Our Adrenaline..

Monday 22 September 2014

Lakaran Bahagia Bab 3 (SILENCER)




SUASANA pagi itu seperti biasa, nyaring. Kalah akademi fantasi. Berbagai-bagai lagu ada. Lagu versi rock ada, lagu versi dangdut ada, lagu versi balada ada.. Macam-macamlah. Sibuk betul diaorang ni nak duk promote ikan masing-masing. Huh. Bosanlah. Wardina menggeleng sahaja dengan keletah diri sendiri. Hari ini, dirinya sendiri tak menang tangan nak layan pelanggan inilah, itulah. Macam-macam lagi.

            “Nah, encik!” plastik berisi ikan merah sudah bertukar tangan. Belumpun sempat dia mahu basuh tangan, dah ada pelanggan lain pula yang menyapa. Aduhai. Penat aku macam ni..
“Ya, encik. Ikan. Nak ikan apa?” layan Wardina. Muka diangkat. Tatkala itu, berderau darahnya pabila mendapati ada manusia yang berdiri tidak jauh darinya. Wajah pelayannya itu bagaikan pudar hanya kerana munculnya wajah itu. Wadina jadi menggeletar sedikit. Dia cari Ruzain. Nampaknya Ruzain juga sibuk melayan pelanggannya. Wardina resah. Apa perlu dia buat?

Bakpe (Kenapa)?” soal Ruzain, hairan. Wardina menggeleng dengan teguran itu.

“Tak. Tak ada apa-apa,” jawab Wardina lambat-lambat. Janganlah datang sini. Wajahnya sengaja ditundukkan sedikit.

“Encik nak apa?” Wardina mencuba untuk kembali fokus kepada pelayannya. Dia resah tetapi cuba disembunyikan akan rasa itu. Mata sibuk ke kanan dan ke kiri. Bimbang lelaki itu akan ke sini pula. Harap-haraplah dia tak nampaklah aku.

Plastik itu sudah bertukar tangan dan kini pelayan itu sudah pergi. Wardina mengeluh. Alah! Tak adalah pulak pelayan. Tadi, bukan main ramai. Wardina gelisah. Kaki tak senang sekali. Ingin dia lari tapi pasti akan dipandang aneh suaminya nanti.

“Ina..” tegur suara itu. Terkejut Wardina sehingga kedua-dua bahunya terangkat tinggi ke atas.

“Apa ni abang? Terkejut Ina.” Marah Wardina.

“Sayang ni bakpe (kenapa)? Ada mende dok (apa-apa tak) kena ke?” Wardina diam. Nampak sangat ke?

“Mana ada apa-aaa…” kata-katanya terbantut. Tubuh tegap seorang lelaki itu begitu mengejutkannya. Ruzain yang melihat reaksi terkejut isterinya turut memandang ke arah yang sama. Dahinya berkerut. Siapa lelaki ni?

“Ina..?” Wardina telan liur. Lambat-lambat kepalanya angguk. Lelaki itu kelihatan terkejut.

“Hai.. Ruzain. Aku suami dia..” Ruzain mencelah seraya memperkenalkan diri. Wardina pandang Ruzain. Wajahnya ketara ada perubahan sedikit. Muka Ruzain pula usah dikatalah. Masam. Kenapa isterinya tidak perkenalkan lelaki itu padanya? Lelaki itu pula… Wajahnya juga turut sama berubah.

“Ina.. Ini? Laki kau?” Wardina diam lagi. Rambutnya diselit di celah telinga. Entah kenapa dia rasa panas. Wajah Ruzain dipandang sekilas. Bibirnya mahu menjawab namun terasa berat pula.

“Urmm..” jawab Wardina akhirnya. Agak hambar suara itu.

“Kau suami Ina? Kau kerja apa? Nelayan? Kau sara dia dengan benda ni?” suara lelaki itu agak tinggi. Wardina gigit bibir, rasa tidak senang dengan teguran lelaki itu.

