Miss Izzi. Ya, Miss Izzi paggil saya ker?”

“Yalah, siapa lagi?!” Matanya dijengilkan.

“Er, tapi saya tak ada nama Kesuma Joyo tu!”

“Suka hati I lah nak panggil you apa. Ni ha, kenapa you lambat?”

“Err..saya..err..”

“You nak cakap you bangun lambat lagi?” Soal Miss Izzi dengan nada penuh sinis.

“Yes!!! Pandai miss teka. Tak payah saya nak cakap! Hihihi..Err..Maaf miss.” Senyuman dipamerkan menampakkan gigi putih yang elok berbaris.

“You ni memang suka cari fasal dengan I kan? You ingat you diva? Princess nak datang lambat? You feeling-feeling ada labu yang berubah jadi kereta BMW X6 nak jemput you depan rumah lah? Macam tu?”

“Memang pun!” jawab Seri Hatikah  dengan riang dan gembira. Tiada rasa bersalah pun.

“Pandailah you menjawab kan? Awas ya!”

Seri Hatikah hanya tersenyum sungging mendengar leteran Miss Izzi itu.

Miss Izzi menghela nafasnya sebelum dia menyambung.

“Dah lah, pergi sambung kerja. Tapi I nasihatkan, kalau you tak mampu, better you berhenti jer lah kerja. I tahu you penat kerja siang malam,” perlahan suara itu dituturkan.

“Ai ai kapten!” Tangan diangkat separas dahi seakan-akan memberi tabik hormat.

“Tapi ingat!” seru Miss Izzi menyebabkan Seri memusingkan badannya semula.

"Apa dia miss?" Soal Seri dengan dahi berkerut.

“Jangan melacur sudah!”

“Motif? Yalah, saya tahu halal haram Miss Izzi oi..”

Seri melangkah ke dalam bilik persalinan sebelum dia menukar pakaian. Beg sandang tepinya ditanggalkan dan diletak di dalam almari. Tudung sarungnya dibetulkan. Bibr dicalit dengan pemerah bibir dan mukanya diletak bedak sedikit.

“Cukup cantik dah ni! Hihihi!" Puji Seri sendiri di hadapan cermin.

Itulah Seri Hatika binti Sardi.  Jika difikirkan memang benar kata-kata Miss Izzi itu. Namun dia sudah alah dengan semua itu. Alah bisa tegal biasa. Sejak kematiann arwah ayahnya lagi, dia sudah biasa menjalankan kerja-kerja sebegitu. Hendak mengharapkan upah jahit emaknya sahaja tidak cukup untuk menyara mereka 4 beradik. Jadi mahu tak mahu, dia terpaksa bekerja meskipun dia berniat untuk menyambung pelajarannya ke menara gading. 

“Seri, lambat lagi ker hari ni?”

“Macam biasa lah kak. Seri tahu Seri silap. Tapi tu lah, sejak musim Piala Dunia ni, kedai Abang Zali tu asyik penuh orang. Tu kadang-kadang sampai pukul 4 pagi Seri sampai rumah.”

“Tak boleh ke kau minta balik awal dik?” 

Seri memandang Kak Fiqah sambil menggeleng perlahan dengan senyuman manisnya.. Anak jirannya merangkap orang yang bertanggungjawab membawanya kerja di sini. Kalau diikutkan sikap dia yang agak ganas sikit ni (sikit je lah), memang dia rasa macam pelik nak kerja dekat butik. Tapi tak apa lah, asalkan halal ye dak?

“Boleh tu boleh kak. Abang Zali tu memang bagi pun. Tapi Seri yang tak nak. Dapat duit lebih, siapa tak nak kak?”

“Tapi jangan sampai bebankan diri kau dik? Akak takut ada orang buat aduan. Miss Izzi tu baik memang baik. Tapi kalau ada orang lain yang adu dekat pihak atasan, kesian juga dia nak menjawab. Akak harap kau faham dik.”

“Yalah kak. Maafkan Seri. Esok insyaAllah seri janji, Seri masuk awal. Sebelum Subuh dah terpacak dekat depan butik ni ya kak?” Ujar Seri dengan senyum sengihnya.

“Kau ni akak cakap, ada jer kau buat main kan?” 