“Syazmin..” Wardina ingin berkata namun ayat Wardina mati pabila Ruzain bersuara.

Doh mung ni bakpe (Dah, kau ni kenapa)? Nape masaloh mung (Apa masalah kau)? Mende salohnya kalu (Apa salahnya kalau) aku sara ye (dia) dengan ikang (ikan) ni sekalipung (sekalipun). Bukan aku mintok (minta) ngan mung (kau). Rezeki bukan kat tangan mung.” Bidas Ruzain. Dirinya agak panas.

“Abang..” tegur Wardina. Syazmin gelak. Sinis, membuatkan Ruzain semakin terbakar.

“Ina.. Your husband? Ha ha ha. Terengganu? Pekatnya! Ha ha ha. Tak malu ke?” sinis bicara lelaki itu. Ruzain ketap gigi.

“Kesian you ni, Ina. Ina.. oh Ina.. You know what sweety, I still love you. It’s okey dear. I sanggup terima you walaupun you jadi janda waktu tu. And I akan pastikan bila you stay dengan I, I pasti you akan dapat parents you balik. I akan tolong you.” Ruzain kancing gigi. Tahu, lelaki itu sedang menyindir dirinya. Syazmin senyum sinis.

“Kenapa? Jangan nak buat mukalah dengan aku. Kenapa? Nak kata aku perampas? Oh! Kau patut sedar diri, bro. Siapa yang rampas siapa. Aku calon pilihan keluarga dia. Itu kira nasib baik apa, sebab aku tak balas dendam. Tapi..” mata Syazmin merenung Wardina. Renungan yang cukup menggoda. “aku tak tahulah pulak kalau dia datang pada aku nanti. Bila tiba saat tu, kau jangan salahkan aku pulak! Sebab.. aku yakin dia takkan lama bertahan dengan orang miskin seperti kau ni.” Muka Ruzain berubah.

“Eh, mung ni bakpe (kau ni kenapa)?” Ruzain sudah bergerak ke arah lelaki itu. Tumbukan pertama berlangsung. Syazmin jatuh tertidur di atas lantai.

“Abang! Abang! Sudah! Abang!” suasana bertukar kecoh. Masing-masing membuang pandang ke arah mereka. Suasana yang sedia ada semakin bingit jadinya. Dan, semuanya gara-gara seorang lelaki.


“INA! Sayang. Sayang.” Panggil suara itu. Wardina berhenti. Mukanya dipalingkan segera menghadap si suami. Bila mata bertentang mata, suara lelaki itu pula terkunci. Wardina ketap bibir.

            “Ina..” Wardina pusing.

“Apa?” soal Wardina. Sedikit bengang.

“Ina, marahkan abang?” soalnya tulus. Wardina buat bodoh. Soalan itu bukan boleh menyejukkan hatinya tetapi boleh membuatkannya makin baran! Ruzain hanya memandang sahaja pemergiaan isterinya. Bibir bawahnya digigit. Terasa sengal dan pedih pada pipi kanannya. Namun, sakit itu tidak sesakit hatinya bila si isteri tidak mempedulikannya.

“Ina..” tangan si isteri cuba untuk diraihnya. Wardina jadi bengang. Lantas tangannya direntap kasar dari gengaman suaminya.

“Kau nak apa lagi?! Sudahlah! Aku benci tengok kau! Kau tahu tak, kau dah malukan aku?! Kenapa kau perlu cakap kau suami aku, huh?! Tebal muka aku ni tahu tak?!” Ruzain tergamam dengan kata-kata itu.

“Ina cakap mende (apa) ni? Abang dok paham(tak faham),” jelas Ruzain. Muka Wardina merah menyala.

“Cuba kau tengok kau, Ruzain. Dengan baju, seluar lusuhnya, lepas tu dengan bahasa kampungnya lagi! Argh! Aku malu, kau tahu tak?! Tak cukup dengan tu, kau pulak duk bertumbuk dengan Syazmin. Nanti, entah apa yang dia cakap dekat mak ayah aku nanti. Hih! Geram aku!” Ruzain diam. Hujung matanya hanya memandang baran si isteri yang semakin panas menggelegak.

“Kalau macam tu, jom kita jumpa mak ayah Ina.” Membulat mata Wardina. Menjeling tajam pada Ruzain.

“Eh, kau ni kenapa? Tak malu? Apa? Kau nak buat aku malu lagi? Eh, aku malulah! Malu! Kau nak cakap apa dekat mak ayah aku? Dengan bahasa kotor kau ni? Huh, kau ingat mak ayah aku layan ke? Huh?! Sekarang kau puas? Puas, dapat malukan aku? Kau tahu tak betapa malunya aku, tadi?” turun naik dada Wardina.  Mata mencerlung tajam pada si suami. Ruzain tergamam sendiri melihat betapa garangnya si isteri. Mulutnya terkunci dari bersuara. Melihat tegarnya sang isteri menengking dirinya membuatkan dia hanya bisa tunduk sahaja.

Wardina bagaikan seolah-olah tersedar dari sesuatu. Amukan syaitan yang menghasut membuatkan dirinya kaku pabila sedar dari dunia realiti. Namun betapa egonya sang diri, Wardina akhirnya pergi tinggalkan Ruzain sendirian di situ.

Ruzain tunduk. Di kala itu, tatkala bulu matanya menutup mata, ada setitis air melekat di situ. Gengaman tangannya digengam dan hati berdoa sekuat hati. Berdoa pada yang Satu agar diberi kekuatan sentiasa. Amin..


SEHARIAN Ruzain tidak pulang. Wardina resah sendiri. Sedari petang sehinggalah maghrib berkunjung tiba, dia hanya berdiri di tepi tingkap ini, menanti sang suami. Mana suaminya? Tak balik lagi? Wardina mengeluh. Peristiwa pagi tadi menyapa lagi. Kepalanya menunduk.

            “Eh, kau ni kenapa? Tak malu? Apa? Kau nak buat aku malu lagi? Eh, aku malulah! Malu! Kau nak cakap apa dekat mak ayah aku? Dengan bahasa kotor kau ni? Huh, kau ingat mak ayah aku layan ke? Huh?! Sekarang kau puas? Puas, dapat malukan aku? Kau tahu tak betapa malunya aku, tadi?”

            Wardina gigit bibir. Kepalanya menggeleng. Kenapa dia perlu tinggikan suaranya sebegitu rupa pada Ruzain? Oh.. Sungguh, Wardina menyesal. Saat kepalanya diangkat, matanya bertentang dengan tubuh seseorang. Sayup-sayup sahaja tubuh itu membelakanginya. Di kala itu, segaris senyuman menghiasi bibir. Terus tanpa berlengah lagi, kaki itu melangkah menuju ke arah si suami. Segera, bangku di luar sana dirapati Wardina. Terdengar suara si suami mengalunkan sesuatu bersama gitar di tangan. Wardina gigit bibir. Dari mana suaminya dapatkan gitar tu?

Lantas, kaki itu merapati sang suami. Ruzain nampak Wardina dan bibirnya merekah sebuah senyuman panjang.  Wardina hairan. Kenapa dengan suaminya? Tidak marahkah suaminya pada dirinya? Wardina bergerak merapati suaminya. Bangku di sebelahnya ditepuk Ruzain. Wardina menurut sambil matanya tidak pernah lari dari melekap pada mata Ruzain. Wajah Ruzain yang tampak ceria entah kenapa dia nampak bagaikan ada duka yang tersirat di dalamnya. Wajah Ruzain juga nampak sedikit baik berbanding petang tadi. Namun, lebam di hujung bibirnya tetap ada.

“Abang..”