“Aduh, sakitlah kak. Seri gurau jer. Ya, esok Seri masuk awal. Janji!” Seri berkata sambil tangannya mengogosok-gosok bekas cubitan berbisa Kak Fiqah. Boleh tahan juga cubitan minah ni.




“Tan Sri, kenapa ni? Macam ada masalah jer,” tegur satu suara dari arah pintu. 

“Oh, tak ada apa-apa Cuma pening kepala sikit Mak Mah,” balas Tan Sri Habibah. Pengasas barangan kulit berjenama dunia Hartz. Siapa yang tidak kenal dengan tokoh usahawanita seperti itu. Salah seorang kebanggaan Malaysia kerana berjaya mengharumkan nama negara di pentas dunia fesyen dengan rekaan produknya yang berkualiti tinggi. Sehingga Queen Elizabeth juga pernah membida beg tangan kulit yang direkanya sempena ulang tahun syarikatnya yang ke-30 itu untuk tujuan amal.

“Tan Sri nak ubat? Biar Mak Mah tolong bawakan?”

“Eh tak apa Mak Mah. Pening sikit jer ni. Harith mana? Tak nampak dia pun dari tadi?” soal Tan Sri habibah. Sakit kepalanya ini juga berpunca daripada anak terunanya itu. Anak tunggal kesayangannya. 

“Oh, dia macam biasalah Tan Sri. Dalam biliknya. Menelaah novel kegemarannya.”

“Hurm, tak apa lah Mak Mah. Biarkan dia, saya nak berehat kejap.”

Tan Sri Habibah menghantar Mak Mah ke pintu dengan pandangan matanya. Fikirannya masih lagi ligat memikirkan kata-kata Zana, setiausahanya.

“Tan Sri tak rasa ke apa yang Tan Sri buat ni macam…” Zana berjeda.

“Macam apa?” pintas Tan Sri Habibah.

“I mean macam..pelik Tan Sri. Maaf kalau saya cakap ni menyinggung perasaan Tan Sri. Tapi saya takut…”

“Awak takut kerja saya ni sia-sia? Awak takut saya tak jumpa apa yang saya nak?”
Zana mengangguk lambat.

“Tapi tak salah kita mencuba kan?”

“Errm...Tan Sri, saya rasa banyak lagi cara lain.”

“Cara apa Zana. Cuba awak cakap? Awak nak saya buat blind date antara Harith dengan anak kawan-kawan saya?”

“Bukan macam tu maksud saya. Cuma..”

“Ha, awak tahu kan yang Harith tu sibuk sangat dengan study nya. Buku tak lekang sepanjang masa. Bukan saya tak pernah cuba. Tapi awal-awal lagi dia tolak. Kalau jadi pun, dia buatlah perangai yang bukan-bukan depan perempuan tu.”

Zana terdiam. Cuba untuk mencerna kata-kata Tan Sri Habibah. Ya, memang benar. Harith itu tidak lekang dengan bukunya. Sibuk mengejar title Doktor Falsafah. Sebab itu orang panggil dia nerd. Zana bukan apa, dia risau jika rancangan ini tidak berjaya seperti yang dirancang. Boleh bawa kerugian.

“Saya nekad,” kata-kata Tan Sri Habibah memecah kesunyian.

Lama Zana berdiam sebelum dia menyambung.

“Baiklah kalau macam tu yang Tan Sri fikir, saya ikut saja. Semuanya akan saya aturkan.”

Thanks Zana..”

Boleh lihat BAB PROLOG DI SINI :)

6 comments:

  1. baru bab satu...jadi tak nampak lagi...so kenala bagi lagi next entry....hahahah

    ReplyDelete
  2. hehe...masih samar lg kan..akan mnyusul nnti..btw, thanks ya :)

    ReplyDelete
  3. best best best...cpt2 update yer hehehe

    ReplyDelete
  4. Jalan penceritaan yg masih samar sebab tiba2 terus selepas 15 tahun...Apa yg jadi sebelum tu? But good try...and hope lepas ni next n3 akan ada sedikit cerita pasal background watak utama....

    ReplyDelete
    Replies
    1. cik baba..yg trjadi sblm ni ada kat prolog... hehe...btw, thanks ya.. in syaa Allah next chapter akan mnyusul tntg watak utama :)

      Delete

Hello darl. Thank you for reading & comments our triplets work!