“Shhh…” Wardina agak terkejut apabila kata-katanya ditegah Ruzain. Menunduk dirinya memandang akan jari Ruzain yang tegak berdiri di tengah-tengah bibirnya. Wardina patuh. Sesaat itu juga, deringan dan iringan latar gitar kedengaran. Alunannya sungguh memukau jiwa Wardina. Ruzain kelihatan sungguh khusyuk dengan alunan yang dibawanya itu. Petikan demi petikan di gitar sebelum suaranya berlabuh.

Dinginnya angin malam ini
Menyapa tubuhku
Namun tidak dapat mendinginkan hatiku
Yang kau hangatkan

Terasa tercabarnya kelakianku ini
Dengan sikapmu
Mentanglah aku ini insan kekurangan

Senangnya kau mainkan...

Siapalah aku ini untuk
Memintal buih yang memutih
Menjadi permaidani seperti mana
Yang tertulis dalam novel cinta...

Juga mustahil bagiku
Menggapai bintang di langit
Menjadikan hantaran

Syarat untuk milikimu semua itu
Sungguh aku tak termampu...

Silap aku juga
Kerna jatuh cinta
Insan sepertimu
Seanggun bidadari

Seharusnya aku cerminkan diri
Ku sebelum tirai kamar aku
Buka.. untuk mengintaimu...

Siapalah aku ini untuk
Memintal buih yang memutih
Menjadi permaidani seperti mana
Yang tertulis dalam novel cinta...

Juga mustahil bagiku
Menggapai bintang di langit
Menjadikan hantaran syarat untuk milikimu semua itu
Sungguh aku tak termampu...

Silap aku juga
Kerana jatuh cinta
Insan sepertimu
Seanggun bidadari

Seharusnya aku cerminkan diri
Ku sebelum tirai kamar aku
Buka.. untuk mengintaimu...

Wardina terpaku. Dia terpegun dengan lirik itu. Tiba-tiba, ada rasa sebak bertandang. Matanya bertentang mata dengan Ruzain. Ada getaran cinta yang kuat yang sungguh dirinya tak mampu ungkapkan dengan kata-kata. Namun, di sebalik kata-kata itu terbiasnya sinaran kedukaan dalam mata suaminya. Lantas, tanpa Wardina sedar.. dalam kekhusyukkan dirinya melayani lagu dendangan suaminya, ada air mata menyilinap turun ke pipi gebunya. Wardina seka air mata itu. Mulut diketap. Setiap bait lirik itu kedengaran tulus pabila suara itu didendangkan oleh suaminya.

“Abang..” suara itu memanggil suaminya pabila lagu itu tamat berkumandang. Ruzain pandang Wardina. Pandangan redup yang menggetarkan jiwa wardina. Ruzain bangun. Tapi bukan menghadap Wardina. Wardina kerut dahi. Kenapa? Ke mana suaminya mahu pergi?

Persoalan Wardina terjawab apabila Ruzain bergerak ke arah sebuah radio yang terletak elok di atas pangku kecil bersebelahan pokok kelapa. Bila masa ada radio di situ? Belumpun terungkai persoalannya, alunan muzik instrumental My Heart Will Go On nyanyian Celine Dion kedengaran. Hati Wardina jadi kucar kacir.

Kenapa dengan suaminya malam ni? Kenapa gayanya sungguh romantik? Dan Wardina sebenarnya baru perasan pemakaian suaminya malam ini tampak lain dari yang lain. Suaminya nampak kemas, tidak seperti selalu. Bau tubuhnya juga sungguh menyenangkan Wardina. Di saat suaminya melangkah ke arah dirinya, hati disapa debaran. Aduh! Kenapa dia berdebar tiba-tiba ni? Setibanya si suami tepat di hadapannya, tangannya dicapai sebelum tubuh mereka disatukan. Tangan mereka bersatu dalam sebuah rangkaian cinta . Bibir Ruzain tepat menyentuh dahi Wardina. Manakala wajah Wardina tepat menghala dada Ruzain.

Lama mereka berada dalam keadaan begitu sebelum Ruzain memulakan langkah. Tangan Wardina dicapai sebelum diletakkan di pinggangnya. Mereka mula menari mengikut setiap gerak alunan muzik. Alunan yang membuai hati dan jiwa apatah lagi bila mereka menari yang dikelilingi kawasan pantai dan deruan ombak bersama deruan angin yang lembut mengusik jiwa. Sungguh membangkitkan rasa hati. Wardina yang agak canggung mula selesa. Selesa dengan setiap gerak yang dibawa Ruzain.

“Matlamat abang cuma satu.. nok (nak) tengok Ina bahagia,” Wardina angkat pandangannya. Terkejut dengan sapaan kata-kata itu. Keasyikannya memaksa dirinya khayal dengan dunianya sendiri. Terkebil-kebil mata itu memandang Ruzain.

“Ina minta maaf..” Wardina meluahkan apa yang terbuku di dadanya. Ruzain ketap bibir. Perlahan-lahan, tangan Wardina dikucup. Lama. Hati Wardina terdetik sesuatu. Entah kenapa dia dapat rasakan kucupan itu benar-benar kudus. Kucupan hangat yang belum dirasainya sebelum ini.

“Nanti….” Wardina angguk kecil. Entah kenapa dia bagaikan budak kecil tika ini. Yang jelasnya dia kehilangan kata-kata saat mereka bertentang mata. Wajah Wardina diusap Ruzain dengan penuh kasih.

“Abang.. Kenapa ni? Abang marahkan Ina? Abang.. Ina minta maaf.” Wardina bersuara bersungguh-sungguh. Namun, Ruzain hanya membalas dengan seulas senyuman.

“Pesanan abang ada se (satu) je, untuk sayang. Jaga cinta kita molek (baik-baik). Jadi, seorang puang (perempuan) yang muliakan agamanya, jadi seorang puang yang hormatkan maruahnya, dan jadi seorang puang yang kuat dalam harungi segala-galanya.” Hati Wardina mula tidak enak. Pesanan apa ni?

“Abang kenapa ni?” Wardina sedikit meronta. Tidak suka bila berbicara hal ini.

“Sayang kena ingat. Manusia dok pernoh (tak pernah) sempurna. Kalau satu hari, sayang jatuh jangan pernoh (pernah) rasa sorang (keseorangan). Sayang kena kuat dan caya (percaya) Tuhan ada dengan sayang. Jangan putus harapan sebab Allah nok hambanya sentiasa ingat ke (pada) dia.” Wardina senyum. Pipi Ruzain diusap lembut..

“Abang jangan bimbang. Ina tak pernah keseorangan. Sebab Ina punya abang di sisi. Ina akan sentiasa kuat kalau abang ada dekat dengan Ina.” Ruzain diam.

“Bila abang tak dok (ada) kekgi..” Ruzain diam lagi. Apa ni? Wardina terkedu. Kenapa suaminya berbicara seperti ini?

“Apa abang cakap ni? Ina tak suka,” jatuh usapan lembut di pipi suaminya. Namun, Ruzain bertindak tarik kembali tangan itu lalu diletakkannya lembut di pipi kembali.

“Ina kena ingat, abang sayangkan Ina. Abang dok penoh curang dengan sayang. Ina orang pertama dan Ina orang terakhir. InsyaAllah. Jadi, abang harap Ina jugok gitu (jugak macam tu)… Abang ada harapan. Harapan abang, nok punya anok (anak) dengan sayang. Anok ramai.” Wardina menggeleng. Matanya sudah berair. Hanya menunggu masa sebelum titisan itu mencurah di pipi.

“Apa abang cakap ni?” sendu Wardina sudah mula kedengaran.

“Janji dengan abang, ya sayang? Ya?”

“Abang.. Kenapa ni? Ina takut..” luah Wardina tiba-tiba. Air matanya sudah mencurah.

“Takut ingat Tuhan. Kalau kita suka, gembira, ingat Tuhan jugok. Masa kita susoh pung (susah pun) ingat Tuhan.  Jangan sekali pung lari dari dia. Sayang janji dengan abang, ya? Sebab.. abang dok selamanya ada dengan sayang.” Wardina kaget. Pantas, tangan suaminya dicapai. Dilandaskan kucupan hangatnya di situ.

“Abang tolong. Tolong abang. Ina mintak ampun. Ina mintak maaf. Jangan buat Ina takut macam ni abang. Jangan seksa Ina abang. Abang.. jangan tinggalkan Ina.” Air mata itu diseka Ruzain.

“Abang pung tak mboh (tak nak) tapi kita dok tahu gane kekgi (macam mana nanti). Abang bukan selamanya akan ada dengan sayang.” Wardina rasa lain macam. Rasanya bagaikan hatinya terbelah dua. Rasanya sungguh sakit dan pedih. Bicara suaminya sungguh menyayat hati.

“Tak apa, abang. Ini tak akan berlaku selagi Ina dan abang masih bersama. Kan?” Ruzain diam saja. Tangannya masuk ke dalam poket. Wardina pandang ke arah yang sama. Musykil apa yang ada dalam poket seluar suaminya sehingga tak menyempat pula.

Namun, siapa yang tahu. Sungguh, Wardina terkejut. Melihat sebuah kotak baldu merah yang bilanya dibuka, ada sebentuk cincin yang sangat cantik.. Cincin emas! Wardina tekup mulut. Cantiknya! Jari runcing Wardina dicapai Ruzain. Perlahan-lahan, cincin itu disarungkan. Lagi menitis air mata Wardina.

“Abang.. cantiknya..” luah Wardina gembira.

“Sayang, jaga molek (baik-baik) cincin ni. Jaga macam jaga nyawa sendiri. Jagalah cincin ni macam cinta kita. Jangan pernoh (pernah) buang. Abang nok tengok cincin ni ada sokmo (sentiasa) dengan sayang. Dok kira saat sayang susoh (susah) atau senang. Dan.. bila abang tak dok kekgi, ingat molek. Ni aje harta abang untuk sayang. Harta dunia yang abang mampu. Harga dok penting, yang penting cincin ning (ini) abang beri dengan penuh sayang dan cinta abang pada sayang.” Wardina menangis. Dia terharu! Sungguh! Kata-kata suaminya sungguh menusuk di kalbu. Cincin itu ditatapnya lagi. Cantik!

Ruzain pandang isterinya. Wardina sibuk menilik cincin itu sehingga tidak mempedulikan dirinya. Namun, itu tak mengapa kerana dia puas. Itu yang dirasakannya kini. Jiwanya terasa tenang. Lapang sedikit dadanya tatkala melihat senyuman yang tergaris di bibir si isteri. Semoga sayang akan sentiasa ceria dan tersenyum selalu.. Itu harapannya. Cuma itu…


“Abang!! Terima kasih! Ina sayang abang!!” tubuh Ruzain dipeluk Wardina. Kemas! 

NOTA KAKI: LAGI 2 CHAPTERS TO GO!! AJA-AJA FIGHTING!

3 comments:

  1. wah!!! citer ni syahdu!! geram pulak dengan syazmin tu duk kutuk2 si ruzain..haha..yg penting, suka giler part main gitar..lagu mengintai dari tirai kamar plak tu..feeling giler!!!! haha.. tapi..yg last tu..cam ada pape berlaku jer lepas ni..oh tidak!!!!! huhu

    ReplyDelete
  2. Huhu. ..sedih wooo. ..sambung lg. ...

    ReplyDelete
  3. Awoou....menangis tau.....Knapa dgn Wardina ni ek???buang dlm laut baru tahu....cian Ruzain...younger kassim baba terbaeek.....Aja aja fighting

    ReplyDelete

Hello darl. Thank you for reading & comments our triplets work!